Wednesday 13 June 2018

1439

Current Mood: Kelaut

Current Song: Rajawali Terbang Tinggi dendangan M.Nasir


"Pergolakan drama manusia masing-masing mahu membuktikan kuat lemah."


Begitulah lirik M. Nasir. Dalam mood aku yang tengah teruk, somehow lagu ni meringan penderitaan mental yang buat aku hilang mood nak menulis.

Takpelah. Redha je la hidup tenggelam dalam dosa. Ramadhan tahun ni lebih gagal daripada tahun-tahun sebelumnya. Aidilfitri nanti ada drama menanti. Ibarat keluar dari mulut Leviathan masuk ke neraka jahannam gamaknya.

Barangkali kali ini aku akan keluar. Alhamdulillah ada rakan yang sudi menumpangkan aku di rumahnya. Tak jauh dari rumah yang currently aku duduk. Cuma aku harus menguruskan waktu supaya tak dijumpai. Aku masih dapat berjumpa adik-adik bila berkelapangan. Cukuplah buat masa ini aku tak perlu berjumpa sang ratu tiran.

Otak aku dah tak mampu fokus.

Chow.