Monday 30 December 2013

2013 Reminiscence

Status: Ngantuk, bosan

Lagu: Takde lagu

Berhari jugak la tak update. Apa je nak diupdate? Aku pun tak tau. Hahahaha!

Baiklah, hari ini tanggal 31 Januari 2013 bersamaan 28 Safar 1435 Hijriyah. Secara teknikalnya tahun 2013 ni mengajar aku pelbagai erti hidup yang rasanya bagus untuk aku fahami. Rasanya pelbagai ujian yang menguji kesabaran telah aku lalui sepanjang tahun ini, dan sebahagiannya masih sedang aku lalui.

Tahun ini aku mengenal sebahagian daripada misteri diriku yang punya elemen mistik berkenaan gangguan makhluk halus. Masih menjadi enigma hingga sekarang. Kesian keluarga aku berhabisan bergolok bergadai semata-mata untuk berubat namun akhirnya aku sedar bahawa pengabdian penuh dan melakukan kembali aktiviti wajib seperti solat serta mendalami Al-Quran merupakan cara sebaiknya. Ada yang masih memekakkan & membutakan diri dalam hal ni namun Alhamdulillah, Allah telah menuntun aku kembali ke jalan pulang.

Kisah lain, suatu tragedi salah faham telah mengasingkan aku daripada rakan2 seperjuangan yang telah bersama dalam satu dekad. Expired date dah kot aku rasa, namun ada hikmah di sebaliknya. Jika Allah tidak memisahkan kami, manakan aku nak solat, mengaji bagai? Ujian ini memang getir. Cukuplah di sini berkenaan masalah ini.

Awal tahun ini aku diuji dengan pengangguran. Pedih rasanya bila tiada kerja. Ada pun tak lama. Entah kenapa mesti jadi pergaduhan, rasa tak "ngam" serta macam2 lagi la yang jadi yang membawa kepada pemberhentian. Satu lagi isyarat Allah nak menguji aku dalam hal ni. Intepretasi aku; waktu2 begini ambil kembali kesempatan untuk mendekatkan diri kembali kepadaNya. Nak dapat kerja bukan senang, nak maintain pun payah. Takpe, selagi ada Allah, selagi tu aku tak akan berputus asa walaupun ada segelintir orang yang dok caci hina pandang rendah tu semua insyaAllah takde hal. Kena batang hidung sendiri tau meroyan tak puas hati, skizo la apa la...

Alhamdulillah, dalam kekalutan begini aku telah bertemu beberapa orang kenalan & sahabat baru. Aku juga telah berkecimpung kembali dalam bidang penulisan. Terima kasih kepada seseorang yang telah memperkenalkan aku dalam dunia zine. Semoga murah rezeki & dirahmati Allah. You know who you are. Aku tahu ko takkan nak baca blog aku ni anyway terima kasih sekali lagi atas sokongan dan sumbangan.

Aku pun dah tak tahu nak tulis apa. Mengantuk dah pun. Anyway Alhamdulillah sekali lagi for the memories, for the experiences and the indirect teachings You've been giving and taught me along the way. Terima kasih wahai Tuhanku. Semoga tahun 2014 menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin.


Wednesday 25 December 2013

Gambar Preview Wali Untukku & beberapa updates

Status: Tersengih

Lagu: takde lagu (aneh...)

Sebelum lupa, di sini aku sisipkan beberapa foto yang diambil sewaktu event yang lepas (sila rujuk post sebelum ini)







Thanks Fatin for passing me the photos. Thanks too to the #ProjekGila crews. Love you guys so much! Tempoh yang hanya dalam dua minggu tu banyak yang aku pelajari dari kalian. Aku masih mentah & canggung dalam seni teater namun berkat sokongan tunjuk ajar kalian, dapat jua aku merasa bestnya dan tertekan bila buat persembahan teater ni.

Jumpa lagi nanti!


