Saturday, 30 November 2013

Tentang Doa

Status: Blur: bosan (macam biasa)

Current Song: 50 Ways To Say Goodbye dendangan Train (lagi! Sebab tune dia catchy sangat)

Doa. Ia merupakan satu cabang ibadah. Ia merupakan rayuan kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Cara yang standard dilakukan adalah dengan menadah tangan, memulakan dengan Basmalah, kemudian memohon apa yang dihajati. Bukan itu saja; Jika kita berniat di dalam hati, atau sebut sesuatu perkara daripada apa yang sering diniatkan, itu juga bermaksud berdoa.

Doa merupakan kewajipan bagi setiap individu mukmin. Doa memperlihatkan rasa kehambaan kita terhadap Sang Khaliq. Hanya dengan doalah Qada Muallaq dapat di"adjust"kan sesuatu result yang bakal berlaku keatas individu.

Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
So kalau diikutkan, be careful what you're wishing for. Ucapkanlah yang baik2, niatkanlah apa2 yang baik. Jangan yang buruk. Seorang teman pernah berpesan dulu apa saja yang sering diungkapkan akan jadi doa, dan apa yang diungkapkan akan kena dekat kita balik. Ambillah pengajaran dari sini.


Sunday, 24 November 2013

Curahan Hati Sang Penganggur

Status: Bengang sedikit

Lagu: What's Up dendangan 4 Non Blondes

Berhari jugak tak update. Ada la certain tekanan yang aku dapat rasakan. Banyak dah benda aku retreat semata-mata nak establish something for myself & mengurangkan pergantungan kepada orang lain. InsyaAllah jika tiada halangan, ada la nanti beberapa material yang aku akan kongsikan. Ye la, sampai bila aku nak menganggur. Fikir orang punya bising, tapi aku punya keluhan seekor pun tak nak dengar. Trigger skizo aku gini. Tak pasal kang benda luar jangkaan yang lagi tak best berlaku susah pulak.

Anyway harus bersedia menghadapai sebarang kemungkinan.

Nak komplen banyak pun tak guna. Dah serupa melukut di tepi gantang. Diri hampir nak give up dengan segalanya. Namun hati seolah berbisik menyuruh aku terus bertahan & sandarkan harapan kepada Allah yang Maha Menentukan. Jangan putus asa. Dah tak lama, bisik hati lagi.

Aku sedar Sang Pengganggu tahu niatku. Nampak juga dia dok buat kerja overtime menahan itu ini, boleh la berhasil dengan izin Allah. Tak apa. Buat je kerja ko sekarang. Sebab kat akhirat kau dah takde peluang. Masa depan kau kat sana, tak elok la nak kata apa. Wallahua'lam.

Cumanya sekarang, aku sangat berharap segalanya dipermudahkan & diberikan barang sekelumit lagi kekuatan untuk aku menghadapi rintangan hidup.

Harap korang semua sejahtera always. Semoga murah rezeki & dosa korang diampunkan Allah.

Monday, 18 November 2013

Simple Mushroom Stir-Fry

Status: Thoughtful, bosan skit2

Lagu: Heart of Fire gubahan Konami Kukeiha Club, diolah semula oleh Michiru Yamane (berkumandang dalam kepala)


Dinner tadi nasi lemak beli kat pasar malam je ngan kuah rendang ayam skit. Telur goreng sendiri kat rumah. Buat apa beli kat luar kan? Kahkahkah!

Jadi bila tengok2 balik, macam kosong, banyak je ruang kat pinggan tu. So fikir punya fikir, aku masak la something yang jadi resepi favorite these days, yang bikin aku rajin skit masuk dapur.

Aku nak kongsi resipi sendiri, ilham tak lain datang dari Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Agung.
It's a simple mushroom stir-fry!

Simple. No big deal.

Ok, here goes!

Bahan2: 1 ulas bawang putih (garlic)
             1 labu bawang kecik (shallot)
             2 biji cendawan shiitake (shiitake mushrooms)
             Garam secukup rasa (salt)

Cara: 1) Potong mayang bawang putih, potong bulat bawang kecik & tumiskan semua atas kuali hingga naik bau.

         2) Cendawan kasi potong sisi (refer gambar) & masukkan ke dalam kuali.

         3) Tabur garam secukup rasa. Gaul hingga cendawan kecut sedikit. Tutup api & hidangkan.


Extra! (Takde dalam gambar)

- If you like it a bit spicy, add some red or green chillis. If you want it blazing, crush a couple of bird peppers and tumis!

- If you prefer other mushrooms, go ahead and change. If you have more varieties of mushrooms, blend 'em.
  Your choice!

- Kalo ada sayur kailan, pastikan cendawan itu dimasak secukupnya terlebih dahulu baru masukkan kailan. Gaul dalam 5 saat lepas tu tutup api. Sayur hijau jangan dimasak terlalu lama, nanti lunyai.

