Status: Thoughtful, memikirkan sesuatu
Lagu: Dear God dendangan Avenged Sevenfold
Tekanan demi tekanan
Sang badut bermelankoli sendirian
Ditanggungnya seolah sendirian
Namun dia yakin
Allah itu Maha Melihat
Lagi Maha Mengasihani
Bukan tiada yang mahu membantu
Barangkali mereka jua punya masalah
Yang harus ditumpu
Badut pemalas
Badut kaki kencing
Badut kaki kikis
Gelak sang badut sendirian
Bila berhadapan dengan semua
Ayat2 begini
Badut hanya menahan
Airmatanya ditujukan kepada
Yang Maha Esa
Adu badut kepadaNya
Segala susah derita
Rintih sang badut
Mengadu bawah bantal
Bila waktu hujan
Bila pintu langit dibuka
Bila manusia2 lain
Nyenyak terlena...
Tak apalah
Semua mahu lihat
Badut menggembirakan
Dengan keletahnya
Mereka tak mahu melihat
Badut menangis
Kerana itu bukan kerjanya
Tak apalah
Mungkin ini kifarah sang badut
Karma bagi sesetengah orang
Doa yang dimakbulkan bagi
Sesetengah lainnya
Badut akur dan terima
Badut pun tahu dunia ini
Sementara cuma
-curahan hati dikala malam hujan...
No comments:
Post a Comment