Baiklah, lama juga tak update blog ni. Apa yang terjadi sepeninggalanku pun sudah terpadam dek cakera keras otak ni. Bukan terpadam tapi lupa. Hehehe... hiperbola sungguh bahasa. Betul2 lupa kang terkebil-kebil.

Alhamdulillah, aku berjaya menghantar sinopsis & babak pertama untuk skrip teater karya sendiri. Pergh.. betul bidan terjun ni. Tapi takpe, Allah nak bagi rezeki & nak uji sejauh mana perkara2 berkaitan yang telah aku pelajari dalam hidup ni gamaknya. Again, Alhamdulillah for the chance...

...and also aku kena mula dah menghafal dialog untuk karakter aku untuk full performance Wali Untukku nanti. Dijangka bulan februari tahun depan. InsyaAllah. Lokasi? Kita tunggu...

Bulan Januari pula bakal diadakan Bengkel Zine yang bakal berlangsung di Perpustakaan Shah Alam dari pukul 12 tengahari hingga 5 petang.

Monday 16 December 2013

Review Zine Bunuh, Suara & Histeria

Status: Biasa2 je...

Lagu: Castlevania Special Medley Chapter II dendangan Yuta-Romeo (sila rujuk Youtube)

Baiklah, malam ini seperti yang dijanjikan kepada penulis berkenaan, aku review beberapa zine terbitan beliau, sahabat aku sorang ni. Nama penanya NianSiJasad, salah seorang penulis yang dikenali lagi terkenal di tweeder. Ada 3 yang akan aku review di sini; Histeria, Bunuh & Suara.

Antara hasil karya beliau

Aku mulakan dengan Histeria. Karya ini diterbitkan pada Jun tahun ini dan mengandungi karya2 dari beberapa penulis lain seperti Apess, Nazanadiaz & Min Simorgh. Generally, zine ini berkisar tentang kisah2 fiksyen seram. Ada 8 cerpen semuanya. Memang tak rugi baca jika anda meminati kisah2 seram alternatif underground. Mood yang agak raw membangkitkan bulu roma anda yang lembut menyembah kulit. Plus, ia sarat dengan pengajaran jadi Histeria bukanlah sekadar hiburan tengah malam semata.

Seterusnya, zine Bunuh. Ada zine kesinambungan bertajuk Bunuh II (belum beli lagi). Dikeluarkan pada Februari tahun ini. Ikutkan tajuk, rasanya korang boleh agak ia menceritakan tentang apa, bukan? Ada 7 cerpen semuanya. Zine ini membongkar sisi gelap manusia. Fitrah primal kebinatangan yang mengiyakan beribu alasan untuk membunuh. Tidak disyorkan kepada yang lemah jantung. Semua kisah yang ada dalam zine ini sangat disturbing dan setiap scene akan projected secara automatik dalam benak kepala lantas anda berpeluang untuk tidak duduk diam seolah-olah anda mangsa seterusnya. Sangat aku rekemenkan pada yang meminati genre thriller & gore. Aku dah tak nak baca lagi. Disturbing sangat woi! Ayat2 menjadi visual dalam kepala yang mengganggu ketenteraman aku hingga kini (nampak bebeno lemah imannya..)

Yang terakhir untuk kali ini ialah Suara (Jasad bagi free. Thank you! ^^) Keluaran September 2013 & merupakan koleksi puisi peribadinya (aku rasa...). Penulisannya, secara peribadi boleh aku rasa sebahagian hidupnya yang penuh dengan rona sepi & sikapnya yang suka memerhati gelagat sekeliling. Pergh... menangkap kalbu. Cewah...

Okay lah, cukup setakat ini. Next time kalo ada zine2 lain, aku review. Terima kasih Jasad atas karya2 ini. Bahan bacaan yang bagus lagi berkualiti. So para pembaca blog, Jasad boleh dihubungi di twitter @sijasad untuk membuat tempahan & pertanyaan.

