Saturday 26 July 2014

Salam Aidilfitri 1435 Hijrah

Mood: Biasa. Sedikit suram mungkin...

Lagu: Bersabarlah Sayang dendangan Sanisah Huri


Hari ni dah masuk hari terakhir Ramadhan. Masuk maghrib esok kang takbir sahut menyahut. Seribu memori pasti mengetuk benak jiwa sesiapa sahaja. Sedih, gembira, kantoi semua ada.

Ramadhan kali ini aku agak Allah s.w.t ambil keputusan untuk reset bahagian kedua hidup aku:


Segalanya dalam ni


Segala memori, portfolio, mp3 dan segala yang dimuat-turun segala haram lagi rare ada dalam tu. Elok benarlah. Dah la tak ingat ada kewujudan Cloud technology menambahkan lagi serabut. Bagus la tu.

Despite of everything I decided to start over (again, and have to). Takde pilihan lain. Apa rancangan Dia kali ini aku pun tak tahu. Takpe la. Aku teruskan jua pencarian erti hidup & apa2 yang patut aku cari. Harus berfikir positif. Aku masih dikira bernasib baik. Ramai yang lagi teruk keadaannya di luar sana. Semoga Allah memberikan kemudahan kepada mereka.

Di sini aku ingin ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog picisan ni. Maaf kalo ada sesetengah entry dalam blog ini yang menyinggung perasaan, yang bagi reaksi "Pebende brader ni tulis doh?" dan "Banyak komplen la. Move on la lagi elok." benda2 alah macam tu, takpe. Terima kasih kerana sudi menyinggah walaupun accidental. Blog ini, sepertimana laman kicau merupakan eskapisme aku. Aku takkan marahkan engkorang kalo cakap aku takde life. Elok korang bersyukur dengan life korang. Kang life korang kena sentap dengan Allah sikit meroyan tak tentu pasal, mesti korang kena bahan ngan member2 & orang sekeliling. Kan susah...

Yang nak balik kampung tu, cek2 apa yang patut. Jangan tertinggal barang2 penting, terutamanya yang bakal beraya di Singapura. Jangan tertinggal passport. Naya je kang. Yang drive, bawak moto semua cek condition kenderaan anda. Pastikan tip-top. Semoga perjalanan korang selamat pergi & kembali. Dapatkan rehat yang cukup semasa dalam perjalanan. Berhenti, pekena kopi kasi celik sikit mata tu. Aku? Raya ke-3 baru balik. Hehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.


...dan kepada korang di sebelah sana, aku ampunkan sahaja. :')



Wednesday 23 July 2014

Fiksyen : Kembara Mimpi (Bhg 3)

Mood: Lega (baru lepas buang air besaq)

Lagu: Takde lagu


Tombol pintu itu dipulas, dan serta merta aku berada di dalam lorong seolah pagar sesat keadaannya. Di kiri & kanan hanya bata kemerahan tersusun kemas. Aku tidak menoleh ke belakang & hanya maju berjalan didalam celahan lorong yang lebarnya kira2 satu meter setengah. Jalannya sehala sahaja. Namun setelah beberapa lama aku melihat dinding mula bertukar warna lusuh selepas beberapa minit berjalan, dan keadaan menjadi semakin terang seolah berada di lorong belakang deretan bangunan.

Aku seperti di dalam kawasan ghetto. Poster, grafitti bersepah memenuhi dinding. Dalam beberapa ketika berjalan aku terserempak dengan poster lukisan komik yang dilihat masih baru. Di atas poster itu tertera lukisan ala komik Amerika wajah seorang lelaki berjambang seperti orang tua pemberi hadiah yang muncul pada hari perayaan kufur terbesar akhir tahun. Seperti silhoutte, tetapi sebelah matanya dilukis terang seolah bintang bersinar, dan malap di sebelah lainnya. Ia kelihatan garang. Aku beransur dari situ. Takut juga sebab ia kelihatan real.

Beberapa tapak selepas itu di sebelah lainnya, lukisan poster daripada pelukis yang sama (tak diketahui siapa pelukis) tetapi di dalam bingkai seperti yang ada dalam 'kamar seni' sebelum ini. Gambaran ini lebih jelas. Lelaki berjambang itu kelihatan tinggi & tegap bersedia untuk menumbuk seorang yang digenggam kolarnya yang kelihatan lebih rendah. Ada lagi 2 orang lelaki yang mengelilingi orang tua tegap itu yang tingginya lebih kurang lelaki tadi.

Jadi aku agak orang tua yang satu ni bukan calang2 orang & jauh lebih tinggi dari orang biasa.

Aku teruskan berjalan hingga bertemu satu lagi pintu (tak ingat warna). Aku buka dan serta merta aku berada dalam suatu premis kedai yang berselerak seolah telah ditinggalkan lama. Meja kerusi bersepah. Ada yang terbalik. Ada bangkai tikus, botol air... macam2 la. Tanpa mempedulikan semua tu, aku maju ke sebuah pintu yang membawa aku ke sebuah ruang gelap.

Luas bilik tu seperti bilik tidur utama rasanya. Kelihatan ada satu pintu yang kelihatan cahaya keluar dari celah2 ruang ditepinya. Aku dengar laungan kasar dari balik pintu tersebut, dan  pintu itu seolah2 dihentak namun tiada tanda ia akan tercabut.

"Keluarkan aku dari sini!" jerit suara tersebut. Parau. Fikiran aku mula memainkan imej lelaki tua sasa tadi. Jantungku berdegup kencang. Suara itu seolah menjerkah dan memaki aku yang terpaku ketakutan di sebalik pintu.

"Bodoh! Kau ingat aku tak tahu kau siapa? Tak guna! Keluarkan aku!" Suaranya bergema di segenap ruang tempat aku berdiri. Pintu itu dihentak-hentak lagi. Tombolnya bergegar seolah-olah hendak tercabut.

Entah mana datang kudrat & semangat aku terus angkat kaki langkah seribu keluar dari bilik itu.

Dan aku terbangun. Aku menggaru kepala dalam kekusutan mimpi tadi.


Tamat.





Sekali lagi aku tegaskan ini hanya mimpi. Hanya mimpi.


What's behind the door?

Saturday 19 July 2014

Palestin, MH17 & Pakar2 Laman Sosial

Mood: Biasa2

Lagu: Takde lagu

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan jatuhnya pesawat MH17. Tak sampai pun setahun kehilangan MH370, dah ada tragedi menyayat hati ni lagi. Tak cukup dengan itu, negara haram Israel melanggar saki baki tanah suci yang diduduki warga Palestin dengan serangan yang cukup dahsyat. Katakanlah konspirasi atau apa pun. Yang penting, cukuplah Allah sebagai pemberi ingatan buat kita. Sendiri tengok dan insaf akan kejadian2 ini semua.

Kita dalam zon 10 malam terakhir di mana malam Lailatul Qadr bakal muncul kepada hamba2Nya yang terpilih. Nampaknya warga Palestin serta beberapa umat Islam yang dipilih Allah di serata dunia ini bakal mendapat pakej syurgaNya secara pukal. Bertuah sungguh. Semoga Allah merahmati mereka semua hendaknya.

Bila ada berita2 menggemparkan begini kita dinasihatkan supaya tidak terus percaya bulat2. Eloklah disiasat terlebih dahulu. Hal ini diterangkan dalam Al-Quran:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (Surah Al-Hujurat, ayat 6)

Dalam media sosial kebelakangan ini banyak je matan hadis, akaun parodi, pakar penerbangan & segala jenis pakar mula mengeluarkan hujah masing2. Kekeliruan mula muncul, dan sesetengahnya mula bertelagah sebelum sampainya maklumat sebenar kepada umum.

Lucunya ada satu post di laman kicau ni menyatakan bahawa ada lubang besar muncul di Russia, tanda bakal keluarnya Yakjuj & Makjuj di situ. MasyaAllah. Aku agak dia belum pernah baca Surah Al-Kahfi lagi kot. Takpe la. Semoga satu hari nanti orang2 yang tak tahu ni start la baca Al-Quran. Sesiapa yang tahu, tolong2lah ajar. Jangan kedekut ilmu. Kesian diorang main balun je. Kita pun sama bodo main bash je. Mana la akalnya.

