Mood: Biasa2 je
Lagu: Hujung Dunia dendangan Hanie Soraya
Kisah ini diilhamkan dari mimpi yang aku alami semalam. Mungkin ada sedikit tokok tambah since bukan semua details dalam mimpi itu yang aku ingat. Dan usah percaya. Ia hanya mimpi. Fiksyen. Maaf jika gaya penulisan aku hambar. Tak nak baca, takpe lah. Hihihihi...
Peta ditandakan. Lokasi di Laut Mediterranean antara Perancis & Itali. "Ke mana kita?", soal aku. Katanya ke lokasi pulau lama yang sudah tenggelam. Aku hanya menuruti.
Kami kemudiannya menyelam ke dasar lautan. Aku hanya membuntuti dari belakang sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan aku mendengar suara seakan suara pemuda tadi. "Kawasan 5 akar... akar di sini merujuk kepada terumbu karang." Mungkin telepati, sebab aku tak rasa ada interkom pada suit menyelam konvensional. Tak apa lah. Aku terus menuruti sambil melihat keindahan bawah laut. Pelbagai jenis ikan dan kelihatan beberapa terumbu karang yang tumbuh di bangkai2 kapal yang kadang2 dapat dilihat.
Kami akhirnya sampai di sebuah bukaan seperti terowong. Di mulut terowong itu terdapat beberapa terumbu yang menjadi tanda lokasi. Ada 5 jenis warna & bentuk berlainan. Kami teruskan masuk ke dalam.
Ia merupakan terowong yang punya khazanah kehidupan. Terumbu pelbagai warna atas batu batan dan makhluk2 laut yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Kebanyakkan mereka seperti ular. Dari saiz belut & ular laut biasa hingga ke sebesar pemeluk yang melintasi kami. Terkejut juga. Bersisik hitam, panjang. Kami biarkan hingga dia habis melintas. Pemuda itu menangkap seekor yang bersaiz belut yang berenang berdekatan dan menunjukkan kepadaku. "Ini kalau gigit sakit, tapi tak berbisa. Ada jenis yang sekali gigit boleh bawa maut. Terus mati." kata pemuda itu. Aku mengamati rupa bentuk makhluk yang dipegang pemuda itu. Badannya seolah bulatan2 yang bersambung. Kepalanya bulat besar sedikit dari diameter badan. Punya sirip di kiri dan kanan kepala seperti naga. Bermulut bulat seperti penyedut & punya barisan gigi tajam halus di sekeliling mulut. Bermata bulat hitam kecil sepasang. Makhluk berwarna perang pucat itu dilepaskan pemuda tadi. Ia berenang pergi entah ke mana.
Kami teruskan berenang hingga ke bertemu siling gua. Udara. Kami mengapungkan diri dan menanggalkan topeng oksigen. Puas. Rimas juga tadi. "Kita nak buat dokumentari Islam kan, kenapa ke sini?" Entah kenapa soalan tu terpacul keluar dari mulutku. Merepek. "Tak. Ikut je, jangan banyak soal" Kata pemuda itu lagi. Kami menyarungkan kembali topeng oksigen dan kembali menyelam mencari hujung jalan yang bakal membawa ke suatu kawasan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment