Saturday 19 July 2014

Palestin, MH17 & Pakar2 Laman Sosial

Mood: Biasa2

Lagu: Takde lagu

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan jatuhnya pesawat MH17. Tak sampai pun setahun kehilangan MH370, dah ada tragedi menyayat hati ni lagi. Tak cukup dengan itu, negara haram Israel melanggar saki baki tanah suci yang diduduki warga Palestin dengan serangan yang cukup dahsyat. Katakanlah konspirasi atau apa pun. Yang penting, cukuplah Allah sebagai pemberi ingatan buat kita. Sendiri tengok dan insaf akan kejadian2 ini semua.

Kita dalam zon 10 malam terakhir di mana malam Lailatul Qadr bakal muncul kepada hamba2Nya yang terpilih. Nampaknya warga Palestin serta beberapa umat Islam yang dipilih Allah di serata dunia ini bakal mendapat pakej syurgaNya secara pukal. Bertuah sungguh. Semoga Allah merahmati mereka semua hendaknya.

Bila ada berita2 menggemparkan begini kita dinasihatkan supaya tidak terus percaya bulat2. Eloklah disiasat terlebih dahulu. Hal ini diterangkan dalam Al-Quran:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (Surah Al-Hujurat, ayat 6)

Dalam media sosial kebelakangan ini banyak je matan hadis, akaun parodi, pakar penerbangan & segala jenis pakar mula mengeluarkan hujah masing2. Kekeliruan mula muncul, dan sesetengahnya mula bertelagah sebelum sampainya maklumat sebenar kepada umum.

Lucunya ada satu post di laman kicau ni menyatakan bahawa ada lubang besar muncul di Russia, tanda bakal keluarnya Yakjuj & Makjuj di situ. MasyaAllah. Aku agak dia belum pernah baca Surah Al-Kahfi lagi kot. Takpe la. Semoga satu hari nanti orang2 yang tak tahu ni start la baca Al-Quran. Sesiapa yang tahu, tolong2lah ajar. Jangan kedekut ilmu. Kesian diorang main balun je. Kita pun sama bodo main bash je. Mana la akalnya.

Bak kata member, akal tu Tuhan dah bagi. Tak payah banyak. Guna sikit je pun jadi la.

Anyway, berkenaan isu Palestin (which is aku sentuh sikit berbanding MH17 yang tak jelas beritanya) Allah s.w.t dah rekodkan dalam Al-Quran siap2 perihal sikap tak boleh blah diorang ni especially dalam isu sekarang.

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau-lampau. (Surah Al-Isra, ayat 4)

Briged Al-Qassam dah bagi surprise elok punya. Israel pun dah cuak gilababeng dengar siren je dah berterabur sana sini. Korang apa lagi? Doa banyak2. Kalo hafal qunut nazilah, baca. Jangan putus doanya buat saudara2 kita di Palestin. Mereka sudah mewakilkan kita di sana, dan giliran kita untuk berdoa supaya insyaAllah mereka akan diberikan kelebihan untuk memenangi pertempuran, insyaAllah. Jika ada yang berkemampuan, berikanlah sumbangan dalam bentuk harta & wang ringgit mahupun kelengkapan logistik. Kalo da sado sangat dalam luaq haa gi la sana sendirik per lagi ye dak?

Dan jangan la doakan yang kat Palestin je. Banyak je tempat2 lain yang orang2 Islam sedang mempertahankan diri dari diserang anasir2 kerajaan kafir & pemisah.

Tanda kiamat kecil dah lengkap. Dengan serangan ini lagi nampaknya menjadi salah satu trigger kepada hari yang semakin hampir dengan kita. Teruskan bermunajat, mohon kepada Allah supaya Dia mengampunkan dosa kita & memperkukuhkan iman serta akidah kita ditempatnya. InsyaAllah.

Selamat berpuasa & mencari malam Lailatul Qadr.


Sabarlah wahai anak Palestin, masanya akan sampai jua.

No comments:

Post a Comment