Bak kata member, akal tu Tuhan dah bagi. Tak payah banyak. Guna sikit je pun jadi la.

Anyway, berkenaan isu Palestin (which is aku sentuh sikit berbanding MH17 yang tak jelas beritanya) Allah s.w.t dah rekodkan dalam Al-Quran siap2 perihal sikap tak boleh blah diorang ni especially dalam isu sekarang.

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau-lampau. (Surah Al-Isra, ayat 4)

Briged Al-Qassam dah bagi surprise elok punya. Israel pun dah cuak gilababeng dengar siren je dah berterabur sana sini. Korang apa lagi? Doa banyak2. Kalo hafal qunut nazilah, baca. Jangan putus doanya buat saudara2 kita di Palestin. Mereka sudah mewakilkan kita di sana, dan giliran kita untuk berdoa supaya insyaAllah mereka akan diberikan kelebihan untuk memenangi pertempuran, insyaAllah. Jika ada yang berkemampuan, berikanlah sumbangan dalam bentuk harta & wang ringgit mahupun kelengkapan logistik. Kalo da sado sangat dalam luaq haa gi la sana sendirik per lagi ye dak?

Dan jangan la doakan yang kat Palestin je. Banyak je tempat2 lain yang orang2 Islam sedang mempertahankan diri dari diserang anasir2 kerajaan kafir & pemisah.

Tanda kiamat kecil dah lengkap. Dengan serangan ini lagi nampaknya menjadi salah satu trigger kepada hari yang semakin hampir dengan kita. Teruskan bermunajat, mohon kepada Allah supaya Dia mengampunkan dosa kita & memperkukuhkan iman serta akidah kita ditempatnya. InsyaAllah.

Selamat berpuasa & mencari malam Lailatul Qadr.


Sabarlah wahai anak Palestin, masanya akan sampai jua.

Thursday 10 July 2014

Garlic Ginger Chicken

Mood: Biasa juga

Lagu: Takde lagu

Assalamualaikum semua. Haa... Amacam korang? Ok tak bulan puasa so far? Sabar je la eh. Aku dibuang keje bulan lepas, 4-5 hari lepas hard disk aku jadi arwah, dan 3-4 malam lepas aku disamun. Menduga betul tapi aku doakan korang semua punya nasib jauh lebih baik. InsyaAllah.

Hari ini aku nak share sikit resepi main bantai je guna bahan yang agak limited (macam biasa). Asalnya sebab ibu kesayangan gi rebus ayam petang tadi. Dia macam malas nak masak so aku kena kerahkan segala tenaga dalam otak untuk concentrate apa yang perlu aku masak nanti. So last2 ni yang aku dapat..

Err... sup ayam?


Aku bagitau ibu yang aku nak guna air rebusan ayam untuk benda ni so dapat la green light. Untuk tidak membuang masa lagi, ni la bahan2nya..


Ayam (5/6 potong)

Bawang putih (3 ulas, parut)

Halia (besar ibu jari, parut)

Kucai (1 tangkai, potong2)

Stok ayam (3 senduk)

Minyak sikit untuk tumis


Cara dia..

1 - Tumis parutan bawang putih & halia sampai naik bau.

2 - Masukkan stok ayam.

3 - Masukkan ayam. Biar sampai mendidih. Gaulkan sikit2.

4 - Masukkan garam secukup rasa. Gaul.

5 - Masukkan kucai. Tutup api. Hidangkan.


Tips:

- Ayam tu kot nak tau dah masak ke tak, try cucuk2 daging tu guna spatula atau korek skit ngan garpu. Agak isi dia dah putih, boleh dah tu. Kalo merah lagi, belum la tu. Alaa... korang boleh faham sendiri, atau tanya mak korang.

- Kalo kosong sangat, korang boleh je gantikan kucai dengan sayuran lain seperti kobis cina (hijau, bulat bukan kobis biasa yg putih tu), lobak, saderi.

- Halia kalo nak letak lebih pun boleh, nak pulak kalo malas parut, potong panjang (guna halia sebijik), pastu tumis sekali dengan bawang putih parut tu.


Dah la tu. Sempoi je kan? Aku agak bujang2 pun boleh buat (kalo rajin la kan). Hahahaha! Okay selamat berpuasa korang!

Wednesday 9 July 2014

Fiksyen : Kembara Mimpi (Bhg 2)

Mood: Biasa2

Lagu: Takde lagu


Beberapa penerangan imej dalam bahagian ini adalah tidak lengkap, dan aku hanya mampu mengingati beberapa perkataan sahaja.



Kami sampai di penghujung terowong. Kelihatan cahaya masuk dari atas. Pemuda itu menunjukkan ke arah atas dan kami berenang menuju permukaan. Aneh. Kami seperti berada di dalam satu ruang seperti galeri seni, dan ada kolam berbentuk segiempat tempat bertangga 3-4 platform (di mana kami muncul di tengah2 "kolam" tersebut). Berdinding kelabu separa gelap dan terdapat beberapa tingkap mozek bercorak seperti yang terdapat pada tingkap gereja. Tingkap2 tersebut menggambarkan seorang lelaki di tempat2 yang dikunjungi. Aku tak ingat berapa jumlah tingkap tersebut. Sumber cahaya dari luar seolah daripada sinaran matahari namun aku sangsi kerana aku fikir kami berada di gua bawah laut.

Pada dinding tersebut ada lukisan & foto berbingkai di setiap antara 2 tetingkap. Aku amati salah satu lukisan tersebut. Satu lukisan kawasan tebing laut yang berwarna kelabu samar namun di tengahnya punya satu garisan melintang putus2, dan ada anak panah di sebelahnya kemudian satu garisan melintang panjang seolah-olah hasil sambungan garisan putus2 tadi. Garisan & anak panah tadi dilukis berwarna hitam. Aku agak itu huruf alif dalam tulisan jawi.

Aku perasan ada penerangan dalam bahasa melayu/indonesia bertulisan rumi. Anehnya beberapa huruf mempunyai tanda dan titik2 seperti tulisan rumi dari negara lain. Aku tidak ingat semua penerangan tersebut, hanya beberapa perkataan..

"Dengan nama Allah.... setiap sesuatu punya nama... cari nama..."

Aku terfikir sejenak. Fikiran aku dah mula bermain imej yang bukan2. Aku menoleh untuk melihat pemuda tersebut. Dia berdiri dengan lengannya bersilang sambil melihat-lihat sekeliling. Aku biarkan saja. Aku meneruskan menuju lukisan kedua. Tingkap2 mozek aku abaikan pada waktu itu. Entah kenapa. Nak kata kurang menarik, tak juga. Aku tak ingat, barangkali.

Lukisan di bingkai kedua berwarna menggunakan cat minyak (rasanya!). Ia menunjukkan 3 orang lelaki yang terkapai-kapai hanyut di lautan bergelora. Ada satu bahtera yang seolah menjauh di belakang mereka. Penerangan lukisan tersebut berbunyi begini...

"Celaka.. Muhammad dah muncul... rosak rancangan..."

Dahi aku berkerut. Aku mula melihat sekeliling ruang seni tersebut. Ada beberapa arca yang dipamerkan yang agaknya didapati dari beberapa tempat di dunia seperti pasu, patung serta beberapa barangan lain. Aku menggelengkan kepala. Aku seolah tidak percaya akan tempat yang aku berada sekarang ini. 

Aku terus melayan rasa ingin tahu aku & maju ke bingkai ketiga.

Lukisan ini pula menunjukkan gambar seorang badwi berjubah hijau membelakangi pelukis. Tangannya menadah berdoa. Langit biru cerah. Tak jauh dari kedudukannya merupakan sepohon kurma terletak di tengah kanan gambar. Penerangan di situ bermula dengan selawat ke atas Rasulullah s.a.w dalam tulisan jawi, dan di bawahnya sebutan dalam tulisan rumi seterusnya maksud selawat tadi.

Di bawahnya.. "Syafaat... Cerah peluang aku... Inilah masanya..."

