Tuesday 30 September 2014

Menjengah Memori Kita

Mood: Sedih sikit rasanya...

Lagu: Bintang Kehidupan dendangan Yanti & Ronni



Setahun sudah tanpamu. Memori yang bernilai sedekad itu sedikit demi sedikit aku cuba kikis dari ruang katup minda. Gembira & sedih, kedua-duanya. Yang sedih itu semestinya memeritkan, namun yang gembira itu jauh lebih berbahaya.

Sebabnya aku takut untuk kembali kepada diri yang dahulu.

Gembira, bersemangat, mungkin sedikit berkarisma. Lucu, suka menghiburkan & mendengarkan keluh kesah kalian. Ya, semuanya tampak positif.

Namun apa gunanya jika aku mengabaikan hal halal & haram? Apa gunanya positif berkenaan hal-hal duniawi sambil melupai hak-hak Tuhan?

Membebaskan jiwa & minda tapi tergadai aqidah? Tidak. Tidak sama sekali.

Aku masih ingat pada ketika itu. Ia masih segar dalam ingatan. Pedih rasanya setiap kali memori itu datang melalui, atau ketika aku singgah sebentar menjenguk masa silam.

Kita pernah hebat.
Kita pernah famous.

Tapi kerana salah faham itu. Hanya itu. Tapi tak mengapa. Dahulu memang aku sedih. Kini ia berganti rasa syukur. Hal yang mungkin saja boleh diselesaikan namun takdir Tuhan itu pasti.

Dan aku mendoakan kalian supaya diberikan hidayah petunjuk serta berharap agar Tuhan mengampunkan dosa kita semua.

Kini aku lebih bersendirian. Aku tidak lagi lepak bersama rakan-rakan seperti kalian yakni kebiasaan kita suatu masa dahulu. Aku masih berkelana dalam dunia baru. Dalam masa setahun hidupku bagai terasing. Aku masih cuba membiasakan diri untuk tidak terlalu bersosial.

Inilah aku sekarang. Tak mungkin kalian kenal lagi. Tak perlu kalian bertanya-tanyaan lagi. Aku serahkan urusan kita kepada Tuhan selayaknya.

Terpulang kalian untuk mengatakan hidup aku ini seperti sekian-sekian. Barangkali semakin hancur & sia-sia. Selamat berbahagia bekas-bekas komrad, terutamanya yang sudah & hendak berkahwin. Kepada bekas kekasih, kesilapan aku membawa kepada kebahagiaanmu yang bakal tiba. Bersyukurlah. Usah risau akan daku. Kau layak untuk mendapatkan kebahagiaan yang lebih baik & aku tak perlu nak dengar kau celoteh panjang sembang bisnes segitiga.

Aku serahkan segalanya kepada Tuhan sejak peristiwa itu. Doa aku beberapa tahun lepas makbul jua dalm bentuk tragedi. Lumrah manusia, bila terjadi musibah baru nak kembali. Namun begitu bersyukurlah kerana ia berlaku. Usah mencontohi sesetengah yang mencari alternatif lain ketika sesuatu ujian memunculkan diri.

Hidup ini ujian, wahai bekas teman-teman seangkatan. Kita boleh berhibur namun kurangkanlah. Lebihkan masamu mengingati Tuhan & mencari jalan kembali ke keredhaanNya.

Cukuplah di sini aku mencoret ulangtahun pertama perpisahan kita. Semoga kalian sukses. Jika rindu, doakanlah. Aku tetap mendoakan kalian di sini.


To them as well

Friday 26 September 2014

Anak Dunia

Mood: Hmm.. Entahlah

Lagu: Anak Dunia dendangan Ruhil Amani


Sekadar nak share salah satu lagu kegemaran aku waktu kecik2 dulu.

Semoga generasi kanak-kanak terakhir punya masa depan yang jauh lebih baik dari sekarang. Semoga diorang tak rasa macam apa yang aku rasa.





Anak Dunia


Ingin ku nyanyikan
Sebuah harapan
Sebagai pesanan
Agar berkesan di hati mu

* Wahai anak dunia

Mari kita berdoa
Untuk sebuah dunia
Yang damai sejahtera

Walaupun kemarau

Tidur mu meracau
Bangunlah kemudian
Bersihkan hitam di kaki mu

** Wahai anak dunia

Mari kita bersama
Berkumpul bermuhibah
Lupakan beza rupa

Dimana kau ada

Bumi tetap sama
Langit biru indah
Bukankah semua milik kita

*** Wahai anak dunia

Mari kita berikrar
Esok kita membina
Dunia yang lebih sempurna

Ulang *


Ulang ** dan ***


Ulang *


**** Oh anak dunia


Ulang **** sampai habis


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/lirik-lagu-anak-dunia-ruhil.html#ixzz3ES7E7FgT

Tuesday 23 September 2014

Muhasabah Diri

Mood: Biasa.

