Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Monday, 19 January 2026

Setelah Sekian Lama... / Avatar 3 Review

Current Mood: Blank, jammed brain

Current Song: Random cafe muzak


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w, Muhammad ibn Abdullah dari jalur keturunan Adnan yang dimuliakan, juga kepada sekalian ahli keluarga serta para sahabat beliau. Selawat ke atas sekalian para nabi & rasul yang rasa ada dalam 6 digit kesemuanya. Semoga Allah meredhai setiap dari mereka.


Gilalah dah 8 tahun tak update blog. Sejak2 kenal seseorang pejuang bangsa bernama Nadia Aziz yang mentioned berkenaan blog2 yang pernah terkenal seperti dari Shahpaskal, Bradokapak ni buat aku rasa nak blogging balik. Out of randomness (aku lebih inclined kepada konsep takdir) aku mula gali balik aktiviti lama mencari butiran puzzle bangsa yang hilang. 


Kalau nak recap segala perkara dalam tempoh 8 tahun hiatus, sampai esok pun tak habis cerita dan aku pun malas nak ulas panjang. Tengok la nanti insyaAllah kalau rajin aku cerita la sikit2. Jadi untuk posting kali ni aku nak review sikit filem yang aku baru tonton di pawagam dalam 2-3 hari lepas.


Hmm..Besar tapi kecik



Avatar: Fire And Ash merupakan sambungan kepada filem Avatar: Ways of Water yang merupakan second installment bagi saga epik Avatar karya kerjasama James Cameron, Rick Jaffa, Amanda Silver bersama Josh Friedman dan Shane Salerno. Kisah macam biasa berkisar tentang keluarga Jake Sully yang kini dah beranak-pinak dan tinggal bersama Water Tribe, lepas tu kampung kat laut kena serang dengan askar dari Bumi pastu sambung kena serang lagi dalam movie ke-3 ni. Bezanya askar Bumi dibantu oleh pecahan suku Na'vi dari Ash Tribe yang berkiblatkan api. 


Basically jalan cerita lebih kurang sebijik macam filem ke-2 cuma adjust sikit2 di sana sini dan penambahan Ash Tribe yang kurang diolah dengan baik. Rasanya kalau digarap sikit backstory Ash Tribe ni ok lah kot. Ketua Ash Tribe, wanita Na'vi bernama Varang merangkap tok batin kaum beliau boleh tahan kejam dalam movie ni tapi bila dilihat balik watak beliau dah macam watak sampingan pun ada.

Beberapa perkara yang aku rasa nak highlight (Disclaimer: Ini semua cuma piece of mind, tak perlu ambil serius. Sila rujuk Current Mood kat atas, kira otak tak berapa nak berfungsi semasa penulisan sedang berjalan.) :

1. Payakan (seekor ikan paus yg hidup bersama Water Tribe) dibuang puaknya sebab terlalu rebellious. Niatnya baik dalam memperjuangkan nasib Water Tribe yang hidup bak nelayan sejahtera 24/7 padahal dah pernah diserang dan bakal diserang lagi. Akhirnya ikan paus tersebut dan beberapa anak muda dari Water Tribe bangkit dan membuatkan kaum mereka bertindak melindungi kawasan.

2. Jake yang terlalu sayangkan Spider (anak kolonel yang jadi musuh ketat) diingatkan oleh isterinya, Neytiri bahawa kehadiran beliau sebenarnya ancaman dan ikutkan perlu dibunuh. Akhirnya Jake mengambil keputusan untuk bawa Spider jauh ke dalam hutan selepas selamat daripada serangan di HQ askar Bumi. Gaya macam mocking kisah Nabi Ibrahim dan Ismail but with a twist, eh?

3. First wave of final battle, menang (macam menang) tapi bila gerhana matahari masuk, Ash Tribe keluar dari persembunyian dan hujankan roket ke arah perkampungan Water Tribe. Keadaan jadi teruk. Aku tak tahu kenapa tapi macam ada sesuatu dalam scene ni. Suatu signifikan. 

4. Jake (manusia jadi Na'vi) kahwin dengan Neytiri (Na'vi totok) dan ada anak. Asal dok dalam hutan. Perkampungan musnah dan menetap sebentar di kampung Water Tribe. Aku taktau la tapi bau elemen Melayu somewhere dalam cerita ni. Meanwhile askar Bumi & Ash Tribe mewakili unholy alliance of teknologi & bangsa jin jahat. 

Aku rasa cukup dah aku merapu kat sini. Akhir kalam, aku share video daripada tokoh peruqyah yang tersohor, Sheikh Abderaouf Ben Halima dan dialog beliau bersama jin berkenaan filem Avatar.



Sekian.

Sunday, 26 July 2015

Review: The Gallows (2015) & Lepak Bersama

Mood: Blur biasa2

Lagu: Hanya Kau Yang Mampu dendangan Aizat


Assalamualaikum wbt. Semalam aku & melepak dengan Kidd dekat Midvalley setelah setahun tak bersua muka. Malang sekali tak dapat nak overnight sebab hari ni kerja (walaupun petang baru gerak pergi kerja, aku kalo dah tumbang sekali settle la).

So dengan eksiden jugak la semalam tak plan pun maka jumpalah Dayah & besfren dia juga Sophia & family. Malangnya Sophia tak dapat join sebab makan dengan family. Tinggallah kami berempat. Sebelum aku & Kidd jumpa Dayah & member dia, kami pun gi tengok wayang.

Citer ni...


Tangga bawah tuuu



The Gallows merupakan kisah seram bertemakan found footage yang ditulis serta diarahkan oleh Travis Cluff & Chris Lofing. Dibintangi Reese Mishler, Pfeifer Brown, Ryan Shoos & Cassidy Gifford, filem ini dikeluarkan oleh Warner Bros. pada 10 Julai & menerima kritikan yang kurang memberangsangkan. Menariknya filem ini cuma menelan budget sebanyak USD100,000 namun membawa pulangan box office sebanyak USD30.8 juta pada 26 Julai untuk tayangan seluruh dunia.

Kisah ini bermula di sebuah sekolah menengah di Neberaska, Amerika Syarikat  pada tahun 1993. Waktu itu pihak sekolah menganjurkan sebuah pementasan tater bertajuk "The Gallows". Keluarga Charlie Grimille merekodkan pementasan yang dibintanginya menggunakan pita rakaman. Tragedi menimpa apabila anak mereka mati terjerut di set tali gantung sewaktu babak terakhir. Ia berlaku secara tiba-tiba & semua yang hadir termasuk pelakon dilanda panik.

20 tahun selepas itu, pihak sekolah ingin membawa semula pertunjukan teater itu. Budak nakal, Ryan Shoos merakamkan kawan baik dia, Reese yang berlakon dalam teater tersebut. Perangai Ryan yang tak boleh blah tu cukup merimaskan Reese. Reese ni pulak takut-takut nak cium crush beliau, Pfeifer untuk babak akhir. Mana la tak kena bahan.

Malam tersebut Ryan & awek beliau. Cassidy pujuk si Reese supaya melupakan teater tersebut & kembali ke pasukan ragbi sekolah. Member jahanam tu mencadangkan supaya dirosakkan prop atas pentas supaya persembahan tu tak jadi untuk keesokan harinya. Mula-mula Reese macam malas, takut-takut tapi last2 setuju juga. Jadinya malam tu diorang pergi ke sekolah & masuk ikut pintu belakang menuju belakang pentas yang memang rosak & tak berkunci.

Tengah seronok menjahanamkan props tu entah macam mana Pfeifer ada kat situ. Kantoi besar tak dapat nak ditutup lagi. Namun segalanya bermula apabila pintu belakang yang tak pernah berkunci tiba-tiba tak boleh bukak.

