Lagu: Best Horror Music Ever karya Epitap redo (boleh cari kat Youtube)
Ini salah sebuah kisah seram yang aku pernah post kat blog sorang kawan aku. Blog tu sayangnya tidak lagi aktif so aku decide nak kongsikan di sini untuk bacaan engkorang. Selamat membaca. :)
Oh, dan seeloknya dibaca dalam bilik gelap dengan lagu latar seram. Hehe.. Ok bismillah...
Kelam. Tenggelam aku dalam gelap yang pekat. Pitch black. Kadar penglihatan yang cukup terhad untuk membayangkan yang bukan2, biarpun dalam keadaan pintu bilik terbuka. Malam itu TNB sedang melakukan pembaik-pulihan di stesen jana kuasa tidak jauh daripada rumahku. Dalam keadaan baring aku cuba lelapkan mata. Adik lelaki berdengkur di katil sebelah. Cukup suka dia tidur dalam keadaan begini. Aku? Lupakan.
Tepat pula pada waktunya aku mula membayangkan yang bukan2. Aku cuba tutup perasaan tersebut dengan mengalihkan fikiran terhadap perkara lain. Apa saja jenis muzik di dalam kepala kuputarkan, memori lepas baik dan buruk aku mainkan. Janji hilang rasa takut.
Dalam beberapa minit kemudian aku ternampak susuk seseorang keluar dari bilik adik perempuan di sebelah. Oh, ibu rupanya, kata hati. Aku mengamati figure tersebut melangkah keluar dari bilik sebelah menuju ampaian bajunya di hadapan bilikku. Dia kelihatan seolah-olah membetulkan baju yang hampir jatuh. Pedulikan. Bukan aku kisah.
“Ibu ke tu?” Aku bersuara perlahan dalam gelap. Cukup untuk ibuku dengar & sedar aku masih belum mampu melelapkan mata.
Aku silap.
“Ibu” mengalihkan pandangannya kearahku. Perlahan dia berjalan
… tidak.
Dia bergerak perlahan seolah terapung dalam kurang satu sentimeter dari lantai, aku agak. Semakin kehadapan semakin bertukar keadaan dirinya. Rambut paras bahu yang ikal bertukar serabai. Baju putih dan seluar berwarna hitam seolah semakin menyatu menjadi kain yang sedia perang dikotori tanah. Wajahnya tak mampu aku gambarkan sepenuhnya; Hitam, kosong & bergerak-gerak seolah dikerumuni ulat hitam. Tangannya terangkat seolah bersedia untuk mencekik.
Dengan refleks aku menjerit ketakutan. Segala ayat suci keluar secara rawak & bersepah daripada mulutku. Tangan kiriku mencapai tangan adik yang tidur di sebelah. Dia kaget, ketakutan melihat keadaanku yang kelam-kabut cuba menepis sesuatu.
Lembaga tersebut hilang sekelip mata tatkala lampu yang terpasang secara tiba-tiba, menandakan kerja baikpulih selesai. Ibu & adik perempuan pantas keluar dari bilik masing2 selepas terdengar jeritan. “Kenapa? Apa jadi?”, Tanya mereka. Aku seolah terhenti selama satu saat dan menjawab kembali tiada apa yang berlaku. Sekadar mimpi ngeri kataku. Tidak lama selepas itu mereka kembali ke bilik masing2 dan sambung tidur, dan aku pun tidur sama.
Pagi itu aku menceritakan apa yang berlaku. Masing2 terdiam. Namun begitu aku dinasihatkan supaya banyakkan berdoa & berzikir untuk mengelakkan kejadian berulang lagi. Pada riak wajah ibu, seolah dia mengetahui sesuatu. Aku diamkan sahaja.
No comments:
Post a Comment