Lagu: Takde lagu


Umur umat ni tak lama je dah lagi. Korang boleh google umur umat Muhammad ada lagi berapa. Kira2 kurang 60 tahun dari sekarang dan mungkin kurang lagi dari itu. Allah je yang Maha Mengetahui.

So, agak2 apa je pencapaian kita setakat ini? Soal pencapaian dunia, berapa banyakkah sumbangan kita kepada masyarakat & kemaslahatan umat? Apa saja yang kita nak banggakan dengan pangkat CEO, anak dato' & apakebende title yang tinggi belaka bila in the end kita dikafankan dengan kain yang sama jenis & warnanya?

Apakah mobil mewah lagi laju seperti Mitsubishi Evo & Aston Martin tu muat dalam lubang sempit sedalam lebih kurang 6 kaki dalam tanah, menemani kita ketika ditemuramah oleh Munkar & Nakir? Apakah harta & wang berkoyan dalam bank tu boleh jadi proof of purchase & tiket untuk merasuah kedua malaikat yang semestinya kita akan berjumpa tu?

Pernah ke tanya soalan2 ni pada cermin, atau at least dalam hati sendiri?

Al-Quran tu, bila last time kita ambil & baca? Sentuh untuk mengalihkan tak kira, ya. Pernahkah kita cuba ambil sedikit masa waktu tengah malam untuk berkhalwat seorang diri dalam bilik, solat 2 rakaat & bermunajat mengingati Sang Pencipta serta bermonolog kepadaNya? Bukan selalu, ambil barang sedikit masa bila terluang saja. Biasalah ramai yang bekerja keluar awal waktu pagi.

Tanda kiamat kecil dah lengkap. Tunggu masa yang besar ni je. Tak lama lagi dah. Event2 besar seperti pesawat yang hilang di dah cukup jadi prelude untuk pementasan ibu segala perang. Dari situ, insyaAllah, tanda2 besar kiamat akan menyusuli.

Bagaimanakah usaha kita dalam bermuhasabah diri & beristiqamah? Rajin2kan cari info berkenaan hari kiamat buat keinsafan diri kita.

Renung-renungkan. Jaga solat & kembalikan diri kepada Allah. Perhatikan tanda-tanda yang berkenaan. Semoga kita semua diampuni & bersedia untuk event besar yang bakal tiba. InsyaAllah.


Sumber: http://2.bp.blogspot.com/

Tuesday 16 September 2014

Review: Transformers Universe

Mood: Biasa

Lagu: Bumblebee karya Steve Jablonsky (Transformers)


Assalamualaikum. Hari ni aku nak share game online yang aku dok main waktu sebelah petang mahupun lewat malam seorang diri kalo ada player lain masuk nasib la kalo tak aku boring.


Map crisis. Korang & geng akan get through gerombolan
Terrorcons untuk tewaskan boss di tengah map & di hujung map.

Salah satu map PvP. Sini apa lagi? Lauk sama diorang!


Transformers Universe. Ia MMORPG 3rd person keluaran Jagex Game Studio & Hasbro Gaming. Game ini mengikut arc Transformers: Prime (3d animation dia best kot). Baru je launch close beta beberapa bulan lepas. Dulu bila aku dapat tahu terus je sign in, alhamdulillah dapat join close beta.

So far, kalo nak evaluate kepuasan per 10, aku bagi (7/10). Ciri2 dia:


1. Pilihan karakter yang seimbang antara Autobots & Decepticons. Setiap karakter ada counterpart tersendiri & skill masing2.

2. Senjata, armor semua mmg melekat masing2 punya kelas. Takde beli ke apa. Nak upgrade semua ikut level.

3. Sistem 'core' pakai-buang. Core ni ikut level per slot. Setiap 10-15 level gitu korang dapat 1 slot. Core ni ada jenis offensive, defensive & utility. Nak upgrade stun ke, damage ke, defence ke, boleh guna core.

4. Map antara Autobots & Decepticons tak bercampur. Autobots kat High Grand, Decepticon kat suatu bandar aku dah lupa nama. Diorang kongsi map dalam mode 'Crisis' tapi takkan bertemu (mission map). Diorang hanya bersemuka untuk bertumbuk pecahkan kereta kat PvP maps.

