Lagu: Takde lagu
Tombol pintu itu dipulas, dan serta merta aku berada di dalam lorong seolah pagar sesat keadaannya. Di kiri & kanan hanya bata kemerahan tersusun kemas. Aku tidak menoleh ke belakang & hanya maju berjalan didalam celahan lorong yang lebarnya kira2 satu meter setengah. Jalannya sehala sahaja. Namun setelah beberapa lama aku melihat dinding mula bertukar warna lusuh selepas beberapa minit berjalan, dan keadaan menjadi semakin terang seolah berada di lorong belakang deretan bangunan.
Aku seperti di dalam kawasan ghetto. Poster, grafitti bersepah memenuhi dinding. Dalam beberapa ketika berjalan aku terserempak dengan poster lukisan komik yang dilihat masih baru. Di atas poster itu tertera lukisan ala komik Amerika wajah seorang lelaki berjambang seperti orang tua pemberi hadiah yang muncul pada hari perayaan kufur terbesar akhir tahun. Seperti silhoutte, tetapi sebelah matanya dilukis terang seolah bintang bersinar, dan malap di sebelah lainnya. Ia kelihatan garang. Aku beransur dari situ. Takut juga sebab ia kelihatan real.
Beberapa tapak selepas itu di sebelah lainnya, lukisan poster daripada pelukis yang sama (tak diketahui siapa pelukis) tetapi di dalam bingkai seperti yang ada dalam 'kamar seni' sebelum ini. Gambaran ini lebih jelas. Lelaki berjambang itu kelihatan tinggi & tegap bersedia untuk menumbuk seorang yang digenggam kolarnya yang kelihatan lebih rendah. Ada lagi 2 orang lelaki yang mengelilingi orang tua tegap itu yang tingginya lebih kurang lelaki tadi.
Jadi aku agak orang tua yang satu ni bukan calang2 orang & jauh lebih tinggi dari orang biasa.
Aku teruskan berjalan hingga bertemu satu lagi pintu (tak ingat warna). Aku buka dan serta merta aku berada dalam suatu premis kedai yang berselerak seolah telah ditinggalkan lama. Meja kerusi bersepah. Ada yang terbalik. Ada bangkai tikus, botol air... macam2 la. Tanpa mempedulikan semua tu, aku maju ke sebuah pintu yang membawa aku ke sebuah ruang gelap.
Luas bilik tu seperti bilik tidur utama rasanya. Kelihatan ada satu pintu yang kelihatan cahaya keluar dari celah2 ruang ditepinya. Aku dengar laungan kasar dari balik pintu tersebut, dan pintu itu seolah2 dihentak namun tiada tanda ia akan tercabut.
"Keluarkan aku dari sini!" jerit suara tersebut. Parau. Fikiran aku mula memainkan imej lelaki tua sasa tadi. Jantungku berdegup kencang. Suara itu seolah menjerkah dan memaki aku yang terpaku ketakutan di sebalik pintu.
"Bodoh! Kau ingat aku tak tahu kau siapa? Tak guna! Keluarkan aku!" Suaranya bergema di segenap ruang tempat aku berdiri. Pintu itu dihentak-hentak lagi. Tombolnya bergegar seolah-olah hendak tercabut.
Entah mana datang kudrat & semangat aku terus angkat kaki langkah seribu keluar dari bilik itu.
Dan aku terbangun. Aku menggaru kepala dalam kekusutan mimpi tadi.
Tamat.
Sekali lagi aku tegaskan ini hanya mimpi. Hanya mimpi.
What's behind the door? |
No comments:
Post a Comment