Sunday 20 October 2013

Pasca Pasaboco

Status: Normal tapi boleh la senyum sikit

Lagu: Castlevania Medley Special covered by Yuta-Romeo (link: http://www.youtube.com/watch?v=k2lKRktcD00)


Alhamdulillah... ya aku tau yang aku dah lama gak tak update blog alah ni. Ada la beberapa pencapaian setakat ni.

1. Karya aku diterbitkan di zine SDC. Ada 2 buah. Kena bayar plak RM10. Bukan aku kemut, tapi dok tanam anggur jadi matpau so kena tunggu. Kalo rajin korang belikan la ye? Hahahaha!

2. Pertama kali mengunjungi scene underground zine ni, PasaBoco namanya di Laman Budaya 19/10/2013
Dan di sini doaku terjawab; dapat aku bersua muka dengan brader Irwan (@akuskizo) ni. Aku suka cara dia keluarkan idea & fakta. Pendek kata, idola aku kat laman kicau ni la. Siap gak bergambar ngan dia.

Macam2 kami bercerita. Dah tu jumpa kenalan2 baru dan lama (yang tak pernah bersua & yang pernah bersua) dalam arena zine ni. Best. Kena kot dengan jiwa dan brader skizo ni jadi mentor aku dalam penghasilan zine ni *bangga kejap*

Anyway, diucapkan kepada cik Hidayah (@Tsunderedaya) atas sokongan transportation untuk hari tersebut.

3. Aku dapat tawaran untuk menulis beberapa poems untuk projek Altostratus. Katanya nak 10-15 poems yang bertemakan Altostratus (gi la tanya pakcik google untuk maksud) dalam bahasa inggeris. Wow! Lama kot tak berkarya dalam bahasa penjajah.

4. Dan... insyaAllah ada projek kolaborasi novel dengan beberapa penulis lain dalam pembikinan. Nantikan saja.

.....

Baiklah, software lagu ni lama dah tak sentuh. Lagu ke-5 pun naik berkulat dah rasa.

No comments:

Post a Comment