Friday, 27 September 2013

Malas

Status: Bosan, macam biasa

Lagu: Fleeting Resonance dendangan K.Fly


Dengar pun lagu sendiri gubah. Boleh tahan la.

Punya la cuba nak faham balik HTML memang dah failure habis. Ye la dah tinggalkan U sejak 2007, nak buat macam mana? Syllabus main tinggal, tak amalkan memang mengundang habis la penyakit lupa ni.

Tapi lupakan. Kehkehkeh...

Jadi buat masa sekarang biarkan je blog begini rupa. Simple, tak serabut. Sodap mato memandang (kononnya). Blog lama ditinggalkan begitu sahaja (Ye la emel, kata laluan dah lupa habis)

Masih mencari kerja tetap. Belum ada rezeki. Tak apa, Allah s.w.t yang tentukan rezeki. Kita cari je selagi boleh. Umur dah banyak tapi gini gak mana la tak digelak orang? Tapi takpe, kena jugak sabar. Semua yang terjadi pasti ada hikmah.

Dah la tu. Otak kembali kosong. Blank. Void.

Selamat beristirehat, kalian.

No comments:

Post a Comment