Sunday 15 December 2013

Hari Kedua Art4Grabs 15/12/2013

Status: Bercampur baur. Teruja tapi kecewa, gembira pun ada. Puas, takut... macam2

Lagu: Hot dendangan 1TYM

Alhamdulillah. Segalanya berlaku dengan agak baik. Preview teater Wali Untukku berjalan dengan jayanya kecuali part di mana aku boleh lupa kebanyakkan skrip pastu acah2 psiko. Hahahaha!! Macam apa. Sedikit kecewa di situ. Ada rakan pelakon yang kata persembahan aku  not bad untuk orang yang kali pertama berlakon teater seperti aku tapi, apa pula kata bos nanti? :\

Gugup bak hang!

Anyway, aku masih menunggu gambar para pelakon & krew teater yang masih belum kunjung tiba. Belum upload lagi agaknya. Kalau aku tahu tadi baik aku pow si Embun siap2.

Gambar2 sekitar event




Para pelakon teater Wali Untukku (aku takde dalam gambar)

Sesi pekena bersama Abang Irwan, Ikmal, Toksik & lain2

InsyaAllah ada gambar2 lain nanti gua hapdet. Masa untuk baca zine2 karya SiJasad. Nak review kang.

Saturday 14 December 2013

Hari Pertama Art4Grabs 14/12/2013

Status: Becampur baur. Sedih, teruja, takut.. sikit lebih kurang gitu

Lagu: Tiada lagu

Alhamdulillah. petang semalam dapat jua aku ke event Art4Grabs buat pertama kali. Jam pada masa itu adalah dalam lebih kurang pukul 6.30 pm waktu tempatan. Masih ramai orang di dalam Dewan Annexe Pasar Seni. Tak lengang. Tak sunyi. Forum berkenaan LGBT pada waktu itu baru sahaja hendak bermula. Itu bukanlah tujuan aku datang. Aku tak berminat mengupas isu tersebut.

Booth Zine Collector. Remy (kiri) & Ida

Event tadi (dan hari ini)

Aku datang untuk bertemu rakan2 penulis di booth Zine Collector sementara menanti pukul 8pm untuk pergi ke UM untuk berlatih raptai preview teater Wali Untukku yang bakal berlangsung pada pukul 4 petang nanti. Teruja bercampur takut, ini merupakan kali pertama aku berlakon teater. Nak pulak sbg watak lelaki utama. Kes jadi bidan terjun sebab pelakon yang sepatutnya tak dapat hadirkan diri. InsyaAllah, bulan Februari nanti tayangan langsung akan dijalankan & pada masa itu insyaAllah, aku akan memegang watak yang lain. Untuk preview tu nanti monolog aku panjang. Gerun gemuruh beb...

Anyway ini merupakan platform yang bagus sebagai pendedahan diri dalam seni teater. Harapan aku segalanya akan berjalan dengan baik hari ini.

Dalam hal yang lain, rasanya tak perlulah nak berdendam. Walaupun dah pernah mohon maaf, takpe la kot kalau aku perlu telanjangkan ego aku biar dipijak asal dapat keampunan dari sahabat itu. Mungkin bunyinya teruk tapi biarlah asal dia gembira. Jangan tanya kenapa.

Sunday 8 December 2013

Aib? Tak payahlah buka...

Status: Mengantuk bak hang!

Lagu: Tiada lagu

Sebelum tido, aku nak mengarut berkenaan aib.

Begini, aib tu sesuatu kelemahan & keburukan yang sememangnya Allah s.w.t dah tutup untuk kita. Contoh kita buat salah, Allah cover sebenarnya. Camna? Kita diam, tak nak orang tahu. Bersyukurlah kepada Allah yang dah cover silap kita yang kita sendiri buat. Allah tu kan Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun. So bertaubat & minta ampun la. Kalo tak silap haribulan Dia tak cover, kang naya je.

