Saturday 30 August 2014

Salam Kemerdekaan ke-57

Mood: Biasa

Lagu: Warisan dendangan Hanie Soraya (cover lagu Sudirman, dengar kat 8tv)


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka...?

57 tahun kita dok melaungkan atas bebasnya negara daripada penjajahan kuasa asing. Tapi sepanjang pemerhatian aku ni macam negara kita genap 57 tahun dijajah dari pelbagai sudut. British melepaskan Tanah Melayu bukan tanpa orang2 dia dalam sudut pentadbiran (orang yang dididik dengan such ideals & berkembangnya pengaruh budaya omputih dalam diri). Ada je..

Aku tak nak ulas lelebey pasal hal ni. Otak dah kejang. Maklum la bebal tak cukup tido. Tak professional sungguh perangai haa... kahkahkah!

Tapi kan...

Selama hampir 30 tahun aku hidup sebagai seorang hamba Rabbul Jalil yang picisan tepi-tepian ni, aku perhati industri hiburan ni berkembang biak dengan pesat. Hiburan tahap lain macam punya lalai. Macam tak logik pun ada. Terang2 tak logik yang kita dok logikkan. Artis Timur ke Barat ke, selebriti dari pelbagai bidang ke, kadang tu diorang pun buat ulasan serta perangai tak terjangkau dek akal serta naluri kemanusiaan tu sendiri.

Tak kisah la.

Yang penting, kaji balik sejarah negara kita. Kenang datuk nenek nyang tok kita yang berhempas pulas membebaskan negara kita dan jangan lupa kaji sejarah negara yang tersorok jangan fikir nak enjoy, merdekakan nafsu serta benih secara haram.

Ataupun berpesta liar, seronok melampau, mabuk2 dan segala perangai buang tebiat yang lain.

Boleh faham sendiri kan?

Ingat Tuhan, ingat mak bapak. Ingat malaikat kiri kanan depan belakang. Ingat siapa2 yang memerhatikan.

Selamat hari kemerdekaan ke 57, tanah airku Malaysia pertiwi.





Wednesday 27 August 2014

Ibu?

Mood: Biasa je

Lagu: Best Horror Music Ever karya Epitap redo (boleh cari kat Youtube)

Ini salah sebuah kisah seram yang aku pernah post kat blog sorang kawan aku. Blog tu sayangnya tidak lagi aktif so aku decide nak kongsikan di sini untuk bacaan engkorang. Selamat membaca. :)

Oh, dan seeloknya dibaca dalam bilik gelap dengan lagu latar seram. Hehe.. Ok bismillah...


Kelam. Tenggelam aku dalam gelap yang pekat. Pitch black. Kadar penglihatan yang cukup terhad untuk membayangkan yang bukan2, biarpun dalam keadaan pintu bilik terbuka.  Malam itu TNB sedang melakukan pembaik-pulihan di stesen jana kuasa tidak jauh daripada rumahku. Dalam keadaan baring aku cuba lelapkan mata. Adik lelaki berdengkur di katil sebelah. Cukup suka dia tidur dalam keadaan begini. Aku? Lupakan.
Tepat pula pada waktunya aku mula membayangkan yang bukan2. Aku cuba tutup perasaan tersebut dengan mengalihkan fikiran terhadap perkara lain. Apa saja jenis muzik di dalam kepala kuputarkan, memori lepas baik dan buruk aku mainkan. Janji hilang rasa takut.
Dalam beberapa minit kemudian aku ternampak susuk seseorang keluar dari bilik adik perempuan di sebelah. Oh, ibu rupanya, kata hati. Aku mengamati figure tersebut melangkah keluar dari bilik sebelah menuju ampaian bajunya di hadapan bilikku. Dia kelihatan seolah-olah membetulkan baju yang hampir jatuh. Pedulikan. Bukan aku kisah.
“Ibu ke tu?” Aku bersuara perlahan dalam gelap. Cukup untuk ibuku dengar & sedar aku masih belum mampu melelapkan mata.
Aku silap.
“Ibu” mengalihkan pandangannya kearahku. Perlahan dia berjalan

… tidak.

Dia bergerak perlahan seolah terapung dalam kurang satu sentimeter dari lantai, aku agak. Semakin kehadapan semakin bertukar keadaan dirinya. Rambut paras bahu yang ikal bertukar serabai. Baju putih dan seluar berwarna hitam seolah semakin menyatu menjadi kain yang sedia perang dikotori tanah. Wajahnya tak mampu aku gambarkan sepenuhnya; Hitam, kosong & bergerak-gerak seolah dikerumuni ulat hitam. Tangannya terangkat seolah bersedia untuk mencekik.

