Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Monday, 20 November 2017

Radio Nan Sepi (monolog)

Mood: Normal

Music: Berita Kepada Kawan dendangan Ebiet G Ade


Kebuntuan membuntuti sepi diri. Gelas kosong dari air tapi tidak batunya yang kian cair mengganti manis. Corong radio sudah mengumandangkan azan. Petang terlalu terang bagi jiwa2 yang berteduh menghuni redup.

Mungkin masih alpa. Mungkin saja menunggu masa. Timbunan data bakal menyapa, memanggil diri menuju bekerja. Tiada bisikan2 ganjil. Tidak kali ini. Barangkali deru angin & alunan irama radio memalingkan segenap qarin yang menghuni.

Saat bait-bait Ebeit G Ade keluar mengganti, tinggallah gelas sepi. Sepasang punggung diangkat lalu melangkahlah sepasang kaki meninggalkan saat2 kenangan.


- Restoran Nasi Kandar Annexe, Kuala Lumpur, 16.34pm 20 November 2017

Sunday, 26 July 2015

Review: The Gallows (2015) & Lepak Bersama

Mood: Blur biasa2

Lagu: Hanya Kau Yang Mampu dendangan Aizat


Assalamualaikum wbt. Semalam aku & melepak dengan Kidd dekat Midvalley setelah setahun tak bersua muka. Malang sekali tak dapat nak overnight sebab hari ni kerja (walaupun petang baru gerak pergi kerja, aku kalo dah tumbang sekali settle la).

So dengan eksiden jugak la semalam tak plan pun maka jumpalah Dayah & besfren dia juga Sophia & family. Malangnya Sophia tak dapat join sebab makan dengan family. Tinggallah kami berempat. Sebelum aku & Kidd jumpa Dayah & member dia, kami pun gi tengok wayang.

Citer ni...


Tangga bawah tuuu



The Gallows merupakan kisah seram bertemakan found footage yang ditulis serta diarahkan oleh Travis Cluff & Chris Lofing. Dibintangi Reese Mishler, Pfeifer Brown, Ryan Shoos & Cassidy Gifford, filem ini dikeluarkan oleh Warner Bros. pada 10 Julai & menerima kritikan yang kurang memberangsangkan. Menariknya filem ini cuma menelan budget sebanyak USD100,000 namun membawa pulangan box office sebanyak USD30.8 juta pada 26 Julai untuk tayangan seluruh dunia.

Kisah ini bermula di sebuah sekolah menengah di Neberaska, Amerika Syarikat  pada tahun 1993. Waktu itu pihak sekolah menganjurkan sebuah pementasan tater bertajuk "The Gallows". Keluarga Charlie Grimille merekodkan pementasan yang dibintanginya menggunakan pita rakaman. Tragedi menimpa apabila anak mereka mati terjerut di set tali gantung sewaktu babak terakhir. Ia berlaku secara tiba-tiba & semua yang hadir termasuk pelakon dilanda panik.

20 tahun selepas itu, pihak sekolah ingin membawa semula pertunjukan teater itu. Budak nakal, Ryan Shoos merakamkan kawan baik dia, Reese yang berlakon dalam teater tersebut. Perangai Ryan yang tak boleh blah tu cukup merimaskan Reese. Reese ni pulak takut-takut nak cium crush beliau, Pfeifer untuk babak akhir. Mana la tak kena bahan.

Malam tersebut Ryan & awek beliau. Cassidy pujuk si Reese supaya melupakan teater tersebut & kembali ke pasukan ragbi sekolah. Member jahanam tu mencadangkan supaya dirosakkan prop atas pentas supaya persembahan tu tak jadi untuk keesokan harinya. Mula-mula Reese macam malas, takut-takut tapi last2 setuju juga. Jadinya malam tu diorang pergi ke sekolah & masuk ikut pintu belakang menuju belakang pentas yang memang rosak & tak berkunci.

Tengah seronok menjahanamkan props tu entah macam mana Pfeifer ada kat situ. Kantoi besar tak dapat nak ditutup lagi. Namun segalanya bermula apabila pintu belakang yang tak pernah berkunci tiba-tiba tak boleh bukak.

Apa yang terjadi sesudah tu? Aku cadangkan korang tonton citer ni. Kecut perut punya la!

Rating aku bagi 3/5. Kenapa?


Shock value: Terkejut betul. Tapi alaa... ada scene yang tak perlu terkejut konon nak amik mood tu aku rasa macam tak perlu kot. Buang masa & stereotaip (Tau la takleh nak elak, tapi...)

Horror factor: Ketakutan tu boleh dirasakan. Not bad tapi somehow macam tak sampai dekat bar yang sepatutnya. Dengan kata lain, kureng la at some point. Ni korang kena tengok sendiri baru faham.

Set & lokasi: Aku suka kisah seram berlokasikan sekolah. Horror dia memang lain macam pergi dia. Nak pulak bila ada urban legend atau penunggu yang jadi maskot tak diundang di premis.

Rumusan di sini ialah citer ni not bad. Boleh diimprove lagi. Untuk genre found footage horror, kena tahan sikit la bab kamera bersepah tu. Aku suka lagi Cloverfield, Grave Encounters & mungkin Blair Witch Project untuk genre ni.

Untuk peminat genre seram & ketakutan, boleh la aku recommend citer ni. Pesan aku, jangan peluk yang bukan mahram. Haram. Hehehehe...

Adios!

Thursday, 16 July 2015

Welcome to Jurassic World & Salam Aidilfitri 1436 Hijrah

Mood: Biasa

Lagu: Selamat Berhari Raya dendangan Rahimah Rahim


Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak post apa2 di sini. Sebulan sudah kita menjalani madrasah Ramadhan, tiba masa kita bergembira menyambut 1 Syawal tanda kemenangan mengatasi nafsu selama sebulan.

Gua tak nak cakap banyak tentang bulan puasa yang lepas. Satu harapan gua, semoga Ramadhan lepas ni akan menjadi lebih bermakna. Semoga korang punya jauh lebih baik, gua doakan.

Beberapa hari lepas gua berbuka puasa dengan sorang follower twitter & dengan tak plan apa pun, we all gi la beli tiket tengok Jurassic World. Dek risau dengan keadaan crowd kat Nu Sentral yang hurung kedai2 makan & foodcourt laksana semut, kami pun ingat nak berbuka dalam wayang je. Namun akhirnya kami dapat la seat kat Nando's 1/2 jam sebelum tayangan.

Apa lagi? Makan laju2 pergi dia. Hehe...


Dan ini... Tau gua lambat update, baru nak tengok still gua akan bagi review.


Laju raptorku laju vroom vroom!


Jurassic World merupakan installment ke-4 kesinambungan daripada siri filem terkenal, Jurassic Park. Karya asal novelis Michael Crichton ini diadaptasi menjadi filem & pernah meletup pada tahun 1993. Masa ni gua darjah 1 & menjadi kenangan sebab ini movie pertama gua tengok kat panggung wayang di Alpha Angle Wangsa Maju (sekarang dah takde wayang kat sana).

Gua tak nak ulas pasal siri lain (The Lost World & Jurassic Park 3) maybe lain masa ataupun korang baca sendiri la di google.

Ditayangkan pada 12 Jun 2015, filem ini dikeluarkan oleh Legendary Pictures & Amblin Entertainment. Diarahkan oleh Colin Trevorrow. Skrip & lakon layar ditulis oleh Rick Jaffa, Amanda Silver, Derek Conolly & Trevorrow sendiri. Filem ini menelan belanja sebanyak 150 juta USD & menerjah box-office dengan pulangan setinggi 1.473 billion USD.

Ia dibintangi oleh Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Vincent D'Onofrio, Ty Simpkins, Nick Robinson, Omar Sy, B.D Wong & Irrfan Khan. B.D Wong merupakan satu-satunya pelakon asal daripada Jurassic Park dalam cerita ini.

22 tahun selepas tragedi Jurassic Park, pulau Isla Nublar berjaya dibuka dengan kejayaan taman tema Jurassic World. Taman tema dinosaur itu telah beroperasi selama 10 tahun hasil kerjasama InGen & beberapa pelabur besar. Dalam tempoh tersebut pihak2 terlibat membuat penyelidikan & pelaburan dalam mencipta spesis dinosaur kacuk prototaip yang dijangkakan dapat mengaut keuntungan. Ketua penyelidik tidak lain merupakan Prof. Wu, penyelidik asal projek Jurassic Park.

Dinosaur buatan itu diberi nama genus Indominus Rex, kacukan gene T-Rex dan yang lain2 gua takleh nak citer, gi tengok sendiri. Hehehe...

2 orang adik beradik, Zach & Gray Mitchell datang ke Isla Nublar nak jumpa mak sedara diorang, Claire, merangkap CEO taman tema tersebut. Malangnya makcik diorang terlalu busy dengan pembangunan spesis dinosaur prototaip tersebut.

Dalam waktu itu gak Owen Grady, seorang bekas elit tentera Marine melatih 4 ekor Velociraptor. 4 ekor tu fikir brader ni sebagai Alpha, jadi ikut arahan la walaupun tak jinak. Demam jugak sebab sekor2 ganas. Ketua keselamatan InGen, Vic Hoskins berpegang pula kepada idea bahawa dinosaur boleh dilatih menjadi senjata. Brader tu memang tak puas hati tapi kebolehan dia bakal diuji di kemudian cerita.

Sewaktu adik-beradik tersebut dengan laghanya menjelajah sejauh mungkin (mentang2 dapat VIP access), Indominus Rex terlepas dari kurungan setinggi 40 kaki. Waktu tu Claire, Owen & beberapa operator lain tengah kaji bekas cakaran di dinding & mendapati ditipu dengan kepintaran makhluk baru tersebut.

Keadaan jadi kacau bilau. Apakah yang akan terjadi sesudah tu? Apa yang terjadi kepada berpuluh ribu pengunjung yang hadir? Siapa hidup? Siapa kena baham hidup2?

Hehehe... korang tengok sendiri.


Lekluuu... bagi gua review abis!


Okay, gua bagi rating 3/5 bintang walaupun review2 ternama di internet bagi rating yang memberangsangkan. Kenapa?

1. Jalan citer yang biasa. Of course gua takleh nak expect apa sebab filem ni dibuat atas dasar interaksi dinosaur baham-membaham & penghargaan buat peminat siri francais. Tapi beberapa babak pertarungan yang terdapat dalam filem ini eloklah jangan gunakan mekanisme logik akal apabila ditonton.

2. Hubungan adik-beradik Zach & Gray tu agak standard. Boleh diterima. Owen & Claire gua rasakan agak cheesy & semak. Boleh digarap dengan lebih baik rasanya.

3. Filem ini bertujuan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan Jurassic Park. Beberapa babak & lokasi asal telah 'dihidupkan' kembali. Memang filem ni khas dibuat untuk peminat asal lagi tegar. Adik-beradik tersebut merayau sampai ke kawasan asal tragedi Jurassic Park. Lagu tema asal dimainkan semula. Gua rasa macam nak nangis. Good job.

4. Ada beberapa bunyi dinosaur yang menjadi trademark. Tapi spoil satu je. Salah satu dinosaur trademark ditukar bunyinya dengan bunyi yang ntah apa2. Kalo yang ni pun guna bunyi asal, rasanya gua tak komplen banyak. Ni korang kena cari sendiri.


Okay, lastly gua nak kongsi nilai & konsep yang ada dalam kisah ni.

1. Dek mendambakan laba & keuntungan, syarikat2 gergasi sanggup melakukan apa saja termasuk sesuatu yang melampaui batas kemanusiaan. Diorang lupa yang duit takkan dapat memadamkan fitrah & membeli kepercayaan.

2. Jangan jadi terlalu sibuk hingga lupa akan keluarga sendiri. Kisah ini cuba mengetengahkan konflik kekeluargaan & akibat terlalu sibuk akan merugikan diri sendiri.

3. Tempayan yang ditutup lama2 akan terbuka juga. Setiap perbuatan pasti akan mendatangkan akibat. Makin besar rahsia, makin besar persediaan yang harus dilakukan dalam menghadapi 'pembukaan' rahsia tersebut.

4. Setiap makhluk punya fitrah & lumrah masing2. Sedangkan anjing boleh menyerang tuan sendiri apatah lagi binatang buas.

5. Power mana barang ciplak last2 barang ori gak yang best eh?


Okey la cukup gua merapu di sini. Gua harap siapa yang belum tengok, gua nasihatkan korang tonton dari Jurassic Park dulu, kemudian The Lost World seterusnya Jurassic Park 3 baru Jurassic World. Jangan expect apa2 kat The Lost World. Tu je gua nak cakap.

Sebagai penutup, gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat para pembaca blog hampeh ni. Kalo gua ada terkasar bahasa, salah silap semua harap korang maafkan. Gua maafkan korang sebab korang baca je, tak buat salah pun. Bagi yang nak balik kampung, cek apa yang patut. Jangan tertinggal itu ini terutamanya passport bagi yang beraya melepasi sempadan negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.


Monday, 11 May 2015

Satu Kebebasan

Mood: Biasa

Lagu: Tiada lagu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagiNya yang memiliki langit & bumi serta isi2nya.

Alhamdulillah. Derita 10 tahun diselesaikan dua malam lepas. Sesiapa yang melakukan benda bodo tu ke atas aku, takpe la. Aku maafkan saja. Aku percaya dia tak tahu. Aku berharap bermula dari sekarang, flow rezeki kembali seperti normal. Kembali ceria & berkeyakinan. InsyaAllah. Rezeki itu tetap jua datangnya dari Allah s.w.t.

Mengembalikan semangat diri kembali ni memang memakan masa. Perlu masa untuk menyusun kembali strategi hidup & dalam masa yang sama, perlu lebih mendekatkan diri kepadaNya. 


Terima kasih atas sebahagian 'pembebasan' ini wahai Tuhan. Ini merupakan hadiah harijadi paling bermakna buatku setakat ini.


Pesanan dari penulis, usahlah bermain sihir. Usah menyekutukan Tuhan. Kembalilah kepadaNya selagi masih sempat.



Saturday, 28 February 2015

Menghitung Hari Pergi

Mood: Tension

Lagu: Immortals (LAGI!)


Akhirnya tiba masa aku harus keluar dari rumah yang sudah lebih 20 tahun aku stay. Bilamana mak suruh aku berhenti mengajar & cari kerja lain...

... tidak. Aku tak akan berbuat demikian. Degil & penuh hostility, dan dalam keterpaksaan aku tolak keputusan yang dibuat.

Aku masih punya anak didik di sini.
Aku punya satu-satunya kerja yang aku boleh lakukan dengan ikhlas di sini.
Jiwa aku di sini.
Rezeki bakal muncul di sini.

Sampai masa ya, aku akan pergi, tapi kini bukan masanya. Belum lagi.

Hati aku tidak terdetik sedemikian.

Katakan aku mereng, tak waras, skizo, sakit mental & apajadah semua. Yang pasti, kalau mereka pakai kasut aku, diorang akan rasa apa yang aku rasa, which is tak elok la.

Katakan aku ego, stuck-up, scumbag, a**hole, tapi aku memang dah nyali bekerja di bawah orang. Kerja pejabat, organisasi retail, aku dah nampak belang yang ditunjukkan pekerja kat bandaraya. Hampeh. Keadilan tak dapat ditegakkan. Nak selamat, follow by the book. Acik dia. Dengan waktu solat dipendekkan, kejar sales, kejar dunia, enjoy sana sini. Hidup untuk kerja cari duit bayar hutang.

Ni ke maksud kehidupan?

Sebelum aku mula mencarut & hilang kawalan, baik aku standby solat maghrib dulu. Harap korang yang baca ni masih dapat mengawal diri, dan jangan lupa yang janji Allah itu pasti, dan Dia-lah juga yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Oh, terima salah satu "penghuni" diri ini. Lain boleh cek kat http://www.zestydoesthings.com/real-monsters atau google je Toby Allen Disorders kat google images.



Tuesday, 13 January 2015

Trip ke Melaka (bhg. 2)

Mood: Ntah apa2

Lagu: Takde lagu


sambungan dari bhg 1


Aku hanya ada RM90+ di tangan. Oleh sebab tiada inn yang offer satu katil RM15 dalam mixed dorm & hanya boleh reserve in groups, so kat Raymond's ni je la yang aku boleh nak harap. Staff yang peramah & boleh bawak sembang. Lepas sign in & bayar, dia bawak aku ke dorm. Dorm tu ada 1 katil double decker & 2 single beds. Kedap gilababeng gua cakap lu. Kipas sampai 2 dalam tu pun panas lagi. Means kalo nak tido kena la bukak pintu. Takpe, kugagahi jua.

Member aku dok mesej yang dia dari Rembau nak ke Melaka dalam lewat petang, so malam baru keluar dinner kat tempat best, katanya. Lepas sembang, baru aku tau kat Melaka ni ada satu kedai mamak yang hidang roti naan best siap ngan ayam tandoori yang power banget. So katanya dalam lepas maghrib nanti dia sampai, aku boleh lepak kat lobby layan astro ngan innkeeper sampai pukul 9.30pm.

Sesudahnya rakan seperjuangan scene zine (senior pawer kot) sampai, rupanya kami bukan berdua. Tapi dia bawak 2 orang member pompuan yang best. Dalam keter nak ke kedai mamak (Mamak Putra kalo tak silap nama restoran dia. Sesaper yang dok area Melaka tau la) toksah citer apa jadi dalam keter. Masing-masing bersuara ala makcik mengumpat kuat-kuat akupunsamakahkahkah...

Kata kawan aku tu member pompuan 2 orang tu first time kot jumpa so kira 0-0 gak la sembang macam-macam. Ice-breaking session tahap terbaik kot. Makan brape pinggan aku pun tak ingat masing-masing makan sembang makan sembang.


bersambung...

Monday, 12 January 2015

Trip ke Melaka (bhg. 1)

Mood: Boring balik. Tadi ok je

Lagu: My Songs Know What You Did In The Dark dendangan Fall Out Boy


Alhamdulillah. Sabtu lepas, 10 haribulan Januari 2014 dapat gak aku bawa diri backpacking ke Melaka. Dengan berbekalkan hanya lebih kurang RM150, dapat gak aku stay sana 3 hari 2 malam.

RM150 termasuk tiket pergi balik, accomodation 2 malam & perkara-perkara lain (jajan, nasik lemak dll). Ini aku ceritakan serba sedikit apa yang berlaku sewaktu aku bawa diri ke sana.

Aku memilih koc Delima untuk ke Melaka dari Terminal Bersepadu Selatan (tiket sehala RM10 je). Bas bertolak pada pukul 12pm & aku tiba di Melaka Sentral sekitar pukul 2pm. Program pertama bermula di sini; meet-up dengan seorang ikhwah dari laman kicau dalam pukul 3pm. Kami dok merayap dari Melaka Sentral seterusnya ke kompleks Aeon berdekatan. Sesi ice-breaking & sembang bertukar info berlaku sehingga pukul 5pm. Sewaktu aku naik bas ke Jonker St, baru teringat powerbank dia kat aku. Dah tu masing-masing lupa. Aku dah on board macam gila dok mesej dia. Sampai satu ketika tu dia call. Masing-masing tension. Padan muka. Hahahaha! Takpe, insyaAlah aku akan poskan balik. Rimas sebenarnya pegang barang orang lama-lama ni. --"

Seterusnya daripada bas Panorama no. 17 aku drop kat depan Stadthuys yang sesak dengan orang ramai serta gerombolan beca yang macam-macam design. Aku amik la satu dua shot, pastu proceed ke Jonker St. untuk cari tempat bermalam.

Kata orang, lain kali book awal-awal. Since aku bukan pemegang kad kredit (dan tak minat pun nak ada kad kredit) maka hal ni macam melecehkan. Nak call book awal-awal, takde kredit danmalasnaktopaphehehe. Namun begitu, aku dah keep my eyes on several inns yang murah & ada je kekosongan. Setelah banyak-banyak inn aku cari, aku decided to take this one as my last resort.


Tadaa!

Info berkenaan Raymond's Boutique Traveller's Home boleh didapati di sini:

http://www.asiawebdirect.com/malaysia/malacca/jonkers-st/raymonds-boutique-traveller-home/

dan sini: http://raymondsboutique.weebly.com/


bersambung...

Saturday, 8 November 2014

Lagi-lagi kenangan

Mood: Dalam blues

Lagu: Mizu No Akashi dendangan Tanaka Rie


Gugel sendiri lagu di atas. Aku sedang menyelami masa silam aku. Untuk dikenang, namun bukan untuk diulangi.


Cukup setakat ini.

Tuesday, 30 September 2014

Menjengah Memori Kita

Mood: Sedih sikit rasanya...

Lagu: Bintang Kehidupan dendangan Yanti & Ronni



Setahun sudah tanpamu. Memori yang bernilai sedekad itu sedikit demi sedikit aku cuba kikis dari ruang katup minda. Gembira & sedih, kedua-duanya. Yang sedih itu semestinya memeritkan, namun yang gembira itu jauh lebih berbahaya.

Sebabnya aku takut untuk kembali kepada diri yang dahulu.

Gembira, bersemangat, mungkin sedikit berkarisma. Lucu, suka menghiburkan & mendengarkan keluh kesah kalian. Ya, semuanya tampak positif.

Namun apa gunanya jika aku mengabaikan hal halal & haram? Apa gunanya positif berkenaan hal-hal duniawi sambil melupai hak-hak Tuhan?

Membebaskan jiwa & minda tapi tergadai aqidah? Tidak. Tidak sama sekali.

Aku masih ingat pada ketika itu. Ia masih segar dalam ingatan. Pedih rasanya setiap kali memori itu datang melalui, atau ketika aku singgah sebentar menjenguk masa silam.

Kita pernah hebat.
Kita pernah famous.

Tapi kerana salah faham itu. Hanya itu. Tapi tak mengapa. Dahulu memang aku sedih. Kini ia berganti rasa syukur. Hal yang mungkin saja boleh diselesaikan namun takdir Tuhan itu pasti.

Dan aku mendoakan kalian supaya diberikan hidayah petunjuk serta berharap agar Tuhan mengampunkan dosa kita semua.

Kini aku lebih bersendirian. Aku tidak lagi lepak bersama rakan-rakan seperti kalian yakni kebiasaan kita suatu masa dahulu. Aku masih berkelana dalam dunia baru. Dalam masa setahun hidupku bagai terasing. Aku masih cuba membiasakan diri untuk tidak terlalu bersosial.

Inilah aku sekarang. Tak mungkin kalian kenal lagi. Tak perlu kalian bertanya-tanyaan lagi. Aku serahkan urusan kita kepada Tuhan selayaknya.

Terpulang kalian untuk mengatakan hidup aku ini seperti sekian-sekian. Barangkali semakin hancur & sia-sia. Selamat berbahagia bekas-bekas komrad, terutamanya yang sudah & hendak berkahwin. Kepada bekas kekasih, kesilapan aku membawa kepada kebahagiaanmu yang bakal tiba. Bersyukurlah. Usah risau akan daku. Kau layak untuk mendapatkan kebahagiaan yang lebih baik & aku tak perlu nak dengar kau celoteh panjang sembang bisnes segitiga.

Aku serahkan segalanya kepada Tuhan sejak peristiwa itu. Doa aku beberapa tahun lepas makbul jua dalm bentuk tragedi. Lumrah manusia, bila terjadi musibah baru nak kembali. Namun begitu bersyukurlah kerana ia berlaku. Usah mencontohi sesetengah yang mencari alternatif lain ketika sesuatu ujian memunculkan diri.

Hidup ini ujian, wahai bekas teman-teman seangkatan. Kita boleh berhibur namun kurangkanlah. Lebihkan masamu mengingati Tuhan & mencari jalan kembali ke keredhaanNya.

Cukuplah di sini aku mencoret ulangtahun pertama perpisahan kita. Semoga kalian sukses. Jika rindu, doakanlah. Aku tetap mendoakan kalian di sini.


To them as well

Wednesday, 10 September 2014

Perginya Sahabat

Mood: Takde mood

Lagu: Takde lagu


Seorang lagi sahabat pergi meninggalkan ruang hati atas dasar yang tidak dapat dielakkan. Seorang yang bagus dari pelbagai aspek menjadikan aku senang bila berbual & berkongsi ilmu dengannya.

Perpisahan ini kami relakan atas dasar ikhtilat. Aku sedar yang aku ni takde la jaga sangat tapi keperibadian dia mendapat respek aku. Terfikir nak dapatkan dia? Hahaha! Mimpilah. Umpama langit dan bumi dari segala segi.

Semoga kau baik2 saja, sahabatku. Aku benar2 berharap yang Allah akan menjaga dirimu sebaiknya. InsyaAllah, may we meet at the other side.





Tuesday, 9 September 2014

Dia Yang Depresi

Mood: Takde mood

Lagu: Takde lagu




Dia rasa teruk.

Walaupun dia sedar bahawa ada yang hidupnya jauh lebih susah daripada dia, still dia rasa hampeh yang amat sangat.

Agak2 umur yang sesuai untuk stabil? Umur yang sesuai untuk berkahwin? Umur yang sesuai untuk meneruskan fasa2 lain dalam hidup?

Dia dah nak hampir mencecah 30an namun dia rasa jauh dari semua itu. Dia tiada lesen. Tidak boleh memandu. Pernah bawa moto orang takde lesen itu pun dah jarang.

Macam tak masuk akal kan?

Keluarga lain rasa bersyukur bila lihat anak mereka boleh taat kepada orang tua mereka, dan orang tua mereka memberikan sokongan serta dorongan yang padu. Tambahan pula asas agama yang kukuh. Alhamdulillah. Stabil. Smooth je perjalanan hidup tu. Ada halangan pun mereka masih boleh stick together.

Dia mendoakan supaya mereka akan tetap berada dalam kebaikan.

Namun berbeza bagi keluarganya. Dia serta adik beradik menjadi mangsa. Akibat ketidakstabilan emosi & mental serta rezeki yang sempit menyebabkan hidupnya segan mati tak mahu. Dia yang merupakan abang sulung dalam keluarga mangsa penceraian dipijak oleh semua orang. Ibunya menuduh dia punya saka. Dia diharamkan berkahwin & tidak dibenarkan berjumpa dengan ayahnya yang entah di mana. Apatah lagi saudara sedarah di sebelahnya.

Dia pernah ditinggalkan rakan2. Dituduh macam2. Dituduh malas, Banyak alasan. Pendek kata, walau ada keluarga, dia keseorangan.

Ibunya demand untuk kahwin dahulu & ingin menakluk semuanya, termasuk kehidupan anak2nya sendiri. Adik perempuannya gila event seperti ASOT, yang suka memaki ibu sendiri beberapa ketika dibenarkan pergi bercuti, dating & seumpamanya. Ibunya boleh melayan adik perempuan yang satu ni. Adik lelakinya seorang yang sangat defensif. Kadang sukar diajak berbual & beraktiviti.

Dia & ahli keluarganya selalu sahaja bertengkar. Dia sebagai abang sulung nyata tewas dicantas dahulu dek keadaannya. Kerjanya tak pernah tetap. Ada sahaja hal yang terjadi di sana yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk berhenti. Ketika yang lain dia diberhentikan.

Dia pernah bercadang untuk membuka bisnes sendiri dengan modal yang rendah. Bukan mudah baginya dengan kerja yang tidak tetap. Dia pernah cuba meminjam daripada saudara mara namun tak kesampaian. Dia malu. Baginya lebih baik berusaha sendiri walaupun hakikatnya dia sangat kesempitan.

Dia bukannya bodoh. Dia ada sahaja offer kerja yang bagus2 namun langkahnya dihentikan ibu sendiri atas alasan jauh. Hendak dijadikan cerita tahyul, dia tidak dibenarkan meninggalkan rumah lebih dari dua malam. Bila ditanya ibunya, ibunya tidak mahu memberikan apa2 jawapan. Dia tidak kira walau logik mana jawapan, anak2 ibu diwajibkan menuruti kata ibu. Tiada bantahan diterima.

Atas tekanan yang dihadapi, hubungan cinta serta persahabatan tidak pernah lama. Kata mereka, elok dia bangkit menentang lantang. Barangkali mereka lupa, bukanlah anak lelaki sulung jika bertindak meninggalkan ibu sendiri. Ditambah pula dengan adik beradik & ibu yang sentiasa meminta pertolongannya namun 70% dari masa dibalas dengan sesuatu yang kontra.

Mungkin juga salahnya. Mungkin dia patut sahaja lari dari rumah.

Mungkin betul juga kata orang. Begini gaya tak payah hidup. Bunuh diri lagi baik.

Ibunya pernah bertanya, "Tak serik ke buat dosa? Nak sangat ke pergi neraka lawan cakap ibu?"

Dia mengaku ada masanya dia "snapped" walaupun tak selalu. Namun begitu suaranya tidak pernah melebihi ibunya. Terkadang dia sedikit menyindir akibat tidak tahan dengan suasana ketika itu. Segalanya yang dia buat, tidak kena. Dia memberi hujah rasional, disuruh diam. Jawapan ringkas pun begitu. Dia buntu. Katanya, ibu selalu menuduhnya mendengar cakap saka dari ibunya sendiri. Dia dituduh tidak berakal, walhal sebagai seorang dewasa sudah tentu seseorang itu punya pemikiran serta pemahaman & pendapat sendiri.

Dalam menangis dia terpaksa menahan semua memori & input tahap jahannam tersebut. Sebelum dia berhijrah, dia melalui benda yang sama namun lebih bebas. Dia masih punya rakan di sisi.

Entahlah.

Dia tertekan. Dia semakin kekurangan pilihan. Ke mana lagi dia hendak mengadu. Menangisnya dia di atas sejadah mahupun sebelum tidur, tiada seorang dalam rumah itu tahu. Setahun berlalu dia menyaksikan beberapa rakan yang baru dikenali & cinta hati yang pergi meninggalkan gara2 kehidupannya yang sebegitu rupa.

Dengan fitrahnya yang disekat serta jiwa yang semakin tidak stabil, adakah dia mampu untuk mengecapi kebahagiaan seperti orang lain?

Atau mungkinkah dia bakal tewas kepada sisi gelapnya yang semakin menggila dalam diri?

Kerana Tuhan atau kegelapan, dia berada di tengah2. Dahan keimanan yang tumbuh di tebing kesabaran digenggamnya sekuat hati melawan nafsu, skizofrenia serta elemen2 gelap yang lain yang cuba menariknya jatuh ke bawah.



Wednesday, 27 August 2014

Ibu?

Mood: Biasa je

Lagu: Best Horror Music Ever karya Epitap redo (boleh cari kat Youtube)

Ini salah sebuah kisah seram yang aku pernah post kat blog sorang kawan aku. Blog tu sayangnya tidak lagi aktif so aku decide nak kongsikan di sini untuk bacaan engkorang. Selamat membaca. :)

Oh, dan seeloknya dibaca dalam bilik gelap dengan lagu latar seram. Hehe.. Ok bismillah...


Kelam. Tenggelam aku dalam gelap yang pekat. Pitch black. Kadar penglihatan yang cukup terhad untuk membayangkan yang bukan2, biarpun dalam keadaan pintu bilik terbuka.  Malam itu TNB sedang melakukan pembaik-pulihan di stesen jana kuasa tidak jauh daripada rumahku. Dalam keadaan baring aku cuba lelapkan mata. Adik lelaki berdengkur di katil sebelah. Cukup suka dia tidur dalam keadaan begini. Aku? Lupakan.
Tepat pula pada waktunya aku mula membayangkan yang bukan2. Aku cuba tutup perasaan tersebut dengan mengalihkan fikiran terhadap perkara lain. Apa saja jenis muzik di dalam kepala kuputarkan, memori lepas baik dan buruk aku mainkan. Janji hilang rasa takut.
Dalam beberapa minit kemudian aku ternampak susuk seseorang keluar dari bilik adik perempuan di sebelah. Oh, ibu rupanya, kata hati. Aku mengamati figure tersebut melangkah keluar dari bilik sebelah menuju ampaian bajunya di hadapan bilikku. Dia kelihatan seolah-olah membetulkan baju yang hampir jatuh. Pedulikan. Bukan aku kisah.
“Ibu ke tu?” Aku bersuara perlahan dalam gelap. Cukup untuk ibuku dengar & sedar aku masih belum mampu melelapkan mata.
Aku silap.
“Ibu” mengalihkan pandangannya kearahku. Perlahan dia berjalan

… tidak.

Dia bergerak perlahan seolah terapung dalam kurang satu sentimeter dari lantai, aku agak. Semakin kehadapan semakin bertukar keadaan dirinya. Rambut paras bahu yang ikal bertukar serabai. Baju putih dan seluar berwarna hitam seolah semakin menyatu menjadi kain yang sedia perang dikotori tanah. Wajahnya tak mampu aku gambarkan sepenuhnya; Hitam, kosong & bergerak-gerak seolah dikerumuni ulat hitam. Tangannya terangkat seolah bersedia untuk mencekik.

Dengan refleks aku menjerit ketakutan. Segala ayat suci keluar secara rawak & bersepah daripada mulutku. Tangan kiriku mencapai tangan adik yang tidur di sebelah. Dia kaget, ketakutan melihat keadaanku yang kelam-kabut cuba menepis sesuatu.

Lembaga tersebut hilang sekelip mata tatkala lampu yang terpasang secara tiba-tiba, menandakan kerja baikpulih selesai. Ibu & adik perempuan pantas keluar dari bilik masing2 selepas terdengar jeritan. “Kenapa? Apa jadi?”, Tanya mereka. Aku seolah terhenti selama satu saat dan menjawab kembali tiada apa yang berlaku. Sekadar mimpi ngeri kataku. Tidak lama selepas itu mereka kembali ke bilik masing2 dan sambung tidur, dan aku pun tidur sama.

Pagi itu aku menceritakan apa yang berlaku. Masing2 terdiam. Namun begitu aku dinasihatkan supaya banyakkan berdoa & berzikir untuk mengelakkan kejadian berulang lagi. Pada riak wajah ibu, seolah dia mengetahui sesuatu. Aku diamkan sahaja.



Saturday, 26 July 2014

Salam Aidilfitri 1435 Hijrah

Mood: Biasa. Sedikit suram mungkin...

Lagu: Bersabarlah Sayang dendangan Sanisah Huri


Hari ni dah masuk hari terakhir Ramadhan. Masuk maghrib esok kang takbir sahut menyahut. Seribu memori pasti mengetuk benak jiwa sesiapa sahaja. Sedih, gembira, kantoi semua ada.

Ramadhan kali ini aku agak Allah s.w.t ambil keputusan untuk reset bahagian kedua hidup aku:


Segalanya dalam ni


Segala memori, portfolio, mp3 dan segala yang dimuat-turun segala haram lagi rare ada dalam tu. Elok benarlah. Dah la tak ingat ada kewujudan Cloud technology menambahkan lagi serabut. Bagus la tu.

Despite of everything I decided to start over (again, and have to). Takde pilihan lain. Apa rancangan Dia kali ini aku pun tak tahu. Takpe la. Aku teruskan jua pencarian erti hidup & apa2 yang patut aku cari. Harus berfikir positif. Aku masih dikira bernasib baik. Ramai yang lagi teruk keadaannya di luar sana. Semoga Allah memberikan kemudahan kepada mereka.

Di sini aku ingin ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog picisan ni. Maaf kalo ada sesetengah entry dalam blog ini yang menyinggung perasaan, yang bagi reaksi "Pebende brader ni tulis doh?" dan "Banyak komplen la. Move on la lagi elok." benda2 alah macam tu, takpe. Terima kasih kerana sudi menyinggah walaupun accidental. Blog ini, sepertimana laman kicau merupakan eskapisme aku. Aku takkan marahkan engkorang kalo cakap aku takde life. Elok korang bersyukur dengan life korang. Kang life korang kena sentap dengan Allah sikit meroyan tak tentu pasal, mesti korang kena bahan ngan member2 & orang sekeliling. Kan susah...

Yang nak balik kampung tu, cek2 apa yang patut. Jangan tertinggal barang2 penting, terutamanya yang bakal beraya di Singapura. Jangan tertinggal passport. Naya je kang. Yang drive, bawak moto semua cek condition kenderaan anda. Pastikan tip-top. Semoga perjalanan korang selamat pergi & kembali. Dapatkan rehat yang cukup semasa dalam perjalanan. Berhenti, pekena kopi kasi celik sikit mata tu. Aku? Raya ke-3 baru balik. Hehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.