Apa yang terjadi sesudah tu? Aku cadangkan korang tonton citer ni. Kecut perut punya la!

Rating aku bagi 3/5. Kenapa?


Shock value: Terkejut betul. Tapi alaa... ada scene yang tak perlu terkejut konon nak amik mood tu aku rasa macam tak perlu kot. Buang masa & stereotaip (Tau la takleh nak elak, tapi...)

Horror factor: Ketakutan tu boleh dirasakan. Not bad tapi somehow macam tak sampai dekat bar yang sepatutnya. Dengan kata lain, kureng la at some point. Ni korang kena tengok sendiri baru faham.

Set & lokasi: Aku suka kisah seram berlokasikan sekolah. Horror dia memang lain macam pergi dia. Nak pulak bila ada urban legend atau penunggu yang jadi maskot tak diundang di premis.

Rumusan di sini ialah citer ni not bad. Boleh diimprove lagi. Untuk genre found footage horror, kena tahan sikit la bab kamera bersepah tu. Aku suka lagi Cloverfield, Grave Encounters & mungkin Blair Witch Project untuk genre ni.

Untuk peminat genre seram & ketakutan, boleh la aku recommend citer ni. Pesan aku, jangan peluk yang bukan mahram. Haram. Hehehehe...

Adios!

Thursday, 23 July 2015

Review: The Vatican Tapes & Ayam Kurang Pedas

Mood: Biasa

Lagu: Tiada lagu


Assalamualaikum. Petang tadi akibat bosan, aku & rakan seorang ni bercadang untuk berjumpa di Nando's Pavilion Bukit Bintang. Aku order la ayam suku ekstra pedas & malangnya ekspetasi aku menjunam bagai orang terjun bangunan. Tak sepedas dulu! Dulu aku makan 'Hot' saja dah termengah-mengah, perut kembung masuk angin bagai. Ini 'Extra Hot' yang patut ekstra aku rasa tewas dengan ayam masak sambal kepunyaan warung makan tengahari.

Alahai Nando's. Ini Peri-peri ke cili biasa? Sorry eh, I still love Nando's, only that the spiciness has been rather... less. :p


Lepas je makan, kami bercadang nak tonton some random movie. Ini menjadi pilihan kami.


Gantung diri kettew?



The Vatican Tapes merupakan kisah seram daripada pengarah Mark Neveldine dan tayangan sulungnya bermula pada 24 Julai. Aku tak tau la untuk pasaran Asia punya macam mana. Filem ini dibawah 3 syarikat penerbitan; H2F, Lakeshore & Lionsgate. Lakon layar & skrip dihasilkan oleh Christopher Borelli & Chris Morgan. Filem ini menelan budget USD 13 juta. Antara pelakon cerita ini ialah Kathleen Robertson, Djimon Hounsou, Michael Pena & Dougray Scott. Runut bunyi dihasilkan oleh Joseph Bishara.

Memandangkan tiada sinopsis rasmi sejak ia baru saja ditayangkan, aku citer la sikit.

Ia berkisarkan tentang kedatangan AntiChrist (Al-Masih Dajjal) & usaha pihak Vatican untuk merawat seorang wanita yang dikatakan dirasuk semangat AntiChrist ni.

Dah tu je aku boleh bagi. Kepala pun dah mamai. Aku cadangkan para peminat konspirasi kedatangan sang penyelamat palsu ni untuk tonton sebab mungkin ada sumber berguna dalam movie ni. Tapi jangan expect apa sangat la. Kadang tu ada scene hambar juga. Movie ni mungkin berguna untuk sekadar info & beberapa shock factor je. Untuk scene disturbing boleh la aku nak puji usaha diorang. Power juga.

Macam mana pun jangan letak harapan tinggi pada movie ni.

Ingat nak review panjang tapi macam malas. Kalo diizinkan aku akan ulas sedikit tentang subjek citer ni, insyaAllah.

Rating: 2.5/5

Thursday, 16 July 2015

Welcome to Jurassic World & Salam Aidilfitri 1436 Hijrah

Mood: Biasa

Lagu: Selamat Berhari Raya dendangan Rahimah Rahim


Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak post apa2 di sini. Sebulan sudah kita menjalani madrasah Ramadhan, tiba masa kita bergembira menyambut 1 Syawal tanda kemenangan mengatasi nafsu selama sebulan.

Gua tak nak cakap banyak tentang bulan puasa yang lepas. Satu harapan gua, semoga Ramadhan lepas ni akan menjadi lebih bermakna. Semoga korang punya jauh lebih baik, gua doakan.

Beberapa hari lepas gua berbuka puasa dengan sorang follower twitter & dengan tak plan apa pun, we all gi la beli tiket tengok Jurassic World. Dek risau dengan keadaan crowd kat Nu Sentral yang hurung kedai2 makan & foodcourt laksana semut, kami pun ingat nak berbuka dalam wayang je. Namun akhirnya kami dapat la seat kat Nando's 1/2 jam sebelum tayangan.

Apa lagi? Makan laju2 pergi dia. Hehe...


Dan ini... Tau gua lambat update, baru nak tengok still gua akan bagi review.


Laju raptorku laju vroom vroom!


Jurassic World merupakan installment ke-4 kesinambungan daripada siri filem terkenal, Jurassic Park. Karya asal novelis Michael Crichton ini diadaptasi menjadi filem & pernah meletup pada tahun 1993. Masa ni gua darjah 1 & menjadi kenangan sebab ini movie pertama gua tengok kat panggung wayang di Alpha Angle Wangsa Maju (sekarang dah takde wayang kat sana).

Gua tak nak ulas pasal siri lain (The Lost World & Jurassic Park 3) maybe lain masa ataupun korang baca sendiri la di google.

Ditayangkan pada 12 Jun 2015, filem ini dikeluarkan oleh Legendary Pictures & Amblin Entertainment. Diarahkan oleh Colin Trevorrow. Skrip & lakon layar ditulis oleh Rick Jaffa, Amanda Silver, Derek Conolly & Trevorrow sendiri. Filem ini menelan belanja sebanyak 150 juta USD & menerjah box-office dengan pulangan setinggi 1.473 billion USD.

Ia dibintangi oleh Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Vincent D'Onofrio, Ty Simpkins, Nick Robinson, Omar Sy, B.D Wong & Irrfan Khan. B.D Wong merupakan satu-satunya pelakon asal daripada Jurassic Park dalam cerita ini.

22 tahun selepas tragedi Jurassic Park, pulau Isla Nublar berjaya dibuka dengan kejayaan taman tema Jurassic World. Taman tema dinosaur itu telah beroperasi selama 10 tahun hasil kerjasama InGen & beberapa pelabur besar. Dalam tempoh tersebut pihak2 terlibat membuat penyelidikan & pelaburan dalam mencipta spesis dinosaur kacuk prototaip yang dijangkakan dapat mengaut keuntungan. Ketua penyelidik tidak lain merupakan Prof. Wu, penyelidik asal projek Jurassic Park.

Dinosaur buatan itu diberi nama genus Indominus Rex, kacukan gene T-Rex dan yang lain2 gua takleh nak citer, gi tengok sendiri. Hehehe...

2 orang adik beradik, Zach & Gray Mitchell datang ke Isla Nublar nak jumpa mak sedara diorang, Claire, merangkap CEO taman tema tersebut. Malangnya makcik diorang terlalu busy dengan pembangunan spesis dinosaur prototaip tersebut.

Dalam waktu itu gak Owen Grady, seorang bekas elit tentera Marine melatih 4 ekor Velociraptor. 4 ekor tu fikir brader ni sebagai Alpha, jadi ikut arahan la walaupun tak jinak. Demam jugak sebab sekor2 ganas. Ketua keselamatan InGen, Vic Hoskins berpegang pula kepada idea bahawa dinosaur boleh dilatih menjadi senjata. Brader tu memang tak puas hati tapi kebolehan dia bakal diuji di kemudian cerita.

