Wednesday, 9 July 2014

Fiksyen : Kembara Mimpi (Bhg 2)

Mood: Biasa2

Lagu: Takde lagu


Beberapa penerangan imej dalam bahagian ini adalah tidak lengkap, dan aku hanya mampu mengingati beberapa perkataan sahaja.



Kami sampai di penghujung terowong. Kelihatan cahaya masuk dari atas. Pemuda itu menunjukkan ke arah atas dan kami berenang menuju permukaan. Aneh. Kami seperti berada di dalam satu ruang seperti galeri seni, dan ada kolam berbentuk segiempat tempat bertangga 3-4 platform (di mana kami muncul di tengah2 "kolam" tersebut). Berdinding kelabu separa gelap dan terdapat beberapa tingkap mozek bercorak seperti yang terdapat pada tingkap gereja. Tingkap2 tersebut menggambarkan seorang lelaki di tempat2 yang dikunjungi. Aku tak ingat berapa jumlah tingkap tersebut. Sumber cahaya dari luar seolah daripada sinaran matahari namun aku sangsi kerana aku fikir kami berada di gua bawah laut.

Pada dinding tersebut ada lukisan & foto berbingkai di setiap antara 2 tetingkap. Aku amati salah satu lukisan tersebut. Satu lukisan kawasan tebing laut yang berwarna kelabu samar namun di tengahnya punya satu garisan melintang putus2, dan ada anak panah di sebelahnya kemudian satu garisan melintang panjang seolah-olah hasil sambungan garisan putus2 tadi. Garisan & anak panah tadi dilukis berwarna hitam. Aku agak itu huruf alif dalam tulisan jawi.

Aku perasan ada penerangan dalam bahasa melayu/indonesia bertulisan rumi. Anehnya beberapa huruf mempunyai tanda dan titik2 seperti tulisan rumi dari negara lain. Aku tidak ingat semua penerangan tersebut, hanya beberapa perkataan..

"Dengan nama Allah.... setiap sesuatu punya nama... cari nama..."

Aku terfikir sejenak. Fikiran aku dah mula bermain imej yang bukan2. Aku menoleh untuk melihat pemuda tersebut. Dia berdiri dengan lengannya bersilang sambil melihat-lihat sekeliling. Aku biarkan saja. Aku meneruskan menuju lukisan kedua. Tingkap2 mozek aku abaikan pada waktu itu. Entah kenapa. Nak kata kurang menarik, tak juga. Aku tak ingat, barangkali.

Lukisan di bingkai kedua berwarna menggunakan cat minyak (rasanya!). Ia menunjukkan 3 orang lelaki yang terkapai-kapai hanyut di lautan bergelora. Ada satu bahtera yang seolah menjauh di belakang mereka. Penerangan lukisan tersebut berbunyi begini...

"Celaka.. Muhammad dah muncul... rosak rancangan..."

Dahi aku berkerut. Aku mula melihat sekeliling ruang seni tersebut. Ada beberapa arca yang dipamerkan yang agaknya didapati dari beberapa tempat di dunia seperti pasu, patung serta beberapa barangan lain. Aku menggelengkan kepala. Aku seolah tidak percaya akan tempat yang aku berada sekarang ini. 

Aku terus melayan rasa ingin tahu aku & maju ke bingkai ketiga.

Lukisan ini pula menunjukkan gambar seorang badwi berjubah hijau membelakangi pelukis. Tangannya menadah berdoa. Langit biru cerah. Tak jauh dari kedudukannya merupakan sepohon kurma terletak di tengah kanan gambar. Penerangan di situ bermula dengan selawat ke atas Rasulullah s.a.w dalam tulisan jawi, dan di bawahnya sebutan dalam tulisan rumi seterusnya maksud selawat tadi.

Di bawahnya.. "Syafaat... Cerah peluang aku... Inilah masanya..."

Sekali lagi aku tersentak. Aku kembali melihat sekeliling sekali lagi dalam keadaan tidak percaya. Dah la tu aku baru nak mempersoalkan siapakah pemuda yang membawa aku ke sini. Siap tak jawab soalan aku pulak tu. Tension pulak. 

Nak kata tempat Dajjal dikurung, tiada pula rantai & tempat pasungan, tilik aku sendiri. Entah macam mana aku tertoleh ke suatu sisi ruang seni tersebut. Pintu berwarna merah. "Masuklah melalui pintu tu. Kau akan tahu nanti.", sampuk pemuda itu sebaik sahaja aku memandang pintu tersebut pada saat pertama. Aku memandang pemuda itu dan bertanya sama ada dia akan ikut sekali. "Pergi sajalah." Nadanya lebih tegas daripada tadi.

Aku menanggalkan sut & peralatan menyelam tadi dan menuju ke pintu tersebut.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment