Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Sunday, 26 July 2015

Review: The Gallows (2015) & Lepak Bersama

Mood: Blur biasa2

Lagu: Hanya Kau Yang Mampu dendangan Aizat


Assalamualaikum wbt. Semalam aku & melepak dengan Kidd dekat Midvalley setelah setahun tak bersua muka. Malang sekali tak dapat nak overnight sebab hari ni kerja (walaupun petang baru gerak pergi kerja, aku kalo dah tumbang sekali settle la).

So dengan eksiden jugak la semalam tak plan pun maka jumpalah Dayah & besfren dia juga Sophia & family. Malangnya Sophia tak dapat join sebab makan dengan family. Tinggallah kami berempat. Sebelum aku & Kidd jumpa Dayah & member dia, kami pun gi tengok wayang.

Citer ni...


Tangga bawah tuuu



The Gallows merupakan kisah seram bertemakan found footage yang ditulis serta diarahkan oleh Travis Cluff & Chris Lofing. Dibintangi Reese Mishler, Pfeifer Brown, Ryan Shoos & Cassidy Gifford, filem ini dikeluarkan oleh Warner Bros. pada 10 Julai & menerima kritikan yang kurang memberangsangkan. Menariknya filem ini cuma menelan budget sebanyak USD100,000 namun membawa pulangan box office sebanyak USD30.8 juta pada 26 Julai untuk tayangan seluruh dunia.

Kisah ini bermula di sebuah sekolah menengah di Neberaska, Amerika Syarikat  pada tahun 1993. Waktu itu pihak sekolah menganjurkan sebuah pementasan tater bertajuk "The Gallows". Keluarga Charlie Grimille merekodkan pementasan yang dibintanginya menggunakan pita rakaman. Tragedi menimpa apabila anak mereka mati terjerut di set tali gantung sewaktu babak terakhir. Ia berlaku secara tiba-tiba & semua yang hadir termasuk pelakon dilanda panik.

20 tahun selepas itu, pihak sekolah ingin membawa semula pertunjukan teater itu. Budak nakal, Ryan Shoos merakamkan kawan baik dia, Reese yang berlakon dalam teater tersebut. Perangai Ryan yang tak boleh blah tu cukup merimaskan Reese. Reese ni pulak takut-takut nak cium crush beliau, Pfeifer untuk babak akhir. Mana la tak kena bahan.

Malam tersebut Ryan & awek beliau. Cassidy pujuk si Reese supaya melupakan teater tersebut & kembali ke pasukan ragbi sekolah. Member jahanam tu mencadangkan supaya dirosakkan prop atas pentas supaya persembahan tu tak jadi untuk keesokan harinya. Mula-mula Reese macam malas, takut-takut tapi last2 setuju juga. Jadinya malam tu diorang pergi ke sekolah & masuk ikut pintu belakang menuju belakang pentas yang memang rosak & tak berkunci.

Tengah seronok menjahanamkan props tu entah macam mana Pfeifer ada kat situ. Kantoi besar tak dapat nak ditutup lagi. Namun segalanya bermula apabila pintu belakang yang tak pernah berkunci tiba-tiba tak boleh bukak.

Apa yang terjadi sesudah tu? Aku cadangkan korang tonton citer ni. Kecut perut punya la!

Rating aku bagi 3/5. Kenapa?


Shock value: Terkejut betul. Tapi alaa... ada scene yang tak perlu terkejut konon nak amik mood tu aku rasa macam tak perlu kot. Buang masa & stereotaip (Tau la takleh nak elak, tapi...)

Horror factor: Ketakutan tu boleh dirasakan. Not bad tapi somehow macam tak sampai dekat bar yang sepatutnya. Dengan kata lain, kureng la at some point. Ni korang kena tengok sendiri baru faham.

Set & lokasi: Aku suka kisah seram berlokasikan sekolah. Horror dia memang lain macam pergi dia. Nak pulak bila ada urban legend atau penunggu yang jadi maskot tak diundang di premis.

Rumusan di sini ialah citer ni not bad. Boleh diimprove lagi. Untuk genre found footage horror, kena tahan sikit la bab kamera bersepah tu. Aku suka lagi Cloverfield, Grave Encounters & mungkin Blair Witch Project untuk genre ni.

Untuk peminat genre seram & ketakutan, boleh la aku recommend citer ni. Pesan aku, jangan peluk yang bukan mahram. Haram. Hehehehe...

Adios!

Thursday, 23 July 2015

Review: The Vatican Tapes & Ayam Kurang Pedas

Mood: Biasa

Lagu: Tiada lagu


Assalamualaikum. Petang tadi akibat bosan, aku & rakan seorang ni bercadang untuk berjumpa di Nando's Pavilion Bukit Bintang. Aku order la ayam suku ekstra pedas & malangnya ekspetasi aku menjunam bagai orang terjun bangunan. Tak sepedas dulu! Dulu aku makan 'Hot' saja dah termengah-mengah, perut kembung masuk angin bagai. Ini 'Extra Hot' yang patut ekstra aku rasa tewas dengan ayam masak sambal kepunyaan warung makan tengahari.

Alahai Nando's. Ini Peri-peri ke cili biasa? Sorry eh, I still love Nando's, only that the spiciness has been rather... less. :p


Lepas je makan, kami bercadang nak tonton some random movie. Ini menjadi pilihan kami.


Gantung diri kettew?



The Vatican Tapes merupakan kisah seram daripada pengarah Mark Neveldine dan tayangan sulungnya bermula pada 24 Julai. Aku tak tau la untuk pasaran Asia punya macam mana. Filem ini dibawah 3 syarikat penerbitan; H2F, Lakeshore & Lionsgate. Lakon layar & skrip dihasilkan oleh Christopher Borelli & Chris Morgan. Filem ini menelan budget USD 13 juta. Antara pelakon cerita ini ialah Kathleen Robertson, Djimon Hounsou, Michael Pena & Dougray Scott. Runut bunyi dihasilkan oleh Joseph Bishara.

Memandangkan tiada sinopsis rasmi sejak ia baru saja ditayangkan, aku citer la sikit.

Ia berkisarkan tentang kedatangan AntiChrist (Al-Masih Dajjal) & usaha pihak Vatican untuk merawat seorang wanita yang dikatakan dirasuk semangat AntiChrist ni.

Dah tu je aku boleh bagi. Kepala pun dah mamai. Aku cadangkan para peminat konspirasi kedatangan sang penyelamat palsu ni untuk tonton sebab mungkin ada sumber berguna dalam movie ni. Tapi jangan expect apa sangat la. Kadang tu ada scene hambar juga. Movie ni mungkin berguna untuk sekadar info & beberapa shock factor je. Untuk scene disturbing boleh la aku nak puji usaha diorang. Power juga.

Macam mana pun jangan letak harapan tinggi pada movie ni.

Ingat nak review panjang tapi macam malas. Kalo diizinkan aku akan ulas sedikit tentang subjek citer ni, insyaAllah.

Rating: 2.5/5

Thursday, 16 July 2015

Welcome to Jurassic World & Salam Aidilfitri 1436 Hijrah

Mood: Biasa

Lagu: Selamat Berhari Raya dendangan Rahimah Rahim


Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak post apa2 di sini. Sebulan sudah kita menjalani madrasah Ramadhan, tiba masa kita bergembira menyambut 1 Syawal tanda kemenangan mengatasi nafsu selama sebulan.

Gua tak nak cakap banyak tentang bulan puasa yang lepas. Satu harapan gua, semoga Ramadhan lepas ni akan menjadi lebih bermakna. Semoga korang punya jauh lebih baik, gua doakan.

Beberapa hari lepas gua berbuka puasa dengan sorang follower twitter & dengan tak plan apa pun, we all gi la beli tiket tengok Jurassic World. Dek risau dengan keadaan crowd kat Nu Sentral yang hurung kedai2 makan & foodcourt laksana semut, kami pun ingat nak berbuka dalam wayang je. Namun akhirnya kami dapat la seat kat Nando's 1/2 jam sebelum tayangan.

Apa lagi? Makan laju2 pergi dia. Hehe...


Dan ini... Tau gua lambat update, baru nak tengok still gua akan bagi review.


Laju raptorku laju vroom vroom!


Jurassic World merupakan installment ke-4 kesinambungan daripada siri filem terkenal, Jurassic Park. Karya asal novelis Michael Crichton ini diadaptasi menjadi filem & pernah meletup pada tahun 1993. Masa ni gua darjah 1 & menjadi kenangan sebab ini movie pertama gua tengok kat panggung wayang di Alpha Angle Wangsa Maju (sekarang dah takde wayang kat sana).

Gua tak nak ulas pasal siri lain (The Lost World & Jurassic Park 3) maybe lain masa ataupun korang baca sendiri la di google.

Ditayangkan pada 12 Jun 2015, filem ini dikeluarkan oleh Legendary Pictures & Amblin Entertainment. Diarahkan oleh Colin Trevorrow. Skrip & lakon layar ditulis oleh Rick Jaffa, Amanda Silver, Derek Conolly & Trevorrow sendiri. Filem ini menelan belanja sebanyak 150 juta USD & menerjah box-office dengan pulangan setinggi 1.473 billion USD.

Ia dibintangi oleh Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Vincent D'Onofrio, Ty Simpkins, Nick Robinson, Omar Sy, B.D Wong & Irrfan Khan. B.D Wong merupakan satu-satunya pelakon asal daripada Jurassic Park dalam cerita ini.

22 tahun selepas tragedi Jurassic Park, pulau Isla Nublar berjaya dibuka dengan kejayaan taman tema Jurassic World. Taman tema dinosaur itu telah beroperasi selama 10 tahun hasil kerjasama InGen & beberapa pelabur besar. Dalam tempoh tersebut pihak2 terlibat membuat penyelidikan & pelaburan dalam mencipta spesis dinosaur kacuk prototaip yang dijangkakan dapat mengaut keuntungan. Ketua penyelidik tidak lain merupakan Prof. Wu, penyelidik asal projek Jurassic Park.

Dinosaur buatan itu diberi nama genus Indominus Rex, kacukan gene T-Rex dan yang lain2 gua takleh nak citer, gi tengok sendiri. Hehehe...

2 orang adik beradik, Zach & Gray Mitchell datang ke Isla Nublar nak jumpa mak sedara diorang, Claire, merangkap CEO taman tema tersebut. Malangnya makcik diorang terlalu busy dengan pembangunan spesis dinosaur prototaip tersebut.

Dalam waktu itu gak Owen Grady, seorang bekas elit tentera Marine melatih 4 ekor Velociraptor. 4 ekor tu fikir brader ni sebagai Alpha, jadi ikut arahan la walaupun tak jinak. Demam jugak sebab sekor2 ganas. Ketua keselamatan InGen, Vic Hoskins berpegang pula kepada idea bahawa dinosaur boleh dilatih menjadi senjata. Brader tu memang tak puas hati tapi kebolehan dia bakal diuji di kemudian cerita.

Sewaktu adik-beradik tersebut dengan laghanya menjelajah sejauh mungkin (mentang2 dapat VIP access), Indominus Rex terlepas dari kurungan setinggi 40 kaki. Waktu tu Claire, Owen & beberapa operator lain tengah kaji bekas cakaran di dinding & mendapati ditipu dengan kepintaran makhluk baru tersebut.

Keadaan jadi kacau bilau. Apakah yang akan terjadi sesudah tu? Apa yang terjadi kepada berpuluh ribu pengunjung yang hadir? Siapa hidup? Siapa kena baham hidup2?

Hehehe... korang tengok sendiri.


Lekluuu... bagi gua review abis!


Okay, gua bagi rating 3/5 bintang walaupun review2 ternama di internet bagi rating yang memberangsangkan. Kenapa?