Dengan refleks aku menjerit ketakutan. Segala ayat suci keluar secara rawak & bersepah daripada mulutku. Tangan kiriku mencapai tangan adik yang tidur di sebelah. Dia kaget, ketakutan melihat keadaanku yang kelam-kabut cuba menepis sesuatu.

Lembaga tersebut hilang sekelip mata tatkala lampu yang terpasang secara tiba-tiba, menandakan kerja baikpulih selesai. Ibu & adik perempuan pantas keluar dari bilik masing2 selepas terdengar jeritan. “Kenapa? Apa jadi?”, Tanya mereka. Aku seolah terhenti selama satu saat dan menjawab kembali tiada apa yang berlaku. Sekadar mimpi ngeri kataku. Tidak lama selepas itu mereka kembali ke bilik masing2 dan sambung tidur, dan aku pun tidur sama.

Pagi itu aku menceritakan apa yang berlaku. Masing2 terdiam. Namun begitu aku dinasihatkan supaya banyakkan berdoa & berzikir untuk mengelakkan kejadian berulang lagi. Pada riak wajah ibu, seolah dia mengetahui sesuatu. Aku diamkan sahaja.



Thursday 21 August 2014

Sos spaghetti kat burger

Mood: Biasa je

Lagu: South Central dendangan One Minute Silence

Lama gak aku tak hapdet blog ni. Takde apa yang aku nak post sangat. Baru2 ni aku ada terfikir nak upload resipi ketam masak sambal tapi aku dah lupa resipi dia. Mak aku punya resepi. Takpe la, insyaAllah next time kot aku upload.

Ni baru tadi aku bertindak kreatif (baca: gila) dengan bubuh sos spaghetti kat burger. Kalo korang nak try, buat mcm burger special. Lepas korang letak telur, tuangkan sikit sos spaghetti pilihan korang (Mcm San Remo atau Prego). Sikit je jangan sampai melimpah (nak melimpah pun sukahati korang la!) pastu bubuh patty yg korang dah masak. Then letak sedas pepper ngan sos Lea & Perrins. Baru korang balik2kan.

Pastu hidang la. Apa lagi? Enjoy!

p/s: makan jangan lupa baca bismillah.

Tu dah baca bismillah ke belum?

Saturday 9 August 2014

Secebis Rangkak Hijrah

Mood: Biasa2 je

Lagu: The Throne Room/End Credit (Star Wars: A New Hope) composed by John Williams

Berubah. Hijrah. Dua perkataan ini agak sinonim sebenarnya pada waktu sekarang. Kelihatan ramai juga yang mengambil keputusan untuk berhijrah meninggalkan kehidupan lama yang sangat lagha serta penuh foya-foya tak tentu pasal. Mereka merasai manisnya tarbiyyah dari pelbagai sudut pra-perubahan terutamanya. Tak kira la ia datang dalam keadaan elok mahupun dalam bentuk tragedi, namun kemanisan tarbiyyah ini tak terjangkau nikmatnya. Benarlah kata2 di mana Allah memberikan hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Nak bentangkan konsep hijrah ni rasanya dah banyak entries blog2 lain citerkan. Macam biasa entry aku sentiasa je santai & tahap malas nak fikir banyak.

Tengok, apa aku nak citer pun dah lupa dah..

Ah! Pedulikan. Aku dah mengantuk. So di sini aku cut short dengan bagi tips2 sempoi yang aku rasa tak bercanggah kot dengan kehendak islami. Tau aku baru je lagi bab hijrah ni & tak pandai mana but then again, here goes. Bismillah..


1. Taubat. Memang first step yang takleh lari dari sistem perubahan/hijrah. Berjanji untuk tidak mengulangi kisah silam serta segala sikap kelakuan yang takleh blah tu memang makan masa. Tapi bertekad la dalam hati. Berubah slow2, step by step. Dalam keadaan begini, kena sentiasa ingat Allah & muhasabah diri. Which brings to...

2. Istiqamah. Contoh paling sempoi yang aku rasa korang boleh je buat (aku agak je la...) ialah BERHENTI MENCARUT. Slow2, macam aku cakap tadi. Kurangkan semaksima boleh. Kalo boleh usah la nak mengamalkan carutan & bahasa kesat ni. Tang cakap biasa2 nak mencarut, bila marah apatah lagi kan. Kenapa aku cakap paling sempoi sebab bila marah, boleh je padam dengan berwuduk. Lain daripada tu korang lari cari tempat bertenang. Rasa diri tu kalo penuh sangat kesedaran elok je amik tikar sembahyang & solat je 2 rakaat biasa2. InsyaAllah boleh jalan.