Silapnya kat sini bila seseorang mula membuka keaiban orang lain. Buruknya aib orang tu kita boleh pulak nak open story jadi bahan jenaka. Memang la best mengumpat tapi bestkah rasanya bila kita dok dipaksa makan daging orang kat neraka nanti? Pahala kita pun free2 dapat kat dia. Fikir2 pun tak best, kan? Buka aib sendiri pun satu hal lagi. Elok2 Allah cover ko bukak sendiri. Cari pasal kan? Free lagi dosa.

Macam mana pun, seeloknya (sewajibnya) kita kena la saling cover. Nasihat dengan cara berhikmah. Jangan open depan orang. Malu dia. Tengok sekarang ni pun pesen memalukan orang macam dah jadi kemestian. Orang rasa macam elok diamalkan tapi hakikatnya tidak sama sekali! Dah la dimalukan, pastu dia pasti rasa teraniaya walau perbuatan sebelumnya tu memang salah dia. Yang membahan tu dah masuk kes melampau dan ingat, orang yang teraniaya tu doanya takde hijab. Straight direct kepada Sang Pencipta. Kalo didoakan kepada si pembahan tu, bersiap sedialah...

Anyway aku dah takleh nak teruskan menulis sebab mengantuk, so rujuk la beberapa link di bawah untuk lebih kefahaman (since aku tulis yang general saja):

http://annidablog.blogspot.com/p/membuka-aib-orang-lain-sama-dengan.html

http://mromi.wordpress.com/2012/09/12/larangan-membuka-aib-sendiri/

Selamat menjalani hidup. Sekian..

Friday 6 December 2013

Coretan Penganggur

Status: Mengantuk tapi thoughtful

Lagu: Takde lagu

Okay... semenjak dua menjak ni aku agak busy dan malas berkarya tapi ada dorongan padu dari rakan2 penulis zine yang aku sayangi, maka aku rajinkan diri untuk mula aktif menulis kembali. InsyaAllah aku akan terbitkan zine sulung dan rajin ke event2 berkaitan zine & underground ni. 

Anyway, dugaan masih berterusan dan aku masih belum dapat memulakan apa yang patut aku mulakan. Agak berharap sangat tapi macam mana pun, kena gak berusaha mengais untuk sesuap nasi bagi keluarga. Ye la, bayangkan kau sulung tapi sesen pun x sumbangkan. Sumbang kan bunyinya? Majal beb... The fight for supremacy di antara "kepala" rumah & pengorbanan yang patut dilakukan masih berterusan. Tiada pihak yang mahu mengalah. Jadi aku tone down ego, dan hasilnya begini jugalah. 


Happy ke?

Orang kata nak memulakan sesuatu perniagaan tu ada je halangan yang harus ditempuhi. Bukan sekadar perniagaan. Kehidupan ni jugalah secara amnya. Aku tahu bukan aku seorang saja di dunia ni yang sedang menghadapi situasi yang sama. Jadi aku menyeru kepada sesiapa yang senasib, usah berputus asa. Teruskan berdoa. Jangan tinggal solat & mengaji Al-Quran. Usah peduli apa orang lain kata. Diorang nak tinggalkan kau pun biar je. Keraskan sikit diri tu. Nak menangis, berderailah kat tikar sejadah, bukan kat orang lain. Sebab orang lain takkan dapat handle macam mana kau handle sekarang.

Bukan mak/ibu/mama/ummi korang sekalipun.

In other words, kalian sebenarnya jauh lebih hebat dari apa yang mereka sangka. Allah s.w.t sedang mempersiapkan diri kalian dengan sesuatu yang lebih besar yang bakal berlaku dalam kehidupan kalian. Plus, bukankah ujian yang dirasakan berat begini suatu rahmat & kasih sayang dariNya untuk kalian?

Think over it in a long term; kalau korang tak dapat apa yang korang nak dalam kehidupan dunia ni, akhirat kan kekal abadi?

Jadi teruskanlah usaha & jangan berputus harap dari Allah yang Maha Pemurah. Doaku, doa kalian jua. InsyaAllah...