Sewaktu adik-beradik tersebut dengan laghanya menjelajah sejauh mungkin (mentang2 dapat VIP access), Indominus Rex terlepas dari kurungan setinggi 40 kaki. Waktu tu Claire, Owen & beberapa operator lain tengah kaji bekas cakaran di dinding & mendapati ditipu dengan kepintaran makhluk baru tersebut.

Keadaan jadi kacau bilau. Apakah yang akan terjadi sesudah tu? Apa yang terjadi kepada berpuluh ribu pengunjung yang hadir? Siapa hidup? Siapa kena baham hidup2?

Hehehe... korang tengok sendiri.


Lekluuu... bagi gua review abis!


Okay, gua bagi rating 3/5 bintang walaupun review2 ternama di internet bagi rating yang memberangsangkan. Kenapa?

1. Jalan citer yang biasa. Of course gua takleh nak expect apa sebab filem ni dibuat atas dasar interaksi dinosaur baham-membaham & penghargaan buat peminat siri francais. Tapi beberapa babak pertarungan yang terdapat dalam filem ini eloklah jangan gunakan mekanisme logik akal apabila ditonton.

2. Hubungan adik-beradik Zach & Gray tu agak standard. Boleh diterima. Owen & Claire gua rasakan agak cheesy & semak. Boleh digarap dengan lebih baik rasanya.

3. Filem ini bertujuan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan Jurassic Park. Beberapa babak & lokasi asal telah 'dihidupkan' kembali. Memang filem ni khas dibuat untuk peminat asal lagi tegar. Adik-beradik tersebut merayau sampai ke kawasan asal tragedi Jurassic Park. Lagu tema asal dimainkan semula. Gua rasa macam nak nangis. Good job.

4. Ada beberapa bunyi dinosaur yang menjadi trademark. Tapi spoil satu je. Salah satu dinosaur trademark ditukar bunyinya dengan bunyi yang ntah apa2. Kalo yang ni pun guna bunyi asal, rasanya gua tak komplen banyak. Ni korang kena cari sendiri.


Okay, lastly gua nak kongsi nilai & konsep yang ada dalam kisah ni.

1. Dek mendambakan laba & keuntungan, syarikat2 gergasi sanggup melakukan apa saja termasuk sesuatu yang melampaui batas kemanusiaan. Diorang lupa yang duit takkan dapat memadamkan fitrah & membeli kepercayaan.

2. Jangan jadi terlalu sibuk hingga lupa akan keluarga sendiri. Kisah ini cuba mengetengahkan konflik kekeluargaan & akibat terlalu sibuk akan merugikan diri sendiri.

3. Tempayan yang ditutup lama2 akan terbuka juga. Setiap perbuatan pasti akan mendatangkan akibat. Makin besar rahsia, makin besar persediaan yang harus dilakukan dalam menghadapi 'pembukaan' rahsia tersebut.

4. Setiap makhluk punya fitrah & lumrah masing2. Sedangkan anjing boleh menyerang tuan sendiri apatah lagi binatang buas.

5. Power mana barang ciplak last2 barang ori gak yang best eh?


Okey la cukup gua merapu di sini. Gua harap siapa yang belum tengok, gua nasihatkan korang tonton dari Jurassic Park dulu, kemudian The Lost World seterusnya Jurassic Park 3 baru Jurassic World. Jangan expect apa2 kat The Lost World. Tu je gua nak cakap.

Sebagai penutup, gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat para pembaca blog hampeh ni. Kalo gua ada terkasar bahasa, salah silap semua harap korang maafkan. Gua maafkan korang sebab korang baca je, tak buat salah pun. Bagi yang nak balik kampung, cek apa yang patut. Jangan tertinggal itu ini terutamanya passport bagi yang beraya melepasi sempadan negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.


Sunday, 7 December 2014

Review: Transformers 4 Age of Extinction

Mood: Bosan

Lagu: Until It's Gone dendangan Linkin Park


Lama dah aku tak post rasanya. Since internet kejap ada kejap takde, memang boring la. Kalo ada pun lembab. Tapi takpe la, syukur daripada takde langsung. Okey, hari ni aku nak review & komplen berkenaan satu francais movie yang aku minat, iaitu latest installment of Transformers, Age of Extinction.




Filem ini merupakan francais filem Transformers ke-4 & terakhir arahan Michael Bay. Mungkin lepas ni producer lain handle. Dibintangi Mark Wahlberg sebagai hero cerita kali ini. Dulunya Shia LeBouf. Cerita ini merupa sequel kepada Transformers 2011 Dark of The Moon & plotnya berkisar mengenai apa yang berlaku selepas 5 tahun terjadinya perang di Chicago. Diarahkan oleh Michael Bay & exec producer Steven Spielberg manakala screenwriting oleh Ehren Kruger, filem ini dihasilkan dengan budget $210m dengan pulangan box-office sebanyak $1,087,289,076.

Secara kasarnya, filem ini berkenaan Autobots & Decepticons menjadi buruan atas dasar pihak tentera melenyapkan Transformers supaya tiada lagi perang dari pihak makhluk mekanikal ini dari terus berlaku. Penduduk dunia tidak lagi senang dengan kehadiran mereka. Pasukan pertahanan USA memutuskan tiada lagi kerjasama dengan pihak Autobots. Badan rahsia CIA, Cemetery Wind ditugaskan untuk melenyapkan Autobots dengan kerjasama Lockdown, Transformers misteri yang berniat untuk melenyapkan mana2 makhluk sespesis. Lockdown mahukan Optimus Prime hidup2.

Dalam pada itu, Cade Yeager (Mark Wahlberg) terjumpa Optimus Prime yang dalam penyamaran kepala lori usang di sebuah teater & bercadang untuk membawa pulang untuk repair. Pihak CIA menyedari hal ini selepas mendapat panggilan daripada rakan sekerja Cade. Keadaan menjadi kelam kabut bila CIA datang ke rumah & menjalankan operasi. Cade sekeluarga menjadi pelarian bersama Optimus Prime.

Optimus Prime berjaya mengumpulkan beberapa Autobots yang masih hidup untuk menuntut bela ke atas apa yang berlaku. Berjayakah mereka mengalahkan Lockdown & sekutunya? Siapakah Galvatron (peminat Transformers tegar tau la kot)?

Senang citer yang belum tengok lagi, gi la tengok. Citer panjang tak guna. Movie ni nak dekat 3 jam kot...

Orait, beberapa perkara aku nak komplen berkenaan citer ni.

Galvatron & Decepticon buatan KSI tu macam semak je, lebih2 lagi Galvatron. Serupa takyah ada. Melihatkan dialog2 negatif yang banyak dalam citer, boleh la nak merumuskan bahawa tuan direktor sendiri malas dah nak buat citer ni. Kalo korang mendalami dialog, boleh la faham.

Mesej2 dalam citer ni buat aku rasa terganggu. Ini merupakan pandangan kolot aku so takyah la layan sangat eh. Biar aku merepek dalam post ni jap.


1- Pembawaan karakter Lucas, rakan sekerja Cade menunjukkan stigma negatif rakyat yang terlalu mempercayai sesuatu berita & kurang menggunakan akal. Tau nak duit je.

2- Peperangan Transformers dilihat simbolik kepada perang yang tersembunyi (ataupun kita buat-buat tak nampak). Mungkin situasi perang antara pihak terhijab seperti jin atau organisasi rahsia akumerepekjeni atau perang dingin blok timur & barat.

3- "The past is history. The present is the past. The future is now." Ini merupakan kata2 Joshua Joyce (Stanley Tucci) dalam kisah tersebut. Kembali ke zaman jahiliyyah ke kita, maksudnya?