5. Ada 2 mode permainan. Elimination (fokus kat bunuh group lain. Points terbanyak menang) & Meteor Storm (secure meteor spot untuk generate points. Points terbanyak menang)

6. Autobots & Decepticons boleh berhubung sesama sendiri kat PvP maps je. Lain map semua hanya untuk seangkatan sekufu (melainkan private messaging).


Since game ni pun baru lagi, bagi la kot diorang peluang nak tambah macam2. So far kedua2 pihak bertelagah ni punya satu common enemy, Terrorcons. Terrorcons ni mana2 robot yang dah K.O dihidupkan oleh Dark Energon. So jadi zombie la kiranya. So agak2 kalo terjumpa Terrorcon Reckoner, nasihat aku jangan la nak solo. bawak geng siap2. Kalo nak gak, snipe je dari jauh, pasang traps.

Okay korang boleh try game ni, tengok boleh ngam ke tak ngan jiwa korang. Nak main, boleh main guna browser ataupun download installer dia.


Ready?

Transformers Universe ® interactive video game © 2013 - 2014 Jagex Limited
HASBRO and its logo, TRANSFORMERS and all related characters are trademarks of Hasbro and are used with permission. © 2014 Hasbro. All rights reserved.
Jagex and the Jagex Logo are trademarks and/or registered trademarks of Jagex Limited in the US, Europe and other jurisdictions. All rights reserved.
All other trademarks are property of their respective owners.

Wednesday 10 September 2014

Perginya Sahabat

Mood: Takde mood

Lagu: Takde lagu


Seorang lagi sahabat pergi meninggalkan ruang hati atas dasar yang tidak dapat dielakkan. Seorang yang bagus dari pelbagai aspek menjadikan aku senang bila berbual & berkongsi ilmu dengannya.

Perpisahan ini kami relakan atas dasar ikhtilat. Aku sedar yang aku ni takde la jaga sangat tapi keperibadian dia mendapat respek aku. Terfikir nak dapatkan dia? Hahaha! Mimpilah. Umpama langit dan bumi dari segala segi.

Semoga kau baik2 saja, sahabatku. Aku benar2 berharap yang Allah akan menjaga dirimu sebaiknya. InsyaAllah, may we meet at the other side.





Tuesday 9 September 2014

Dia Yang Depresi

Mood: Takde mood

Lagu: Takde lagu




Dia rasa teruk.

Walaupun dia sedar bahawa ada yang hidupnya jauh lebih susah daripada dia, still dia rasa hampeh yang amat sangat.

Agak2 umur yang sesuai untuk stabil? Umur yang sesuai untuk berkahwin? Umur yang sesuai untuk meneruskan fasa2 lain dalam hidup?

Dia dah nak hampir mencecah 30an namun dia rasa jauh dari semua itu. Dia tiada lesen. Tidak boleh memandu. Pernah bawa moto orang takde lesen itu pun dah jarang.

Macam tak masuk akal kan?

Keluarga lain rasa bersyukur bila lihat anak mereka boleh taat kepada orang tua mereka, dan orang tua mereka memberikan sokongan serta dorongan yang padu. Tambahan pula asas agama yang kukuh. Alhamdulillah. Stabil. Smooth je perjalanan hidup tu. Ada halangan pun mereka masih boleh stick together.

Dia mendoakan supaya mereka akan tetap berada dalam kebaikan.

Namun berbeza bagi keluarganya. Dia serta adik beradik menjadi mangsa. Akibat ketidakstabilan emosi & mental serta rezeki yang sempit menyebabkan hidupnya segan mati tak mahu. Dia yang merupakan abang sulung dalam keluarga mangsa penceraian dipijak oleh semua orang. Ibunya menuduh dia punya saka. Dia diharamkan berkahwin & tidak dibenarkan berjumpa dengan ayahnya yang entah di mana. Apatah lagi saudara sedarah di sebelahnya.

Dia pernah ditinggalkan rakan2. Dituduh macam2. Dituduh malas, Banyak alasan. Pendek kata, walau ada keluarga, dia keseorangan.

Ibunya demand untuk kahwin dahulu & ingin menakluk semuanya, termasuk kehidupan anak2nya sendiri. Adik perempuannya gila event seperti ASOT, yang suka memaki ibu sendiri beberapa ketika dibenarkan pergi bercuti, dating & seumpamanya. Ibunya boleh melayan adik perempuan yang satu ni. Adik lelakinya seorang yang sangat defensif. Kadang sukar diajak berbual & beraktiviti.

Dia & ahli keluarganya selalu sahaja bertengkar. Dia sebagai abang sulung nyata tewas dicantas dahulu dek keadaannya. Kerjanya tak pernah tetap. Ada sahaja hal yang terjadi di sana yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk berhenti. Ketika yang lain dia diberhentikan.

