Monday 7 April 2014

Sekadar Mimpi

Status: Null, tak tau nak kata macam mana

Lagu: Entah sampah apa yang terhidang di radio


Sekadar Mimpi

Sekian lama terbuku dalam kalbu
Mimpi ngeri yang agak berhantu
Buat minda ini haru-biru
Tidak dapat fokus dengan apa
Yang berlaku

Bertahun sudah berlalu
Mimpiku, dalam separa sedar
Atau bawah sedar..

Dikejar
Diburu
Oleh laskar biru
Dari hadapan rumah
Berlari jasad itu dikejar
Hingga ke kota
Semakin jauh lariannya
Semakin ramai pula
Mengejarnya

Ia tidak terhenti di situ
Bila di waktu lainnya
Jasad itu ditangkap para anjing
Keparat laknatullah
Sempat sang pemimpi menghafal
Nama seorang pembelenggu
Ingat hingga kini
Tersemat dalam hati
Itu bakal dicari, atau
Ditakdirkan untuk ditemui
Nanti

Entah, namanya pun mimpi...

Arakian, senario yang sama
Latar yang berbeza
Dalam dikejar jasad itu
Diselamatkan
Dengan kancil berkarat
Ditunggang dua orang hamba
Dibawa keluar dari kawasan
Rempuhan ombak manusia
Derhaka

Sekali dua alamat petanda
Begini muncul dalam setahun
Berkala

Sudah setahun dua diam tanpa petanda
Serupa
Kecuali diburu dalam persembunyian
Mimpi juga
Begitu jua pertempuran lainnya
Sukar untuk percaya

Usah percaya
Mimpi sahaja

Jika terlalu difikirkan
Dia akan tertekan
Sang Iblis akan tersenyum
Dan para anjing bergelak sakan

Dah, usah dipeduli
Semua ini hanya mimpi
Ya, hanya mimpi..

Ia hanya mimpi..