Wednesday, 6 May 2026

Alkisah Butang Rawak

Mood: Bosan dan minda menerawang

Lagu: Creeping In My Soul dendangan Cryoshell


Assalamualaikum kepada sekalian pembaca yang sudi membaca, dan juga kepada pembaca sepintas lalu, main lalu dan juga tak lalu nak baca. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera dengan izin Allah, Pemilik Mutlak Haq.

Setiap pemain media MP3/MP4 (takde MP5 sebab tu dah benda lain) tak kira hardware atau software mesti ada butang ulang & butang rawak (repeat button & random button). Rasanya ramai je yang memanfaatkan butang ni. Secara peribadi aku suka memainkan playlist dalam aplikasi telefon pintar secara rawak sebab tak best la dengar linear gitu je. Hehehe

Tapi kali ini aku bukan nak sembang tentang lagu secara umum, tetapi suatu pandangan yang dianggap "kacip", mental dan entah apa2 dan ya, aku rasa butang rawak tu sebenarnya tak berapa nak rawak.

Dalam playlist aku ada lebih kurang 800 lagu dari pelbagai genre & bahasa. Ada pelbagai jenis tajuk & kepelbagaian mesej dalam setiap lagu dan tak semestinya generic tentang cinta. 

Macam ni...

Adakalanya aku skip lagu dengan butang rawak. Kadang sekali skip, kadang beberapa kali. Pernah skip sampai lebam last2 aku tutup je aplikasi pemain sebab dah bosan. Tapi sekali tu aku terfikir kalau setiap kali butang rawak ditekan, lagu yang seterusnya seolah mengolah perasaan aku saat itu. Kadang melalui tajuk, kadang melalui lagu itu sendiri baik instrumental mahupun berlirik. Kadang tu macam bagi jalan penyelesaian. Aku mula rasa butang rawak tu bukan berfungsi secara rawak. Mungkin AI, mungkin benda lain. Faham tak?

Susahlah pulak nak jelaskan. Rasa korang faham kot. 

Cukuplah setakat ni. Kepala dah naik serabut.