- Kalo suka, boleh goreng fishcake atau chicken pieces terlebih dahulu sebelum cendawan.

- Masa tengah gaulkan semua bahan2 tadi, boleh masukkan sedikit sos tiram untuk rasa yang oomph! Boleh ganti juga dengan kicap cair, minyak bijan atau sos lea & perrins.

Selamat mencuba!

Friday, 15 November 2013

Random Meetup

Status: Happy sikit

Lagu: Tiada lagu

Sebelum maghrib tadi si Lia dok roger aku nak lepak. Dia ngan pakwe dia si Ped sekali. Excited gak la since kami memang terfikir nak meetup dari dulu. So Alhamdulillah, we all met up kat my usual place. Jauh korang drive...

Topik yang dibualkan macam dah takde topik lain yakni, pengalaman seram. Kesian si Lia dok macam ketakutan dengar pengalaman kami yang laki ni bercerita. Gempak juga kisah dia. Ada sorang lagi yang pernah nampak kelibat. Sedikit teruja nak tau kisah2 dia. Rupanya si Ped ni lebih kurang sama kes ngan aku. Hmm... anyway hopefully korang stay sampai akhir hayat. Bawak2 la nikah oi.. Hahahaha!


Thursday, 14 November 2013

Puisi: Hujan

Status: Melayan perasaan...

Lagu: Lost Painting gubahan Michiru Yamane

Lagu di atas banyak je kat youtube. Cari je saper2 cover yang best. Ehehe...

Nak post puisi yang pendek ni je. Baru buat tadi kat tuiter.

Hujan
Bila jiwa bertanya
Akal mula menjana
Mencari jawapan
Bila memori
Dan sebahagian anganku
Kembali
Menjengah hati..

-sekali lagi hujan membasahi bumi gombak..


Wednesday, 13 November 2013

Suara Hati Sang Badut

Status: Thoughtful, memikirkan sesuatu

Lagu: Dear God dendangan Avenged Sevenfold

Tekanan demi tekanan
Sang badut bermelankoli sendirian
Ditanggungnya seolah sendirian
Namun dia yakin
Allah itu Maha Melihat
Lagi Maha Mengasihani

Bukan tiada yang mahu membantu
Barangkali mereka jua punya masalah
Yang harus ditumpu

Badut pemalas
Badut kaki kencing
Badut kaki kikis
Gelak sang badut sendirian
Bila berhadapan dengan semua
Ayat2 begini

Badut hanya menahan
Airmatanya ditujukan kepada
Yang Maha Esa
Adu badut kepadaNya
Segala susah derita

Rintih sang badut
Mengadu bawah bantal
Bila waktu hujan
Bila pintu langit dibuka
Bila manusia2 lain
Nyenyak terlena...

Tak apalah
Semua mahu lihat
Badut menggembirakan
Dengan keletahnya
Mereka tak mahu melihat
Badut menangis
Kerana itu bukan kerjanya

Tak apalah
Mungkin ini kifarah sang badut
Karma bagi sesetengah orang
Doa yang dimakbulkan bagi
Sesetengah lainnya

Badut akur dan terima
Badut pun tahu dunia ini
Sementara cuma

-curahan hati dikala malam hujan...

Monday, 11 November 2013

Sedikit review citer Grave Encounters 2

Status: Mengantuk tapi celik

Lagu: Tiada lagu. Malas nak pasang mp3

Petang tadi agak free since anak jiran takde kat rumah, Ibu pun boleh rehat sebentar. Alhamdulillah... Aku pun ambil kesempatan untuk tonton sequel kepada Grave Encounters. So, here goes..

Whatever you think, keep it to yourself :p

Okay, so some teenagers been reviewing the first movie in the beginning. Stail poyo iyo2 gak la muka masing2 macam baru lepas dapat action figure power rangers padahal nak review je pun. Jadi kat satu institusi pelajaran ni ada la sorang student yang agak obses nak uncover kebenaran di sebalik footage movie tu. Lepas dapat reply dari youtube daripada satu ID bernama DeathAwaits666, Alex semakin obses dan yakin. Mati2 kawan2 dia kata jangan last2 ikut gak. Last2 sampai je lokasi, diorang kena tahan ngan polis yang ronda perkarangan hospital tu. Leceh jugak la. Akhirnya dapat gak diorang pecah masuk.

...dan dengan segala keceluparan membawa kebinasaan.

Kalo nak dibandingkan ngan yang pertama, filem kedua ni agak sedikit kureng. Gore tu banyak la tapi dari segi horror factor, tak sebaik yang sebelumnya. Ganas sikit je. Bukan nak kata kurang menjadi tapi, ada sikit elemen yang kureng kat situ. Ah! Pandai2 la korang tonton & nilai sendiri.