Friday 28 February 2014

Random Post & A Poem

Status: Bosan macam biasa

Lagu: I Don't Think I Love You dendangan Hoobastank

Best lagu ni. Selama ni ada je kat dalam komputer aku baru aku tau lagu ni sedap. Hampeh...

Anyway sementara yang lain ke Melaka, Perlis semua enjoy zine fest apa bagai, aku terperuk kat rumah sebab takde geng nak follow. Takpe la, hujung minggu ni pun ada event sepupu kahwin. Bersyukur je la layan nasi minyak. Cousin favourite aku tak dapat datang bakal menambahkan beban bosan pada diri. Usya awek? Takpelah... dah berpunya. Malas nak cari pasal.

Anyway, alhamdulillah sebab kaki makin sembuh. Sayang nak duduk antara dua sujud tu masih sakit urat dalam. :( Harap sembuh la cepat insyaAllah.

Untuk memenuhi ruang post ni, aku preview salah satu puisi untuk zine yang insyaAllah, dalam bulan Mac keluar (kalau cukup budget nak printnya hehehe...)


Dive Into Dream

One day I will fly
High up in the sky
Reaching to the stars above

Now I'm on the ground
Lying on the grasses
Dreaming to fly high above

The sky...

So blue
Let me touch
The moon
Let us touch

Our dreams, our visions
Our hearts & submissions
How come we stuck in our past

See through tunnel vision
Left right they're just options
Which path will you choose next time?

Turn around...

See the stars
See yourself
In your mind

Thursday 27 February 2014

Skrip siap!

Status: Tersenyum puas

Lagu: Song For You dendangan Lunatica

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan Seru Sekalian Alam. Selawat & salam kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w juga kepada ahli keluarga & para sahabat beliau.

Hari ini baru dapat update sebab selama ni aku agak busy dengan skrip. Alhamdulillah. Berjaya juga disiapkan. Hari tu aku ditegur kerana tiada jalan cerita walaupun punya isi. Walau bagaimana pun, bos kesayangan punya pasukan "think tank" sendiri. Terima kasih diucapkan atas bantuan. Masuk babak 3 hingga 5 baru aku nampak jalan cerita (sebab masuk babak 2, aku ditegur & boss bagi cadangan jalan cerita).

Jadi mulai dari situ aku procrastinate pulun sehabisnya demi untuk menghasilkan skrip teater yang pertama. Terima kasih boss atas dorongan. Harapan aku ialah dengan hasil yang dikumpulkan nanti, dapatlah aku buka perniagaan sendiri. Semoga Allah menunjukkan jalan yang sebaiknya. Hmm...

Berkenaan lagu yang aku tengah layan ni, lama dah sebenarnya tak dengar. Ia merupakan salah satu lagu kegemaran aku sejak aku berkecimpung dalam meminati genre Symphonic Metal. Lirik dia sebagus melodi yang dimainkan. Ia bukan keras, namun membuatkan aku tersenyum menikmati persahabatan yang ada sekarang. Namun bila terkenang memori persahabatan yang putus, hiba pula hati. Tak dapat la nak dielakkan bila memori memainkan sesuatu yang melankolik dalam minda. Sekali lagi, jangan risau. lagunya lembut, easy listening.

Jadi aku mengesyorkan korang untuk check out lagu yang aku dengar, tertera atas post selepas status. :)

Bulan Mac yang akan datang punya event yang sangat banyak. Aku hantar draf untuk zine yang-sulung-lah-sangat ke salah satu zine publisher yang agak dikenali di laman kicau (sebelum ni ada kat orang lain tapi tak di-release sampai sekarang atas dasar nak cari timing sesuai, kata dia). Tak apa lah. Aku bagi kepercayaan kepada dia sebab dia otai & tau marketing zine ni camna. Ahahaha!

Jadi, sementara menunggu ni aku cuba hasilkan zine lagi. Dalam pembikinan pun. Ehehe... InsyaAllah, harap cukup la fulus untuk aku buat print. Uhuk uhuk...

Wednesday 5 February 2014

Sedikit Update

Status: Biasa je

Lagu: Takde lagu. Bacaan ruqyah oleh Sheikh Sudais

Lama gak tak update. Takde apa yang menarik setakat ni. Sekadar memerah otak untuk skrip teater pertama. Baru babak 2 beb. Babak 3 baru seciput. Hujung bulan ni kena hantar dah. Bukan senang nak tulis skrip, nak pulak kali pertama ni. Dengan hanya berpandukan skrip seorang rakan sebagai rujukan (rujuk format, bukan jalan cerita), maka pulun la aku siapkan skrip alah tu. Kisah santai, tapi boleh tahan susah nak buat. Walau jalan cerita tu takde la nak dititikberatkan sangat, tapi kalau santai sangat hambar jadinya. Kan tak pasal...

Apa lagi? Haa... insyaAllah ada target besar tahun ni selain rezeki skrip, lakonan serta dokumentari. Target memang besar. InsyaAllah, nantikan saja. Nanti je tak guna, kena usaha. Ahaa... Rezeki tu Allah yang tentukan.