4- Lockdown mahukan Seed, yakni peranti seperti bom yang kuasa ledakannya sehebat nuklear yang menyebarkan logam cair. Logam cair ini meleburkan apa yang berada di sekitar & mengubahnya menjadi bijih Transformium yang boleh diprogram & mudah lentur (asas penciptaan Transformers). Nampak tak beberapa kata kunci di situ?

5- Kejadian huru-hara di Tanah Besar & Hong Kong. Transformers bergasak di sana & Seed berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi lain. Ada signifikan ke?

6 - Tessa mewakili remaja zaman sekarang. Hal ni tak perlu aku ulas. Korang boleh fikir sendiri.

7- Ada scene di mana Joshua mengamuk sebab diorang tak mampu nak kawal penciptaan. Ni macam menunjukkan manusia cuba menjadi Tuhan & cuba menolak hakikat takdir.

8- Optimus, selain fedap dengan manusia, dia marah dengan Penciptanya. Kita pulak mengagungkan Optimus Prime. Kata2 dia macam menusuk jiwa kan? Macam kena je dengan perasaan sesetengah kita. Ada implikasi buruk di situ. Aku percaya korang boleh fikir.

9- Transformers tu jin. Kot kalo korang faham la.


So, aku rumuskan kisah ini seolah mahu kita menentang Tuhan secara subliminal. Percaya hanya kepada keupayaan, logik & kehebatan teknologi serta meninggalkan agama. Tajuk citer ni pun dah satu hal. Apa yang extinct (pupus)? Manusia? Citer ni menggarap kemanusiaan yang semakin pupus, dan huru-hara akhir zaman yang bakal tercetus. Mungkin juga sesuatu bakal berlaku di tempat-tempat dalam muvi ni. Wallahua'lam.

Dah2. Aku merepek je. jangan amik serius. Gi tido lagi bagus.

Monday, 17 November 2014

Review: Big Hero 6

Mood: Biasa

Lagu: Immortals dendangan Fall Out Boy


Lepas hampir seminggu line internet kena potong, baru sekarang dapat online. Ok, untuk tidak membuang masa, aku nak review sikit berkenaan movie yang aku baru tonton bersama Aie. Kami memang dah rancang nak tengok masa trailer dimainkan sebelum tayangan Dracula Untold hari tu.




Diarahkan oleh Don Hall & Chris Williams, filem animasi 3D diadaptasi dari Marvel Comics menggunakan tajuk yang sama. Dihasilkan oleh Disney, ia mengisahkan seorang remaja genius dalam bidang robotik bernama Hiro Hamada bersama robot pembantu kesihatan, Baymax yang dicipta abang Hiro, Tadashi.

Hiro yang terlibat dalam scene laga robot kawalan jauh secara haram memeningkan abangnya, Tadashi yang merasakan Hiro sepatutnya belajar di institusi pengajian. Namun akibat malas, Hiro menolak hasrat abangnya. Selepas kantoi port kena rush, Tadashi bertindak menyelamatkan Hiro menggunakan skuter menyelusuri lorong untuk menyelamatkan diri. Last2 masuk balai, makcik diorang, Cass, menjamin mereka & kena bebel free.

... dan Tadashi memperkenalkan Hiro kepada robot belon putih comel nak mampos bernama Baymax. Serius benda alah ni memang lawak gila.

Tadashi mengajak adiknya untuk menyertai pertandingan projek sains untuk memenangi biasiswa pengajian di institut tempat dia belajar. Hiro menang namun akhirnya produknya habis lenyap dalam kebakaran dewan pertandingan malam itu. Lebih malang lagi, Tadashi pergi meninggalkan Hiro buat selama-lamanya.

Rakan-rakan Tadashi; Wasabi, seorang yang sangat skima dalam pengurusan, Go-go, awek jepun yang rugged perangai ala tomboy, Honey Lemon, awek tinggi lampai yang acah gedik & Fred, brader sengal yang berangan nak jadi raksasa bersama membantu Hiro untuk menyelesaikan kes kematian Tadashi.


Dah la tu. Aku rasa baik korang tengok sendiri. Best! Korang kalo muram gerenti ceria balik. Aku tak nak rating apa-apa. Gi tengok cepat!


Trivia: Sepatutnya Silver Samurai & Sunfire ada dalam movie ni tapi dua karakter ni dibeli hakcipta oleh 20th Century Fox untuk kegunaan francais filem X-Men.


Bertindak!

Wednesday, 29 October 2014

Review: Dracula Untold & Moral Filem

Mood: Biasa je

Lagu: Vampire dendangan Xandria


Assalamualaikum. Hari ni aku nak kongsi review peribadi mengenai movie yang dah lama aku nak tengok tapi semalam baru dapat tengok. Agak dinantikan juga kemunculan adaptasi kisah fiksyen Dracula yang terkini selepas karya fiksyen versi Francis Ford Copolla pada tahun 1992. Walaupun ada versi daripada karyawan2 lain sesudah tu namun aku rasa yang tahun 1992 lagi best kot. Okay, untuk tidak membuang masa...


Batman? Ok.

Filem yang dibuka tayangannya pada awal bulan ni (ke pertengahan, aku tak ingat) diarahkan oleh Gary Shore sementara skrip ditulis oleh Matt Sazama & Burk Sharpless. Berperuntukan 70j USD, ia mengisahkan kehidupan awal Vlad III yang memerintah Transylvania selepas habis berkhidmat sebagai askar Janissari di bawah pemerintahan Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki menganugerahkan Vlad III kawasan Transylvania untuk diperintah & disuruh mengeluarkan ufti.

Namul pada suatu hari Vlad & beberapa rakannya pergi meninjau & terjumpa topi keledar Turki. Mereka mengesyaki Turki hantar spy & bertindak menyiasat hingga ke satu gunung yang menjadi tempat tinggal seorang ahli sihir purba yang juga pontianak asal. Vlad & 2 orang rakan masuk tapi malangnya hanya Vlad yang terselamat.

Esoknya ketika Transylvania merayakan perayaan Easter, utusan Turki datang mengepau 1000 orang remaja lelaki untuk menyertai perang di bawah panji Uthmaniah. Vlad tak nak bagi. Disuruhnya pihak Turki amik je ufti. Nak tambah derita, Sultan mintak anak Vlad untuk join. Vlad tak puas hati. Memandangkan tindakan Turki yang melampau & Transylvania tak kuat mana, Vlad ambik keputusan untuk mohon kekuatan & kuasa daripada ahli sihir di gua tersebut. Bermula dari situ, lagenda Vlad bermula...

Kalo nak aku citer sampai habis baik tak payah. Gi tengok sendiri. Boleh tahan la citer dia.

Yang aku nak komen skit ni pasal moral. Holiwud ni kan bab moral memang kelaut je kat hampir kesemua movie yang pernah dihasilkan. Di sini aku belajar moral negatif yang buat aku geleng kepala je. Mana la masyarakat kita ni perangai takleh blah. Saja share. Jangan diikut.


1 - Dracula Untold mengajar kita untuk putus asa & memohon bantuan syaitan untuk tujuan kebaikan namun hakikatnya memakan diri.

2 - Dracula Untold mengajar kita bahawa kita tidak memerlukan orang yang baik tetapi sebaliknya raksasa untuk menjaga keamanan sejagat.

3 - Yang tak tahannya, bayangkan jadi ketua kampung. Dah selamatkan orang2 kampung, tapi diorang bakar engko dengan bangsal yang ko kena kurung dalam tu. Apa rasanya?


Ni antara yang aku dapat kongsi setakat ni. Nak fikir pun tak larat. Overall aku bagi 6/10 rating. Takde la bosan. Kecewanya sebab isu moral je dalam tu. Yang belum tonton, aku syorkan korang tonton. Tapi jangan la percaya yang Turki Uthmaniah tu kejam. Yang kejam tu Vlad. Cuba baca sejarah dia.

Anyway terima kasih Aie sebab belanja tiket free.

Selamat malam.

Tuesday, 16 September 2014

Review: Transformers Universe

Mood: Biasa

Lagu: Bumblebee karya Steve Jablonsky (Transformers)


Assalamualaikum. Hari ni aku nak share game online yang aku dok main waktu sebelah petang mahupun lewat malam seorang diri kalo ada player lain masuk nasib la kalo tak aku boring.


Map crisis. Korang & geng akan get through gerombolan
Terrorcons untuk tewaskan boss di tengah map & di hujung map.

Salah satu map PvP. Sini apa lagi? Lauk sama diorang!


Transformers Universe. Ia MMORPG 3rd person keluaran Jagex Game Studio & Hasbro Gaming. Game ini mengikut arc Transformers: Prime (3d animation dia best kot). Baru je launch close beta beberapa bulan lepas. Dulu bila aku dapat tahu terus je sign in, alhamdulillah dapat join close beta.

So far, kalo nak evaluate kepuasan per 10, aku bagi (7/10). Ciri2 dia:


1. Pilihan karakter yang seimbang antara Autobots & Decepticons. Setiap karakter ada counterpart tersendiri & skill masing2.

2. Senjata, armor semua mmg melekat masing2 punya kelas. Takde beli ke apa. Nak upgrade semua ikut level.

3. Sistem 'core' pakai-buang. Core ni ikut level per slot. Setiap 10-15 level gitu korang dapat 1 slot. Core ni ada jenis offensive, defensive & utility. Nak upgrade stun ke, damage ke, defence ke, boleh guna core.

4. Map antara Autobots & Decepticons tak bercampur. Autobots kat High Grand, Decepticon kat suatu bandar aku dah lupa nama. Diorang kongsi map dalam mode 'Crisis' tapi takkan bertemu (mission map). Diorang hanya bersemuka untuk bertumbuk pecahkan kereta kat PvP maps.

5. Ada 2 mode permainan. Elimination (fokus kat bunuh group lain. Points terbanyak menang) & Meteor Storm (secure meteor spot untuk generate points. Points terbanyak menang)

6. Autobots & Decepticons boleh berhubung sesama sendiri kat PvP maps je. Lain map semua hanya untuk seangkatan sekufu (melainkan private messaging).


Since game ni pun baru lagi, bagi la kot diorang peluang nak tambah macam2. So far kedua2 pihak bertelagah ni punya satu common enemy, Terrorcons. Terrorcons ni mana2 robot yang dah K.O dihidupkan oleh Dark Energon. So jadi zombie la kiranya. So agak2 kalo terjumpa Terrorcon Reckoner, nasihat aku jangan la nak solo. bawak geng siap2. Kalo nak gak, snipe je dari jauh, pasang traps.

Okay korang boleh try game ni, tengok boleh ngam ke tak ngan jiwa korang. Nak main, boleh main guna browser ataupun download installer dia.


Ready?

Transformers Universe ® interactive video game © 2013 - 2014 Jagex Limited
HASBRO and its logo, TRANSFORMERS and all related characters are trademarks of Hasbro and are used with permission. © 2014 Hasbro. All rights reserved.
Jagex and the Jagex Logo are trademarks and/or registered trademarks of Jagex Limited in the US, Europe and other jurisdictions. All rights reserved.
All other trademarks are property of their respective owners.

Saturday, 30 August 2014

Salam Kemerdekaan ke-57

Mood: Biasa

Lagu: Warisan dendangan Hanie Soraya (cover lagu Sudirman, dengar kat 8tv)


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka...?

57 tahun kita dok melaungkan atas bebasnya negara daripada penjajahan kuasa asing. Tapi sepanjang pemerhatian aku ni macam negara kita genap 57 tahun dijajah dari pelbagai sudut. British melepaskan Tanah Melayu bukan tanpa orang2 dia dalam sudut pentadbiran (orang yang dididik dengan such ideals & berkembangnya pengaruh budaya omputih dalam diri). Ada je..

Aku tak nak ulas lelebey pasal hal ni. Otak dah kejang. Maklum la bebal tak cukup tido. Tak professional sungguh perangai haa... kahkahkah!

Tapi kan...

Selama hampir 30 tahun aku hidup sebagai seorang hamba Rabbul Jalil yang picisan tepi-tepian ni, aku perhati industri hiburan ni berkembang biak dengan pesat. Hiburan tahap lain macam punya lalai. Macam tak logik pun ada. Terang2 tak logik yang kita dok logikkan. Artis Timur ke Barat ke, selebriti dari pelbagai bidang ke, kadang tu diorang pun buat ulasan serta perangai tak terjangkau dek akal serta naluri kemanusiaan tu sendiri.

Tak kisah la.

Yang penting, kaji balik sejarah negara kita. Kenang datuk nenek nyang tok kita yang berhempas pulas membebaskan negara kita dan jangan lupa kaji sejarah negara yang tersorok jangan fikir nak enjoy, merdekakan nafsu serta benih secara haram.

Ataupun berpesta liar, seronok melampau, mabuk2 dan segala perangai buang tebiat yang lain.

Boleh faham sendiri kan?

Ingat Tuhan, ingat mak bapak. Ingat malaikat kiri kanan depan belakang. Ingat siapa2 yang memerhatikan.

Selamat hari kemerdekaan ke 57, tanah airku Malaysia pertiwi.





Saturday, 26 July 2014

Salam Aidilfitri 1435 Hijrah

Mood: Biasa. Sedikit suram mungkin...

Lagu: Bersabarlah Sayang dendangan Sanisah Huri


Hari ni dah masuk hari terakhir Ramadhan. Masuk maghrib esok kang takbir sahut menyahut. Seribu memori pasti mengetuk benak jiwa sesiapa sahaja. Sedih, gembira, kantoi semua ada.

Ramadhan kali ini aku agak Allah s.w.t ambil keputusan untuk reset bahagian kedua hidup aku:


Segalanya dalam ni


Segala memori, portfolio, mp3 dan segala yang dimuat-turun segala haram lagi rare ada dalam tu. Elok benarlah. Dah la tak ingat ada kewujudan Cloud technology menambahkan lagi serabut. Bagus la tu.

Despite of everything I decided to start over (again, and have to). Takde pilihan lain. Apa rancangan Dia kali ini aku pun tak tahu. Takpe la. Aku teruskan jua pencarian erti hidup & apa2 yang patut aku cari. Harus berfikir positif. Aku masih dikira bernasib baik. Ramai yang lagi teruk keadaannya di luar sana. Semoga Allah memberikan kemudahan kepada mereka.

Di sini aku ingin ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog picisan ni. Maaf kalo ada sesetengah entry dalam blog ini yang menyinggung perasaan, yang bagi reaksi "Pebende brader ni tulis doh?" dan "Banyak komplen la. Move on la lagi elok." benda2 alah macam tu, takpe. Terima kasih kerana sudi menyinggah walaupun accidental. Blog ini, sepertimana laman kicau merupakan eskapisme aku. Aku takkan marahkan engkorang kalo cakap aku takde life. Elok korang bersyukur dengan life korang. Kang life korang kena sentap dengan Allah sikit meroyan tak tentu pasal, mesti korang kena bahan ngan member2 & orang sekeliling. Kan susah...

Yang nak balik kampung tu, cek2 apa yang patut. Jangan tertinggal barang2 penting, terutamanya yang bakal beraya di Singapura. Jangan tertinggal passport. Naya je kang. Yang drive, bawak moto semua cek condition kenderaan anda. Pastikan tip-top. Semoga perjalanan korang selamat pergi & kembali. Dapatkan rehat yang cukup semasa dalam perjalanan. Berhenti, pekena kopi kasi celik sikit mata tu. Aku? Raya ke-3 baru balik. Hehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.


...dan kepada korang di sebelah sana, aku ampunkan sahaja. :')



Saturday, 19 July 2014

Palestin, MH17 & Pakar2 Laman Sosial

Mood: Biasa2

Lagu: Takde lagu

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan jatuhnya pesawat MH17. Tak sampai pun setahun kehilangan MH370, dah ada tragedi menyayat hati ni lagi. Tak cukup dengan itu, negara haram Israel melanggar saki baki tanah suci yang diduduki warga Palestin dengan serangan yang cukup dahsyat. Katakanlah konspirasi atau apa pun. Yang penting, cukuplah Allah sebagai pemberi ingatan buat kita. Sendiri tengok dan insaf akan kejadian2 ini semua.

Kita dalam zon 10 malam terakhir di mana malam Lailatul Qadr bakal muncul kepada hamba2Nya yang terpilih. Nampaknya warga Palestin serta beberapa umat Islam yang dipilih Allah di serata dunia ini bakal mendapat pakej syurgaNya secara pukal. Bertuah sungguh. Semoga Allah merahmati mereka semua hendaknya.

Bila ada berita2 menggemparkan begini kita dinasihatkan supaya tidak terus percaya bulat2. Eloklah disiasat terlebih dahulu. Hal ini diterangkan dalam Al-Quran:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (Surah Al-Hujurat, ayat 6)

Dalam media sosial kebelakangan ini banyak je matan hadis, akaun parodi, pakar penerbangan & segala jenis pakar mula mengeluarkan hujah masing2. Kekeliruan mula muncul, dan sesetengahnya mula bertelagah sebelum sampainya maklumat sebenar kepada umum.

Lucunya ada satu post di laman kicau ni menyatakan bahawa ada lubang besar muncul di Russia, tanda bakal keluarnya Yakjuj & Makjuj di situ. MasyaAllah. Aku agak dia belum pernah baca Surah Al-Kahfi lagi kot. Takpe la. Semoga satu hari nanti orang2 yang tak tahu ni start la baca Al-Quran. Sesiapa yang tahu, tolong2lah ajar. Jangan kedekut ilmu. Kesian diorang main balun je. Kita pun sama bodo main bash je. Mana la akalnya.

Bak kata member, akal tu Tuhan dah bagi. Tak payah banyak. Guna sikit je pun jadi la.

Anyway, berkenaan isu Palestin (which is aku sentuh sikit berbanding MH17 yang tak jelas beritanya) Allah s.w.t dah rekodkan dalam Al-Quran siap2 perihal sikap tak boleh blah diorang ni especially dalam isu sekarang.

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau-lampau. (Surah Al-Isra, ayat 4)

Briged Al-Qassam dah bagi surprise elok punya. Israel pun dah cuak gilababeng dengar siren je dah berterabur sana sini. Korang apa lagi? Doa banyak2. Kalo hafal qunut nazilah, baca. Jangan putus doanya buat saudara2 kita di Palestin. Mereka sudah mewakilkan kita di sana, dan giliran kita untuk berdoa supaya insyaAllah mereka akan diberikan kelebihan untuk memenangi pertempuran, insyaAllah. Jika ada yang berkemampuan, berikanlah sumbangan dalam bentuk harta & wang ringgit mahupun kelengkapan logistik. Kalo da sado sangat dalam luaq haa gi la sana sendirik per lagi ye dak?

Dan jangan la doakan yang kat Palestin je. Banyak je tempat2 lain yang orang2 Islam sedang mempertahankan diri dari diserang anasir2 kerajaan kafir & pemisah.

Tanda kiamat kecil dah lengkap. Dengan serangan ini lagi nampaknya menjadi salah satu trigger kepada hari yang semakin hampir dengan kita. Teruskan bermunajat, mohon kepada Allah supaya Dia mengampunkan dosa kita & memperkukuhkan iman serta akidah kita ditempatnya. InsyaAllah.

Selamat berpuasa & mencari malam Lailatul Qadr.


Sabarlah wahai anak Palestin, masanya akan sampai jua.

Thursday, 16 January 2014

Kerinduan Granado Espada

Status: Biasa je, sakit tengkuk sikit-sikit...

Lagu: Granado Espada gubahan Kim Junsung

Haa... online gamers kurang2 7-8 tahun dulu mesti recognize lagu tema game mana ni. Okay, it's a theme for character login, senang citer, tema untuk game dengan tajuk yang sama.

Salah satu wallpaper best!

Sebenarnya aku agak merindui zaman kolej lepas 2x kolej bertukar tangan dari Taman Melawati beralih ke sekitar UKM. Proses tu mengambil masa lebih kurang 2 tahun. Masuk pertengahan 2006 ke hampir penghujung 2007, aku mula terjebak dengan game ni bersama rakan2 serumah pada masa itu. Masa itu kolej di kawasan UKM berpindah ke IUCTT (Twintech) Bandar Sri Damansara. Nak pulak ada pusat internet yang baru dibuka di kawasan Desa Aman Puri, dibuatnya promo main free 3 hari. Apa lagi? Sampailah sorang housemate tu rancang nak install streamyx (masa tu laju), dah pasang makin galak la. Namun kerja, assignments kami tetap disiapkan mengikut masa. Alhamdulillah.

Asasnya ia merupakan game MMORPG (aku malas nak define maksud, korang refer sendiri kat google) yang istimewa dari segi cara permainannya, sedikit berbeza daripada biasa. Biasanya pemain akan mengawal satu karakter dalam satu2 masa tetapi di Granado Espada, pemain dikehendaki untuk mengawal 3 watak serentak dimana pemain boleh menukar penggunaan & posisi watak mengikut kesesuaian. Apa kata korang ke website rasmi dan ke youtube, cek sendiri? Hehehe...

Beberapa in-game screenshot:

Pemandangan sekitar bandar Coimbra

Melawan boss dungeon Al Quelt Moreza, Dilos Latemn

Dan online game ni jugak la aku dapat ilham untuk salah satu assignment aku suatu masa dulu. Setiap pelajar dikehendaki buat contoh website sendiri menggunakan perisian Dreamweaver. Masa tu aku download fansite kit daripada website rasmi & terus saja buat. Alhamdulillah, dapat markah yang best. Hehehe...

Oh ya, semua gambar (especially screenshot) dalam post ini diambil dari fansite kit (means bukan karakter2 aku). Akaun aku lupa dah ID & password nyer...

Last pic, screenshot romantis. Aww...

Musketeer dengan Fighter ni bikin gua jeles. Eceh...

Sekian post merapu dari saya.

... dan aku rindukan rakan2 yang aku kenal dalam game, rakan kolej & sesiapa yang berkaitan. Thank you for the memories. :)

Granado Espada, Infocomm Asia Holdings, IMC Games Co, and HanbitSoft Inc. are all trademarks or registered trademarks in Singapore and/or other countries. These terms and all related materials, logos, and images are copyright IMC Games, HanbitSoft, and Infocomm Asia. This site is in no way associated with or endorsed by Infocomm Asia Holdings or its partners.

Wednesday, 8 January 2014

Bahan bacaan legend: SBDJ

Status: Sedikit puas

Lagu: Tiada lagu

Alhamdulillah. Adik aku bawak balik koleksi cerita bersiri yang sangat legend bagi peminat kisah seram tanahair, Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis. Ada 3 buku semuanya setakat ini. Untuk pengetahuan pembaca blog, kisah seram ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1984 di dalam majalah Variasari keluaran Variapop selama 23 tahun 6 bulan serta dibukukan hingga 16 jilid kesemuanya. Kini kisah pengalaman penulis bersama datuknya dibukukan atas hakcipta Nafiela Books.