...dan kepada korang di sebelah sana, aku ampunkan sahaja. :')



Saturday, 21 June 2014

Memori Pra-Ramadhan & Persahabatan

Mood: Sedikit down

Lagu: Tiada lagu

Assalamualaikum korang semua. Harap semuanya baik2 saja. Pejam celik pejam celik kita dah nak nak masuk bulan Ramadhan. Kurang 2 minggu je lagi. So macam mana keadaannya? Ada yang dah ganti puasa belum?

Ok, aku takkan berceloteh panjang, sekadar post hambar je. Aku masih takleh nak move on dari memori tahun lepas :(

Setahun dah aku pergi meninggalkan kenangan lepas. Dan sebulan sebelum Ramadhan tahun lepas, dalam fitnah yang aku lalu datanglah hidayah dari Allah. Dan dalam kekesalan aku mencontohi kisah Nabi Musa a.s seperti dalam Surah Al -Qasas ayat 14-28 di mana situasi aku lebih kurang begitu (tapi berlainan kes). Dalam waktu itu aku berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali. Rasa dia sungguh best. Terdetik di hati aku apa yang mantan rakan2 aku sedang lakukan di sana. Masih bersosial? Masih dibuai perkara lagha dunia?

Hai teman2 di sana, aku di sini mendoakan kalian semoga kalian dapat merasakan manisnya hidayah & taubat. Aku tak mahu fikir tentang pandangan serong kalian terhadapku yang mungkin terbawa hingga sekarang, tapi cukuplah aku memaafkan apa saja dosa kalian terhadapku. Lain semua aku serahkan kepada Allah, Sang Pencipta setiap dari kita.

Maafkan aku jika tidak lagi bertegur sapa & tutup akaun media sosial yang pernah aku gunakan sehari-hari dulu. Aku pasti sebahagian kalian merindui aku. InsyaAllah, semoga Allah memakbulkan doa kalian yang baik2 serta disampaikan salam rindu antara kita melalui doa.

Sebagai manusia aku juga kadang2 susah nak move on dari beberapa perkara berkenaan kita2 terutamanya dalam kes aku. Entahlah, malas aku nak fikir. Aku ada terdengar beberapa berita duka dari pihak kalian. Semoga Allah mengampunkan dosa kalian yang terlibat & semoga Dia menunjukkan jalan yang lebih baik. Ada di antara kalian yang selamat berkahwin, moga2 yang berkahwin itu dirahmati Allah & diberikan rezeki yang baik2.

Hai teman2 di sana, hatiku sebak sewaktu aku menaip post ini. Sisa2 kekesalan masih ada di hati. Benar aku memaafkan fitnah kerana ada di antara kalian yang salah dengar atau salah faham akan keterangan namun aku masih terkesan.

Barangkali inilah apa yang Rasulullah s.a.w rasakan apabila pembunuh bapa saudara beliau datang memohon maaf kepadanya & masuk Islam. Ketika itu Rasulullah memaafkan si pembunuh namun dia tidak lagi mahu lihat pembunuh itu lagi di hadapan matanya. Lalu si pembunuh itu pergi & tidak muncul lagi. Dalam kes aku ni, aku pergi & tidak mahu melihat mereka lagi seboleh-bolehnya.

Ya Rasul Allah, dalam hal ini aku bertindak mencontohimu. Barangkali ini lebih baik dari menyimpan dendam.

Alhamdulillah, sejak aku keluar & menjalani hidup baru, aku mula dapat kenalan2 baru. Ada yang membantu menunjukkan aku dengan cara berpesan ke arah kebenaran. Semoga Allah merahmati kalian :) Dan terima kasih lagi kepada Allah Yang Maha Penyabar kerana mempertemukan aku dengan orang2 yang senasib jua kumpulan2 pemuisi yang sekian lama aku cuba cari. Betullah, Allah plan siap2 untuk kita. Kita je yang kena bersabar & sentiasa berkomunikasi denganNya.

Indah & lazatnya solat malam, berkhalwat sendirian menghadap yang Maha Esa. Ya, aku rindu itu. Aku bertambah redha kepadaNya. Aku berharap Dia takkan tarik kembali nikmat yang satu ini. Tak sanggup lagi aku bergelumang dengan hidup yang lagha penuh dosa seperti yang lepas. Hai teman2, alangkah baiknya jika kalian dapat rasa apa yang aku rasa. :')

Sudahlah sampai di sini saja. Aku berdoa semoga Allah melindungi & memimpin kalian ke jalan yang lurus. Selamat berpuasa nanti kalian di sana. Biar aku merindui kalian di sini & mendoakan kalian. InsyaAllah..



Friday, 16 May 2014

Happy Teachers Day!

Mood: Normal

Current Song: You're Still The One by Shania Twain

Today is marked as Teachers Day, and all the people around you, not only your usual teachers at school, parents are indeed the first of the teachers you were once faced. They taught you your first words, first step on both of your feet and cares about you the most. As for all of the teachers existed, including you, dear reader, I wish you a good day and all the best in your teaching process. It's a never-ending process of the lifetime. There's my short speech yadda yadda yadda...

True indeed!


Happy Teachers Day!


Saturday, 3 May 2014

Happy 28th

Mood: Sangat down

Lagu: Tiada lagu

Tepat pukul 5.37pm waktu tempatan aku dilahirkan. Masa tu tahun 1986. Kini 2014 genap 28 tahun aku hidup atas dunia yang fana. Aku tak tahu nak tulis apa. Honestly takde mood. Reminiscence is a waste, probably. Life, Alhamdulillah. I'm still managed to survive within ridiculousness of this akhir zaman. Dah la, aku takde mood. Rajin kang aku post lagi. Adios.

Friday, 21 March 2014

Live From Boco!

Status: So-so, quite happy in a way

Lagu: Lesu dendangan Ain Zawahari

Kali ke-2 aku sampai di event boco bertempat di sebelah Balai Polis Tun H.S Lee, same place macam sebelum ini.
Sampai ke lokasi sekitar pukul 1pm. Masih belum ramai orang sebab crowd masih di event PestaRabak bertempat di Publika, Jalan Duta.
Di sini ada foto-foto sekitar event.










