Current Song: Takde lagu
Alhamdulillah. Hari ni masuk 1 Ramadhan 1435 hijrah. Sekali lagi dengan izin Allah aku dipertemukan dengan bulan Ramadhan tahun ini. Awal2 dah skip solat terawih atas sebab hidung yang dalam keadaan umpama empangan pecah & demam serentak (demam la tu...) jadi melepas la fadhilat malam pertama Ramadhan. --"
Takpe...
Anyway aku nak kongsi jap resepi yang rasanya bersepah kat internet tapi aku adjust sikit cara bujang (ikutkan memang dah simple ada sikit tambahan macam semak pun ada) tapi boleh improved lagi. Ni dia, Garlic Butter Prawn
Sekadar cadangan hiasan |
Okeh, since aku buat x ikut sangat apa yang resepi tu suruh (macam kopek kulit udang misalnya sebab malas yang amat), aku bagi je la resepi untuk korang cuba. Kalo ada tokok tambah, improvement korang sendiri jangan lupa kongsikan. Nak jugak aku cuba.
12 ekor udang kertas (kulit biar atau dikupas)
2 sudu butter (salted/unsalted)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 tangkai kucai (optional)
Lada sulah (optional)
Cara-caranya:
1 - Panaskan butter atas kuali sampai lebur. Tumis bawang putih tadi & lada sulah.
2 - Masukkan udang2 tadi. Haa.. goreng la sampai udang tu masak. Warna udang tu merah2 gittew.
3 - Masukkan kucai. Gaul dalam 1-2 minit. Masukkan air sikit kalau suka berkuah.
4 - Hidang. Sedap makan bersama nasik atau diratah begitu saja.
Tambahan:
1 - Kalo suka cendawan, bubuh cendawan butang atau cendawan tiram. Letak kicap soya sikit pastu goreng.
2 - Nak pedas, tambah la cili secukup rasa. Sendiri faham eh? Hehehe
3 - Seeloknya kupas siap2 udang2 tu kalo nak masak dengan sayur & bahan lain kepada sesiapa yg malas nak kupas kulit tu.
Okay la sampai sini je segmen resepi bujang pemalas pak hang untuk kali ini. Untuk resepi lengkap, sila ke website2 lain dengan keyword "Garlic Butter Prawn". Selamat mencuba & selamat berpuasa esok.
Jangan lupa niat puasa, dan jangan la memandai-mandai check in 4square kat masjid pastu tulis status "done rakaat ke-4" contohnya. Itu namanya mintak bahan.
No comments:
Post a Comment