Baca sampai lebam!

Aku baru habis baca jilid satu. Tuan punya buku pulak tak bagi buka plastik buku kedua sebab dia tak habis baca lagi. Kalo bukak kang lawan towkay plak. Sabar je la. Tak kang aku baca je online. Hahaha! Takpe beb sebab serupa biskut aku agak dah buku ni. Best!

Anyway, setakat ni yang pernah aku layan selain Tamar Jalis, Tok Awang Ngah je la yang terkenal dengan title Bencana Lawan Syaitan, keluaran majalah mana aku tak ingat. Horror gak. Gila apa dari kecik aku minat benda2 gini. Takpe la, yang penting, layan la sekadar sederhana & usah obses takut memakan diri, ye dak?

So, para peminat kisah seram, jangan lupa untuk mendapatkan kompilasi siri SBDJ ni di toko buku berhampiran anda (yang ni adik beli kat KLCC)

Monday, 30 December 2013

2013 Reminiscence

Status: Ngantuk, bosan

Lagu: Takde lagu

Berhari jugak la tak update. Apa je nak diupdate? Aku pun tak tau. Hahahaha!

Baiklah, hari ini tanggal 31 Januari 2013 bersamaan 28 Safar 1435 Hijriyah. Secara teknikalnya tahun 2013 ni mengajar aku pelbagai erti hidup yang rasanya bagus untuk aku fahami. Rasanya pelbagai ujian yang menguji kesabaran telah aku lalui sepanjang tahun ini, dan sebahagiannya masih sedang aku lalui.

Tahun ini aku mengenal sebahagian daripada misteri diriku yang punya elemen mistik berkenaan gangguan makhluk halus. Masih menjadi enigma hingga sekarang. Kesian keluarga aku berhabisan bergolok bergadai semata-mata untuk berubat namun akhirnya aku sedar bahawa pengabdian penuh dan melakukan kembali aktiviti wajib seperti solat serta mendalami Al-Quran merupakan cara sebaiknya. Ada yang masih memekakkan & membutakan diri dalam hal ni namun Alhamdulillah, Allah telah menuntun aku kembali ke jalan pulang.

Kisah lain, suatu tragedi salah faham telah mengasingkan aku daripada rakan2 seperjuangan yang telah bersama dalam satu dekad. Expired date dah kot aku rasa, namun ada hikmah di sebaliknya. Jika Allah tidak memisahkan kami, manakan aku nak solat, mengaji bagai? Ujian ini memang getir. Cukuplah di sini berkenaan masalah ini.

Awal tahun ini aku diuji dengan pengangguran. Pedih rasanya bila tiada kerja. Ada pun tak lama. Entah kenapa mesti jadi pergaduhan, rasa tak "ngam" serta macam2 lagi la yang jadi yang membawa kepada pemberhentian. Satu lagi isyarat Allah nak menguji aku dalam hal ni. Intepretasi aku; waktu2 begini ambil kembali kesempatan untuk mendekatkan diri kembali kepadaNya. Nak dapat kerja bukan senang, nak maintain pun payah. Takpe, selagi ada Allah, selagi tu aku tak akan berputus asa walaupun ada segelintir orang yang dok caci hina pandang rendah tu semua insyaAllah takde hal. Kena batang hidung sendiri tau meroyan tak puas hati, skizo la apa la...

Alhamdulillah, dalam kekalutan begini aku telah bertemu beberapa orang kenalan & sahabat baru. Aku juga telah berkecimpung kembali dalam bidang penulisan. Terima kasih kepada seseorang yang telah memperkenalkan aku dalam dunia zine. Semoga murah rezeki & dirahmati Allah. You know who you are. Aku tahu ko takkan nak baca blog aku ni anyway terima kasih sekali lagi atas sokongan dan sumbangan.

Aku pun dah tak tahu nak tulis apa. Mengantuk dah pun. Anyway Alhamdulillah sekali lagi for the memories, for the experiences and the indirect teachings You've been giving and taught me along the way. Terima kasih wahai Tuhanku. Semoga tahun 2014 menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin.


Monday, 16 December 2013

Review Zine Bunuh, Suara & Histeria

Status: Biasa2 je...

Lagu: Castlevania Special Medley Chapter II dendangan Yuta-Romeo (sila rujuk Youtube)

Baiklah, malam ini seperti yang dijanjikan kepada penulis berkenaan, aku review beberapa zine terbitan beliau, sahabat aku sorang ni. Nama penanya NianSiJasad, salah seorang penulis yang dikenali lagi terkenal di tweeder. Ada 3 yang akan aku review di sini; Histeria, Bunuh & Suara.

Antara hasil karya beliau

Aku mulakan dengan Histeria. Karya ini diterbitkan pada Jun tahun ini dan mengandungi karya2 dari beberapa penulis lain seperti Apess, Nazanadiaz & Min Simorgh. Generally, zine ini berkisar tentang kisah2 fiksyen seram. Ada 8 cerpen semuanya. Memang tak rugi baca jika anda meminati kisah2 seram alternatif underground. Mood yang agak raw membangkitkan bulu roma anda yang lembut menyembah kulit. Plus, ia sarat dengan pengajaran jadi Histeria bukanlah sekadar hiburan tengah malam semata.

Seterusnya, zine Bunuh. Ada zine kesinambungan bertajuk Bunuh II (belum beli lagi). Dikeluarkan pada Februari tahun ini. Ikutkan tajuk, rasanya korang boleh agak ia menceritakan tentang apa, bukan? Ada 7 cerpen semuanya. Zine ini membongkar sisi gelap manusia. Fitrah primal kebinatangan yang mengiyakan beribu alasan untuk membunuh. Tidak disyorkan kepada yang lemah jantung. Semua kisah yang ada dalam zine ini sangat disturbing dan setiap scene akan projected secara automatik dalam benak kepala lantas anda berpeluang untuk tidak duduk diam seolah-olah anda mangsa seterusnya. Sangat aku rekemenkan pada yang meminati genre thriller & gore. Aku dah tak nak baca lagi. Disturbing sangat woi! Ayat2 menjadi visual dalam kepala yang mengganggu ketenteraman aku hingga kini (nampak bebeno lemah imannya..)

Yang terakhir untuk kali ini ialah Suara (Jasad bagi free. Thank you! ^^) Keluaran September 2013 & merupakan koleksi puisi peribadinya (aku rasa...). Penulisannya, secara peribadi boleh aku rasa sebahagian hidupnya yang penuh dengan rona sepi & sikapnya yang suka memerhati gelagat sekeliling. Pergh... menangkap kalbu. Cewah...

Okay lah, cukup setakat ini. Next time kalo ada zine2 lain, aku review. Terima kasih Jasad atas karya2 ini. Bahan bacaan yang bagus lagi berkualiti. So para pembaca blog, Jasad boleh dihubungi di twitter @sijasad untuk membuat tempahan & pertanyaan.

Sunday, 15 December 2013

Hari Kedua Art4Grabs 15/12/2013

Status: Bercampur baur. Teruja tapi kecewa, gembira pun ada. Puas, takut... macam2

Lagu: Hot dendangan 1TYM

Alhamdulillah. Segalanya berlaku dengan agak baik. Preview teater Wali Untukku berjalan dengan jayanya kecuali part di mana aku boleh lupa kebanyakkan skrip pastu acah2 psiko. Hahahaha!! Macam apa. Sedikit kecewa di situ. Ada rakan pelakon yang kata persembahan aku  not bad untuk orang yang kali pertama berlakon teater seperti aku tapi, apa pula kata bos nanti? :\

Gugup bak hang!

Anyway, aku masih menunggu gambar para pelakon & krew teater yang masih belum kunjung tiba. Belum upload lagi agaknya. Kalau aku tahu tadi baik aku pow si Embun siap2.

