Monday 28 October 2013

Projek, projek...

Status: Bosan & mengantuk

Lagu: Midnight Ride dendangan Midnight Riders

Sebenarnya, aku sendiri tak tahu nak update apa. Mengantuk yang amat namun jasad & jiwa masih menggagahi, mengupdate blog dengan post yang sedia mengarut ni.

These days aku start mengarang untuk projek Altostratus, minimum 10 puisi dalam bahasa penjajah berkenaan awan jenis Altostratus. Basically aku bukan tahu Altostratus tu awan jenis apa. Kumulonimbus tau la aku yang beso gedabak bak hang, gelap & menandakan hujan lebat & ribut petir yang memungkinkan korang untuk tidak bermain hujan di luar seperti biasa. Technically, aku perlu bermain perasaan & mood menulis di atas kertas untuk menghasilkan puisi yang bertema sedemikian sebelum ditaip menggunakan MS Word.

Baru 3-4 ketul je aku siapkan. Itu pun rough, belum edit & rasanya lari maknanya dalam segenap aspek. Dateline 15/12/13 dan baru...

..takpelah. Jangan komen banyak. Husnudzon kata orang. Bersangka baik. Bersangka baik terhadap akal & kebolehan diri. InsyaAllah settle la nanti.

Next thing, I'm working on a possible novel project in collaboration of other writers (probably from Sorok Kitab crews). I'm doing the prologue and each of us will contribute at least a chapter of the story. They can add a character or two, and it's going to be coming to an experiment of blending in different style of writings, compiling into a story. InsyaAllah this might turn up good...  *positive smile*

Life's been topsy-turvy. Not gonna say it's been dull, null or anything but, I need more colors in my life. Holy Quran has been a great companion, and I really need a dose of it every single day.

Aku memang kena sangat menambahkan perbendaharaan kata, kosa kata & suku kata sekiranya gaya penulisan aku nampak best bila dibaca. Susunan ayat pun sama.

...susah bila jaraaaaaaaang sangat (atau tak pernah) berkarya dalam bahasa sendiri. Tu la, hina lagi hasil karya di rak Malay Books di Kinokuniya. Dasar ex-staff berjiwa penjajah. Kehkehkeh...


Dah la. Tido lagi baguih.

Sunday 20 October 2013

Pasca Pasaboco

Status: Normal tapi boleh la senyum sikit

Lagu: Castlevania Medley Special covered by Yuta-Romeo (link: http://www.youtube.com/watch?v=k2lKRktcD00)


Alhamdulillah... ya aku tau yang aku dah lama gak tak update blog alah ni. Ada la beberapa pencapaian setakat ni.

1. Karya aku diterbitkan di zine SDC. Ada 2 buah. Kena bayar plak RM10. Bukan aku kemut, tapi dok tanam anggur jadi matpau so kena tunggu. Kalo rajin korang belikan la ye? Hahahaha!

2. Pertama kali mengunjungi scene underground zine ni, PasaBoco namanya di Laman Budaya 19/10/2013
Dan di sini doaku terjawab; dapat aku bersua muka dengan brader Irwan (@akuskizo) ni. Aku suka cara dia keluarkan idea & fakta. Pendek kata, idola aku kat laman kicau ni la. Siap gak bergambar ngan dia.

Macam2 kami bercerita. Dah tu jumpa kenalan2 baru dan lama (yang tak pernah bersua & yang pernah bersua) dalam arena zine ni. Best. Kena kot dengan jiwa dan brader skizo ni jadi mentor aku dalam penghasilan zine ni *bangga kejap*

Anyway, diucapkan kepada cik Hidayah (@Tsunderedaya) atas sokongan transportation untuk hari tersebut.

3. Aku dapat tawaran untuk menulis beberapa poems untuk projek Altostratus. Katanya nak 10-15 poems yang bertemakan Altostratus (gi la tanya pakcik google untuk maksud) dalam bahasa inggeris. Wow! Lama kot tak berkarya dalam bahasa penjajah.

4. Dan... insyaAllah ada projek kolaborasi novel dengan beberapa penulis lain dalam pembikinan. Nantikan saja.

.....

Baiklah, software lagu ni lama dah tak sentuh. Lagu ke-5 pun naik berkulat dah rasa.

Friday 11 October 2013

Offer!

Status: Happy sikit

Lagu: Takde lagu

Alhamdulillah, hari ni aku dapat offer untuk jadi salah seorang contributor kat Sorok Kitab punya blog.
Ni link dia http://sorokkitab.blogspot.com/ So boleh la aku contribute segala luahan perasaan tak puas hati, cacamerba makar sirna sebagai sebuah karya yang tidak tentu bentuk, frasa & ayatnya.

Insha Allah, ini mungkin satu anjakan positif kepada kemajuan diri untuk mengorak langkah sebagai seorang penulis amatur lagi rookie dalam arena penulisan indie tempatan.

Lagu ke-5 tak siap2 lagi. Bukan malas, tapi... malas sikit la. Insha Allah, satu hari nanti siap la karya tu.

Para peminat @seramshit yang membaca entri ni, takdenya saya nak curate buat kali ke-3. Saya dah takde bahan nak dibuat cerita.