Dia pernah bercadang untuk membuka bisnes sendiri dengan modal yang rendah. Bukan mudah baginya dengan kerja yang tidak tetap. Dia pernah cuba meminjam daripada saudara mara namun tak kesampaian. Dia malu. Baginya lebih baik berusaha sendiri walaupun hakikatnya dia sangat kesempitan.

Dia bukannya bodoh. Dia ada sahaja offer kerja yang bagus2 namun langkahnya dihentikan ibu sendiri atas alasan jauh. Hendak dijadikan cerita tahyul, dia tidak dibenarkan meninggalkan rumah lebih dari dua malam. Bila ditanya ibunya, ibunya tidak mahu memberikan apa2 jawapan. Dia tidak kira walau logik mana jawapan, anak2 ibu diwajibkan menuruti kata ibu. Tiada bantahan diterima.

Atas tekanan yang dihadapi, hubungan cinta serta persahabatan tidak pernah lama. Kata mereka, elok dia bangkit menentang lantang. Barangkali mereka lupa, bukanlah anak lelaki sulung jika bertindak meninggalkan ibu sendiri. Ditambah pula dengan adik beradik & ibu yang sentiasa meminta pertolongannya namun 70% dari masa dibalas dengan sesuatu yang kontra.

Mungkin juga salahnya. Mungkin dia patut sahaja lari dari rumah.

Mungkin betul juga kata orang. Begini gaya tak payah hidup. Bunuh diri lagi baik.

Ibunya pernah bertanya, "Tak serik ke buat dosa? Nak sangat ke pergi neraka lawan cakap ibu?"

Dia mengaku ada masanya dia "snapped" walaupun tak selalu. Namun begitu suaranya tidak pernah melebihi ibunya. Terkadang dia sedikit menyindir akibat tidak tahan dengan suasana ketika itu. Segalanya yang dia buat, tidak kena. Dia memberi hujah rasional, disuruh diam. Jawapan ringkas pun begitu. Dia buntu. Katanya, ibu selalu menuduhnya mendengar cakap saka dari ibunya sendiri. Dia dituduh tidak berakal, walhal sebagai seorang dewasa sudah tentu seseorang itu punya pemikiran serta pemahaman & pendapat sendiri.

Dalam menangis dia terpaksa menahan semua memori & input tahap jahannam tersebut. Sebelum dia berhijrah, dia melalui benda yang sama namun lebih bebas. Dia masih punya rakan di sisi.

Entahlah.

Dia tertekan. Dia semakin kekurangan pilihan. Ke mana lagi dia hendak mengadu. Menangisnya dia di atas sejadah mahupun sebelum tidur, tiada seorang dalam rumah itu tahu. Setahun berlalu dia menyaksikan beberapa rakan yang baru dikenali & cinta hati yang pergi meninggalkan gara2 kehidupannya yang sebegitu rupa.

Dengan fitrahnya yang disekat serta jiwa yang semakin tidak stabil, adakah dia mampu untuk mengecapi kebahagiaan seperti orang lain?

Atau mungkinkah dia bakal tewas kepada sisi gelapnya yang semakin menggila dalam diri?

Kerana Tuhan atau kegelapan, dia berada di tengah2. Dahan keimanan yang tumbuh di tebing kesabaran digenggamnya sekuat hati melawan nafsu, skizofrenia serta elemen2 gelap yang lain yang cuba menariknya jatuh ke bawah.



Saturday 6 September 2014

Zine Afterdark 2.0 Released!

Mood: Biasa2

Lagu: Kalluri Vaanil dendangan Prabhu Deva & Jaya Sil


Aku dengar lagu Tamil. Korang jangan judge. Sedap kot lagu ni.

Okeh, baiklah. Assalamualaikum korang. Dalam post kali ni aku nak promote zine AfterDark 2.0, isu kedua selepas Afterdark. Zine Afterdark ni dalam English bagi yg tak tau. Isi dia lebih banyak dari yang sebelumnya. 35 puisi (panjang kebanyakkannya) aku susun jadi citer. Citer apa? Haa.. nak tau baca la.

..dan ia bukan kisah seram. Zine Afterdark 2.0 diolah dari sudut kehidupan waktu malam yang kita mungkin tak tahu. Sisi gelap manusia. Sedih, tekanan.. gitu la.

Jika berminat, boleh tinggalkan emel atau no telefon atau tweethandle twitter.



Okay guys, Afterdark 2.0 is out already! More stories assembled from 35 poems (mostly long). If interested, please leave your phone number, or email or your tweethandle (you can follow me in twitter via tweethandle @khilaf_ed).