Gambar2 sekitar event




Para pelakon teater Wali Untukku (aku takde dalam gambar)

Sesi pekena bersama Abang Irwan, Ikmal, Toksik & lain2

InsyaAllah ada gambar2 lain nanti gua hapdet. Masa untuk baca zine2 karya SiJasad. Nak review kang.

Saturday, 14 December 2013

Hari Pertama Art4Grabs 14/12/2013

Status: Becampur baur. Sedih, teruja, takut.. sikit lebih kurang gitu

Lagu: Tiada lagu

Alhamdulillah. petang semalam dapat jua aku ke event Art4Grabs buat pertama kali. Jam pada masa itu adalah dalam lebih kurang pukul 6.30 pm waktu tempatan. Masih ramai orang di dalam Dewan Annexe Pasar Seni. Tak lengang. Tak sunyi. Forum berkenaan LGBT pada waktu itu baru sahaja hendak bermula. Itu bukanlah tujuan aku datang. Aku tak berminat mengupas isu tersebut.

Booth Zine Collector. Remy (kiri) & Ida

Event tadi (dan hari ini)

Aku datang untuk bertemu rakan2 penulis di booth Zine Collector sementara menanti pukul 8pm untuk pergi ke UM untuk berlatih raptai preview teater Wali Untukku yang bakal berlangsung pada pukul 4 petang nanti. Teruja bercampur takut, ini merupakan kali pertama aku berlakon teater. Nak pulak sbg watak lelaki utama. Kes jadi bidan terjun sebab pelakon yang sepatutnya tak dapat hadirkan diri. InsyaAllah, bulan Februari nanti tayangan langsung akan dijalankan & pada masa itu insyaAllah, aku akan memegang watak yang lain. Untuk preview tu nanti monolog aku panjang. Gerun gemuruh beb...

Anyway ini merupakan platform yang bagus sebagai pendedahan diri dalam seni teater. Harapan aku segalanya akan berjalan dengan baik hari ini.

Dalam hal yang lain, rasanya tak perlulah nak berdendam. Walaupun dah pernah mohon maaf, takpe la kot kalau aku perlu telanjangkan ego aku biar dipijak asal dapat keampunan dari sahabat itu. Mungkin bunyinya teruk tapi biarlah asal dia gembira. Jangan tanya kenapa.

Monday, 11 November 2013

Sedikit review citer Grave Encounters 2

Status: Mengantuk tapi celik

Lagu: Tiada lagu. Malas nak pasang mp3

Petang tadi agak free since anak jiran takde kat rumah, Ibu pun boleh rehat sebentar. Alhamdulillah... Aku pun ambil kesempatan untuk tonton sequel kepada Grave Encounters. So, here goes..

Whatever you think, keep it to yourself :p

Okay, so some teenagers been reviewing the first movie in the beginning. Stail poyo iyo2 gak la muka masing2 macam baru lepas dapat action figure power rangers padahal nak review je pun. Jadi kat satu institusi pelajaran ni ada la sorang student yang agak obses nak uncover kebenaran di sebalik footage movie tu. Lepas dapat reply dari youtube daripada satu ID bernama DeathAwaits666, Alex semakin obses dan yakin. Mati2 kawan2 dia kata jangan last2 ikut gak. Last2 sampai je lokasi, diorang kena tahan ngan polis yang ronda perkarangan hospital tu. Leceh jugak la. Akhirnya dapat gak diorang pecah masuk.

...dan dengan segala keceluparan membawa kebinasaan.

Kalo nak dibandingkan ngan yang pertama, filem kedua ni agak sedikit kureng. Gore tu banyak la tapi dari segi horror factor, tak sebaik yang sebelumnya. Ganas sikit je. Bukan nak kata kurang menjadi tapi, ada sikit elemen yang kureng kat situ. Ah! Pandai2 la korang tonton & nilai sendiri.

Thursday, 7 November 2013

Template baru & review sikit

Status: Demam, lapar & kebosanan

Lagu: Bloody Tears (Castlevania Theme) dendangan mickan44 http://www.youtube.com/watch?v=IZxeXm-3ke8

Alhamdulillah, berjaya jua aku menukar template blog. Lama aku dok korek2 blogskins.com semata2 nak dapatkan template yang best lagi berfungsi dengan baik tanpa perlu aku mengubah coding2 HTML. Serius aku dah malas nak sentuh coding2 ni. Hahahaha!

Akan tetapi ada satu benda yang aku tak puas hati kat sini. Macam mana aku buat sekalipun, aku tak dapat nak embed lagu. Bagi la SCM ke, Tumblr Music player ke, haram aku nak letak kat mana2 part kat script tu memang tak muncul, tak bersuara. Akhirnya aku mengalah, biarkan saja blog sebegitu rupa. InsyaAllah satu hari nanti boleh la tu kalau aku rajin nak godek2 coding ni.

Okay forget the senseless ranting...

Nobody was home this afternoon except for me & my younger brother so since we're bored, I went and hit the play button for a movie.

No, not you. It's the guy behind you.

So yeah, a typical footage film about a group of some Grave Encounters crews trying to secure a location of some abandoned mental institute reported to be haunted. They got in and asked the caretaker to chain the entrance & only open on 8am next day. Things started to f*cked up when after some mild encounters, somebody got emotional and forced the entrance, only to find....

...why don't you guys find out what happened yourselves? Watch the movie. No I'm not helping. All I know it's kinda creepy, slightly creepier than Highland Towers. :p

That's all folks for now!

Tuesday, 5 November 2013

Review Pendek

Status: Entah...

Lagu: 50 Ways To Say Goodbye dendangan Train

Wahai kawan... kita dah tak semesra dulu. Tiada lagi senyuman diukir. Nampak riak tension kau tatkala kita bertemu. Kalau tak, ada je senyuman itu. Ya, senyuman manis itu. Gurauan, kata2 yang baik...

Jujur aku tak tahu & agak tinggi kebarangkalian untuk aku berburuk sangka terhadap kalian. Maklumlah aku dikenakan kifarah akibat beberapa perkara silam yang aku rasa tak perlu aku ungkapkan di sini. Terpulanglah kalian. Aku mendoakan semoga kalian mendapat petunjuk & diampuni dosa semuanya.

Ok, cut the crap...

Alhamdulillah. Merasa aku tengok wayang bersama beberapa rakan baru2 ni. Kisah2 seram saja (minat kot citer seram seriau ni). So bagi la sikit review yang teramat ringkas.


Okay, jujur aku kata 1st installment memang aku tak pernah tengok. Belum sampai mood rasanya. Aku boleh je agak macam "Eleh... takde la seram mana" tapi akhirnya aku jua yang TERjerit serupa manusia golongan dua alam. Padan muka. Anyway, it's a good story. Director famous kot. Anak Sarawak yang menempa nama di Hollywood dalam pembikinan efek dalam filem bergenre seram.




Trailer dia nampak promising. Since aku minat filem tahap footage ala Cloverfield, Blair Witch Project, Paranormal Activity (ni aku belum tengok) so aku bagi peluang kat diri aku nak tonton keluaran tempatan yang satu nih. Sebelum ni aku ada pernah tonton Penunggu Istana (tak brape best), so I've put some hopes on this one. Thrill value dia boleh tahan. Still aku rasa macam ada something missing. Boleh diperbaiki rasanya. Humor part dalam kisah ni boleh la dikurangkan sikit kot, macam humor guy yang dapat spotlight lebih (ni pendapat aku la). Still, aku rasa lagi best sedikit dari Penunggu Istana.

Another thing... Prolog dah siap. Dikomen suruh perbaiki. Adui... nampak dah tahap bahasa aku camna. Sabar je la. Takpe, akan ku teruskan berkarya. InsyaAllah.