Sekali lagi aku tersentak. Aku kembali melihat sekeliling sekali lagi dalam keadaan tidak percaya. Dah la tu aku baru nak mempersoalkan siapakah pemuda yang membawa aku ke sini. Siap tak jawab soalan aku pulak tu. Tension pulak. 

Nak kata tempat Dajjal dikurung, tiada pula rantai & tempat pasungan, tilik aku sendiri. Entah macam mana aku tertoleh ke suatu sisi ruang seni tersebut. Pintu berwarna merah. "Masuklah melalui pintu tu. Kau akan tahu nanti.", sampuk pemuda itu sebaik sahaja aku memandang pintu tersebut pada saat pertama. Aku memandang pemuda itu dan bertanya sama ada dia akan ikut sekali. "Pergi sajalah." Nadanya lebih tegas daripada tadi.

Aku menanggalkan sut & peralatan menyelam tadi dan menuju ke pintu tersebut.


Bersambung...

Saturday 5 July 2014

Fiksyen : Kembara Mimpi (Bhg 1)

Mood: Biasa2 je

Lagu: Hujung Dunia dendangan Hanie Soraya


Kisah ini diilhamkan dari mimpi yang aku alami semalam. Mungkin ada sedikit tokok tambah since bukan semua details dalam mimpi itu yang aku ingat. Dan usah percaya. Ia hanya mimpi. Fiksyen. Maaf jika gaya penulisan aku hambar. Tak nak baca, takpe lah. Hihihihi...



Peta ditandakan. Lokasi di Laut Mediterranean antara Perancis & Itali. "Ke mana kita?", soal aku. Katanya ke lokasi pulau lama yang sudah tenggelam. Aku hanya menuruti.

Kami kemudiannya menyelam ke dasar lautan. Aku hanya membuntuti dari belakang sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan aku mendengar suara seakan suara pemuda tadi. "Kawasan 5 akar... akar di sini merujuk kepada terumbu karang." Mungkin telepati, sebab aku tak rasa ada interkom pada suit menyelam konvensional. Tak apa lah. Aku terus menuruti sambil melihat keindahan bawah laut. Pelbagai jenis ikan dan kelihatan beberapa terumbu karang yang tumbuh di bangkai2 kapal yang kadang2 dapat dilihat.

Kami akhirnya sampai di sebuah bukaan seperti terowong. Di mulut terowong itu terdapat beberapa terumbu yang menjadi tanda lokasi. Ada 5 jenis warna & bentuk berlainan. Kami teruskan masuk ke dalam.

Ia merupakan terowong yang punya khazanah kehidupan. Terumbu pelbagai warna atas batu batan dan makhluk2 laut yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Kebanyakkan mereka seperti ular. Dari saiz belut & ular laut biasa hingga ke sebesar pemeluk yang melintasi kami. Terkejut juga. Bersisik hitam, panjang. Kami biarkan hingga dia habis melintas. Pemuda itu menangkap seekor yang bersaiz belut yang berenang berdekatan dan menunjukkan kepadaku. "Ini kalau gigit sakit, tapi tak berbisa. Ada jenis yang sekali gigit boleh bawa maut. Terus mati." kata pemuda itu. Aku mengamati rupa bentuk makhluk yang dipegang pemuda itu. Badannya seolah bulatan2 yang bersambung. Kepalanya bulat besar sedikit dari diameter badan. Punya sirip di kiri dan kanan kepala seperti naga. Bermulut bulat seperti penyedut & punya barisan gigi tajam halus di sekeliling mulut. Bermata bulat hitam kecil sepasang. Makhluk berwarna perang pucat itu dilepaskan pemuda tadi. Ia berenang pergi entah ke mana.

Kami teruskan berenang hingga ke bertemu siling gua. Udara. Kami mengapungkan diri dan menanggalkan topeng oksigen. Puas. Rimas juga tadi. "Kita nak buat dokumentari Islam kan, kenapa ke sini?" Entah kenapa soalan tu terpacul keluar dari mulutku. Merepek. "Tak. Ikut je, jangan banyak soal" Kata pemuda itu lagi. Kami menyarungkan kembali topeng oksigen dan kembali menyelam mencari hujung jalan yang bakal membawa ke suatu kawasan.

Bersambung...