Tuesday, 18 March 2014

Sudah2 la mengeluh woi!

Status: Blur, terfikir... Entah.

Lagu: Lying From You by Linkin Park

Kadang aku terfikir sama ada aku terdampar di dasar yang kelam. Mungkin lebih dalam dari Jurang Mariana, Jurang Jawa atau Laurential Abyssal yang ditindih serentak. Dalam tak ingat!
Kadang aku rasa nak bagi sebahagian manusia rasa sedikit penderitaan aku supaya mereka boleh berfikir sebentar. Bukannya tahap menderita kaw2 tapi cukup untuk mengingatkan mereka supaya kembali insaf.

Mungkin aku banyak alasan. Mungkin aku cengkadak lebih. Mungkin...

Aku berhenti melakukan banyak perkara terutamanya berkenaan kerja2 pejabat kerana aku tak tahan dengan suasana begitu. Tenang itu tenang. Ada tekanan pada ketikanya. Tapi bukan itu yang aku risau. Budaya maksiat. Rasuah. Aku pernah terjebak. Yang cakap tu senanglah! Cuba kalau yang kena tu mereka? Oh tak apa la... Dah sedap. Pesan dah sudah. Aku tak nak masuk campur lagi. Amalan kau, kau punya.

Kadang biar dipijak sebegini rupa punya manfaatnya. Kau akan melihat dari pandangan bawahan (baca:pandangan seorang hamba) bukan kasta marhaen atau orang atasan yang berkot-kot.
Dalam kesempatan diuji, aku menguji. Alhamdulillah. Aku berjaya nampak siapa yang boleh pakai, siapa yang tak boleh pakai. Siapa yang menghulurkan tangan mencapai aku yang kejatuhan (tak kisah dapat capai atau tak) ataupun yang sekadar menghulur bibir yang terjuih atau lidah setajam belati. Itu menyambut sekadar untuk mencederakan. Hehe

Apa pun, bergembiralah selagi boleh. Biarlah aku merangkak selagi boleh. Mengengsot barangkali. InsyaAllah...

Terima kasih Allah kerana menguji aku selama ini. Rezeki itu di sisi Allah. Betulkan niat, tawakal, insyaAllah ada habuannya. Kepada yang tersayang, aku tak mahu komen apa2. Terima kasih atas nasihat yang aku perlukan. Untuk kamu, sabarlah dan bersyukurlah. Itu pesanku.

Thursday, 27 February 2014

Skrip siap!

Status: Tersenyum puas

Lagu: Song For You dendangan Lunatica

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan Seru Sekalian Alam. Selawat & salam kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w juga kepada ahli keluarga & para sahabat beliau.

Hari ini baru dapat update sebab selama ni aku agak busy dengan skrip. Alhamdulillah. Berjaya juga disiapkan. Hari tu aku ditegur kerana tiada jalan cerita walaupun punya isi. Walau bagaimana pun, bos kesayangan punya pasukan "think tank" sendiri. Terima kasih diucapkan atas bantuan. Masuk babak 3 hingga 5 baru aku nampak jalan cerita (sebab masuk babak 2, aku ditegur & boss bagi cadangan jalan cerita).

Jadi mulai dari situ aku procrastinate pulun sehabisnya demi untuk menghasilkan skrip teater yang pertama. Terima kasih boss atas dorongan. Harapan aku ialah dengan hasil yang dikumpulkan nanti, dapatlah aku buka perniagaan sendiri. Semoga Allah menunjukkan jalan yang sebaiknya. Hmm...

Berkenaan lagu yang aku tengah layan ni, lama dah sebenarnya tak dengar. Ia merupakan salah satu lagu kegemaran aku sejak aku berkecimpung dalam meminati genre Symphonic Metal. Lirik dia sebagus melodi yang dimainkan. Ia bukan keras, namun membuatkan aku tersenyum menikmati persahabatan yang ada sekarang. Namun bila terkenang memori persahabatan yang putus, hiba pula hati. Tak dapat la nak dielakkan bila memori memainkan sesuatu yang melankolik dalam minda. Sekali lagi, jangan risau. lagunya lembut, easy listening.

Jadi aku mengesyorkan korang untuk check out lagu yang aku dengar, tertera atas post selepas status. :)

Bulan Mac yang akan datang punya event yang sangat banyak. Aku hantar draf untuk zine yang-sulung-lah-sangat ke salah satu zine publisher yang agak dikenali di laman kicau (sebelum ni ada kat orang lain tapi tak di-release sampai sekarang atas dasar nak cari timing sesuai, kata dia). Tak apa lah. Aku bagi kepercayaan kepada dia sebab dia otai & tau marketing zine ni camna. Ahahaha!

Jadi, sementara menunggu ni aku cuba hasilkan zine lagi. Dalam pembikinan pun. Ehehe... InsyaAllah, harap cukup la fulus untuk aku buat print. Uhuk uhuk...

Monday, 27 January 2014

Pemergian ayah Tony & sedikit tidbits

Status: Separa tenang dalam rushing

Lagu: Purple Snow gubahan S.F.A

Pertama sekali, takziah buat pemergian ayah si Tony, rakan sekerja aku di Scarecrow Industries (SCi). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah beliau. Harap Tony sekeluarga tabah atas ujian ini. Al-fatihah buat pemergiannya.

Baiklah, aku dalam proses menghabiskan babak ke-2. Sakit gak la. Sebab dalam 2-3 hari ni aku nak kena present kat producer/boss. Dalam nak berkarya tu earplugs aku buat hal. Tak dapat aku nak menghayati instrumental untuk hayati ilham-ilham ni. Takpe la. Layan je la. Selagi nazak earplugs ni bermakna bunyi tu masih ada. Masih boleh dengar. Sabar je la dulu.

Feeling la plak lagu ni...

Merapu je post ni pun sebenarnya. Tengah takde apa yang berlaku. Sisi Seni masih belum memberikan jawapan bila nak meeting dengan pihak SCi. Citernya macam kena hold dulu pre-shoot & stuffs untuk rancangan sulung kami ni. Harapnya dapat la settle cepat. InsyaAllah...