3. Baca Al-Quran. Since solat tu wajib & jangan kita tinggalkan, hal tu aku tak nak sentuh. Sendiri boleh fikir akibat serta musibat kalo kita dok tinggalkan solat camna kan. Membaca Al-Quran ini mendatangkan ketenangan sebenarnya. Rasa tak reti, cari la orang ajarkan. Yang reti tu, study la balik, praktis baca bagi lancar. Slow2 pun takpe. Fadhilat membaca Al-Quran boleh dirujuk kat blog2 yang membentangkan hal ini. Dan jangan lupa baca terjemahan. Mana yang tak faham, silalah bertanya pada orang2 yang tahu. Kalo boleh dapat guru yang bagus, rujuk terus. Bertalaqqi dengan dia. InsyaAllah

4. Monolog dengan Allah. Dalam hati tu teruskan berhubung dengan Allah. Ingat Dia waktu lapang & waktu busy. Bersangka baik dengan Allah kot ada rintangan ke apa. Jangan terus marah atau rasa tension. Mesti ada sebab. Lantak la orang tengok kita senyum sorang2 mahupun kadang2 kita dok bercakap sorang2, apa2 hal Allah tu Maha Melihat. Berhubung dengan Allah tu tak limit ngan doa sahaja. Trust me. The feeling is really good.

5. Solat Sunat. Biasa malam2 kalo korang terbangun, atau memang tabiat jadi batman & xde benda nak dibuat, memang elok la korang solat malam. Macam2 solat sunat dah yang ada. Tahajjud, Hajat, Witir & banyak lagi. Pilih la mana satu ikut kesesuaian keadaan. Nak oomph lagi, sambung mengaji pastu. Ni korang google je.

6. Ulangkaji asas Islam. Takde matinya la nak study balik rukun islam, rukun iman tu semua walaupun kat sekolah dulu engkorang dah pernah belajar. Seeloknya cari guru yang boleh mengajar balik asas ilmu fardhu ain & kifayah. Boleh je nak rujuk internet untuk pengayaan tapi bukan semua kita boleh ambil dari situ.

7. Cari jemaah/geng2 yang sama hijrah. Kalo dapat geng yang diketuai oleh orang yang berpengalaman lagi berpengetahuan luas dalam agama, itu la yang paling utama. Sini la korang boleh get back on your feet tanpa rasa kesepian & disisihkan. Kawan2 gini akan membantu dari segi sudut pembangunan fizikal, mental & spiritual korang. InsyaAllah. Nak pulak dapat sehobi ngan korang kan. Semangat la skit ye dak? Nak pulak time korang rasa dibebani sesuatu, rasa down & nak cari tempat melepaskan lelah, insyaAllah diorang akan mendengar & beri bantuan sebaik mungkin.


Okey la setakat tu je yang aku boleh bagi. Harap asas ini boleh membantu korang. Aku ilmu agama pun dok garu2 kepala & masih nak belajar asas lagi so aku kongsikan apa yang aku tahu je. Aku agak ramai je kat luar sana yang jauh lagi memahami & lagi dalam ilmu serta amalnya. Belajarlah dengan diorang. Jangan segan bertanya. Harapan aku korang yang dalam proses hijrah ini akan terus berubah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa, insyaAllah. Usah toleh ke belakang lagi. Allah dah bagi merasa manisnya hidayah jangan dipersiakan. Dunia ni bukan lama. Kejap je. Banyak kita nak kena settle ngan Allah ni.

Dan pesan aku, kot kalo diantara korang ni bekas budak2 skate ke, kaki console/pc games ke serta apa2 hobi, aku rasa takde masalah kot nak teruskan hobi korang (yang melibatkan membuka aurat besar-besaran, minum arak, seks bebas tu takyah la). Janji pandai2 bawak diri sudah. Ingat tanggungjawab kepada Allah & lain2 prioriti yang patut didahulukan.

Memang ada banyak rintangan daam proses penghijrahan tapi fikir la. Rasulullah s.a.w punya rintangan lagi padu dari apa yang kita lalui pun sebenarnya. Sakit macam mana pun, it's worth it. Ingat, tempat kita bukan di dunia ni. Tempat kita yang sebenar-benarnya ialah di Syurga sana. Jadikan itu sebagai motivasi. Tekanan atas dunia ni sementara. Allah saja yang Maha Mengetahui keadaan & isi hati hamba2Nya. Rileks. Keep calm and keep it together. Kalo kita kehilangan sesuatu, ingat bahawa semuanya akan kembali kepada Allah, dan kita akan ditanya berkenaan hal yang pernah dilakukan. Semoga Allah permudahkan trial kita di alam mahsyar nanti.

Maafkan aku jika ada kekhilafan dalam entri kali ini. Semoga Allah beri kekuatan kepada kalian, dan ingatlah. kau tidak keseorangan.


pic courtesy of seindahcintaislam.blogspot.com