Saturday 21 June 2014

Memori Pra-Ramadhan & Persahabatan

Mood: Sedikit down

Lagu: Tiada lagu

Assalamualaikum korang semua. Harap semuanya baik2 saja. Pejam celik pejam celik kita dah nak nak masuk bulan Ramadhan. Kurang 2 minggu je lagi. So macam mana keadaannya? Ada yang dah ganti puasa belum?

Ok, aku takkan berceloteh panjang, sekadar post hambar je. Aku masih takleh nak move on dari memori tahun lepas :(

Setahun dah aku pergi meninggalkan kenangan lepas. Dan sebulan sebelum Ramadhan tahun lepas, dalam fitnah yang aku lalu datanglah hidayah dari Allah. Dan dalam kekesalan aku mencontohi kisah Nabi Musa a.s seperti dalam Surah Al -Qasas ayat 14-28 di mana situasi aku lebih kurang begitu (tapi berlainan kes). Dalam waktu itu aku berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali. Rasa dia sungguh best. Terdetik di hati aku apa yang mantan rakan2 aku sedang lakukan di sana. Masih bersosial? Masih dibuai perkara lagha dunia?

Hai teman2 di sana, aku di sini mendoakan kalian semoga kalian dapat merasakan manisnya hidayah & taubat. Aku tak mahu fikir tentang pandangan serong kalian terhadapku yang mungkin terbawa hingga sekarang, tapi cukuplah aku memaafkan apa saja dosa kalian terhadapku. Lain semua aku serahkan kepada Allah, Sang Pencipta setiap dari kita.

Maafkan aku jika tidak lagi bertegur sapa & tutup akaun media sosial yang pernah aku gunakan sehari-hari dulu. Aku pasti sebahagian kalian merindui aku. InsyaAllah, semoga Allah memakbulkan doa kalian yang baik2 serta disampaikan salam rindu antara kita melalui doa.

Sebagai manusia aku juga kadang2 susah nak move on dari beberapa perkara berkenaan kita2 terutamanya dalam kes aku. Entahlah, malas aku nak fikir. Aku ada terdengar beberapa berita duka dari pihak kalian. Semoga Allah mengampunkan dosa kalian yang terlibat & semoga Dia menunjukkan jalan yang lebih baik. Ada di antara kalian yang selamat berkahwin, moga2 yang berkahwin itu dirahmati Allah & diberikan rezeki yang baik2.

Hai teman2 di sana, hatiku sebak sewaktu aku menaip post ini. Sisa2 kekesalan masih ada di hati. Benar aku memaafkan fitnah kerana ada di antara kalian yang salah dengar atau salah faham akan keterangan namun aku masih terkesan.

Barangkali inilah apa yang Rasulullah s.a.w rasakan apabila pembunuh bapa saudara beliau datang memohon maaf kepadanya & masuk Islam. Ketika itu Rasulullah memaafkan si pembunuh namun dia tidak lagi mahu lihat pembunuh itu lagi di hadapan matanya. Lalu si pembunuh itu pergi & tidak muncul lagi. Dalam kes aku ni, aku pergi & tidak mahu melihat mereka lagi seboleh-bolehnya.

Ya Rasul Allah, dalam hal ini aku bertindak mencontohimu. Barangkali ini lebih baik dari menyimpan dendam.

Alhamdulillah, sejak aku keluar & menjalani hidup baru, aku mula dapat kenalan2 baru. Ada yang membantu menunjukkan aku dengan cara berpesan ke arah kebenaran. Semoga Allah merahmati kalian :) Dan terima kasih lagi kepada Allah Yang Maha Penyabar kerana mempertemukan aku dengan orang2 yang senasib jua kumpulan2 pemuisi yang sekian lama aku cuba cari. Betullah, Allah plan siap2 untuk kita. Kita je yang kena bersabar & sentiasa berkomunikasi denganNya.

Indah & lazatnya solat malam, berkhalwat sendirian menghadap yang Maha Esa. Ya, aku rindu itu. Aku bertambah redha kepadaNya. Aku berharap Dia takkan tarik kembali nikmat yang satu ini. Tak sanggup lagi aku bergelumang dengan hidup yang lagha penuh dosa seperti yang lepas. Hai teman2, alangkah baiknya jika kalian dapat rasa apa yang aku rasa. :')

Sudahlah sampai di sini saja. Aku berdoa semoga Allah melindungi & memimpin kalian ke jalan yang lurus. Selamat berpuasa nanti kalian di sana. Biar aku merindui kalian di sini & mendoakan kalian. InsyaAllah..



No comments:

Post a Comment