Monday, 30 June 2014

Tips Khatam Al-Quran

Mood: Biasa2 je

Lagu: Takde lagu. Surah Al-Baqarah mp3

Assalamualaikum pembaca sekalian. Sempena bulan Ramadhan ini aku ingat nak kongsi sikit tips berkenaan cara khatam Al-Quran untuk sebulan Ramadhan. Terima kasih kpd rakan yang disayangi, Anem (arnamee.blogspot.com) atas perkongsian. Sekadar ambil mana yang patut, aku cuba jadikan pos ini ringkas & padat cukup untuk korang memahami & amalkan terus, insyaAllah.


Antara tips untuk khatam Al-Quran :
  • Tentukan target untuk berapa kali khatam Al-Quran ( sesuaikan dengan kemampuan kita )
  • Seeloknya mula membaca dari juzuk 1 pada hari pertama ramadhan (mudah nanti nak kira )
  • Tentukan target membaca berapa juz dalam sehari ( target mesti ditepati )
  • Bahagikan target harian kepada beberapa waktu yang kita mampu ( berapa kali lepas solat fardu atau lepas terawih ; ikut mampu )
  • Manfaatkan setiap waktu dengan efisien ( kurangkan bersembang, online,  fokus untuk beberapa minit sahaja )
  • Bawalah Al-Quran selalu ( supaya mudah bertilawah )
  • Tidak perlu bersuara kuat atau tinggi ( yang penting bukan kekuatan suara , tapi mata. Jika mengalami suara serak, perlahan-lahan Allah akan pulihkan - tetap terus )
  • Mendengar sambil menyemak Al-Quran ( jika mata penat , boleh semak dengan menggunakan teknologi seperti mp3 player . Gunakan ia untuk mentaddabur bukan untuk tidur )
  • Manfaatkan teknologi dengan bijak . (Lengkapkan smartphone dengan aplikasi Al-Quran yang lengkap, supaya ia berguna jika terlupa bawa Al-Quran )
  • Kita perlu menabung banyak tilawah di awal ramadhan. ( Jika target 1 juz, sesekali lebihkan, sebab ditakuti ada perkara tidak diingin nanti dan tak sempat baca nanti untuk capai target - wanita terutamanya )
  • Menghukum diri jika target tilawah tidak sampai . ( Baki target yang tidak sampai harus dipenuhi , jangan bertangguh atau terkumpul )
  • Boleh juga tilawah secara bergilir dengan kawan-kawan atau ahli keluarga ( Seronok dalam suasana yang indah itu selain dapat mengingatkan dan mengelak mengantuk )
  • Lawan rasa mengantuk seboleh mungkin ( ganti posisi dan tempat tilawah . Regangkan otot. Atau boleh ambil wuduk dan mandi , sambung semula  )
  • Cari tempat tilawah yang buat kita tenang . ( Yang mampu buat kita fokus tapi jangan terlalu selesa sampai buat mengantuk )
  • Manfaatkan waktu 10 hari terakhir ramadhan dengan baik . ( Iktikaf atau buat di masjid, kerana suasana masjid , surau dan 10 terakhir ramadhan selalunya mampu mempengaruhi semangat kita )
  • Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T ( Agar sentiasa dikuatkan azam untuk capai target )


Sumber asal: majalah jom



Kalo korang rasa jadual korang packed, takde masa bagai, boleh je cari masa. Kalo plan untuk khatam dalam bulan Ramadhan, korang boleh try settlekan suku daripada naskah Al-Quran sebelum masuk bulan Ramadhan. Kira dalam bulan Sya'aban, sehari 2-4 mukasurat. Itu kira paling malas atau takde masa la orang kata. Yang penting istiqamah. Slow2. Aku malas skit nak sifirkan tapi korang boleh agak2 sendiri la. Rasanya 2-4 mukasurat sehari tu boleh sampai suku tu. Mungkin kurang, mungkin lebih.

Bagi yang rasa boleh up tier lagi, try yang ni.


Boleh kan?

Sumber asal: muzir

Semoga pos ini bermanfaat kepada korang, insyaAllah. Selamat menjalani tarbiyyah Ramadhan. :)



No comments:

Post a Comment