1. Jalan citer yang biasa. Of course gua takleh nak expect apa sebab filem ni dibuat atas dasar interaksi dinosaur baham-membaham & penghargaan buat peminat siri francais. Tapi beberapa babak pertarungan yang terdapat dalam filem ini eloklah jangan gunakan mekanisme logik akal apabila ditonton.

2. Hubungan adik-beradik Zach & Gray tu agak standard. Boleh diterima. Owen & Claire gua rasakan agak cheesy & semak. Boleh digarap dengan lebih baik rasanya.

3. Filem ini bertujuan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan Jurassic Park. Beberapa babak & lokasi asal telah 'dihidupkan' kembali. Memang filem ni khas dibuat untuk peminat asal lagi tegar. Adik-beradik tersebut merayau sampai ke kawasan asal tragedi Jurassic Park. Lagu tema asal dimainkan semula. Gua rasa macam nak nangis. Good job.

4. Ada beberapa bunyi dinosaur yang menjadi trademark. Tapi spoil satu je. Salah satu dinosaur trademark ditukar bunyinya dengan bunyi yang ntah apa2. Kalo yang ni pun guna bunyi asal, rasanya gua tak komplen banyak. Ni korang kena cari sendiri.


Okay, lastly gua nak kongsi nilai & konsep yang ada dalam kisah ni.

1. Dek mendambakan laba & keuntungan, syarikat2 gergasi sanggup melakukan apa saja termasuk sesuatu yang melampaui batas kemanusiaan. Diorang lupa yang duit takkan dapat memadamkan fitrah & membeli kepercayaan.

2. Jangan jadi terlalu sibuk hingga lupa akan keluarga sendiri. Kisah ini cuba mengetengahkan konflik kekeluargaan & akibat terlalu sibuk akan merugikan diri sendiri.

3. Tempayan yang ditutup lama2 akan terbuka juga. Setiap perbuatan pasti akan mendatangkan akibat. Makin besar rahsia, makin besar persediaan yang harus dilakukan dalam menghadapi 'pembukaan' rahsia tersebut.

4. Setiap makhluk punya fitrah & lumrah masing2. Sedangkan anjing boleh menyerang tuan sendiri apatah lagi binatang buas.

5. Power mana barang ciplak last2 barang ori gak yang best eh?


Okey la cukup gua merapu di sini. Gua harap siapa yang belum tengok, gua nasihatkan korang tonton dari Jurassic Park dulu, kemudian The Lost World seterusnya Jurassic Park 3 baru Jurassic World. Jangan expect apa2 kat The Lost World. Tu je gua nak cakap.

Sebagai penutup, gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat para pembaca blog hampeh ni. Kalo gua ada terkasar bahasa, salah silap semua harap korang maafkan. Gua maafkan korang sebab korang baca je, tak buat salah pun. Bagi yang nak balik kampung, cek apa yang patut. Jangan tertinggal itu ini terutamanya passport bagi yang beraya melepasi sempadan negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.


Sunday, 7 December 2014

Review: Transformers 4 Age of Extinction

Mood: Bosan

Lagu: Until It's Gone dendangan Linkin Park


Lama dah aku tak post rasanya. Since internet kejap ada kejap takde, memang boring la. Kalo ada pun lembab. Tapi takpe la, syukur daripada takde langsung. Okey, hari ni aku nak review & komplen berkenaan satu francais movie yang aku minat, iaitu latest installment of Transformers, Age of Extinction.




Filem ini merupakan francais filem Transformers ke-4 & terakhir arahan Michael Bay. Mungkin lepas ni producer lain handle. Dibintangi Mark Wahlberg sebagai hero cerita kali ini. Dulunya Shia LeBouf. Cerita ini merupa sequel kepada Transformers 2011 Dark of The Moon & plotnya berkisar mengenai apa yang berlaku selepas 5 tahun terjadinya perang di Chicago. Diarahkan oleh Michael Bay & exec producer Steven Spielberg manakala screenwriting oleh Ehren Kruger, filem ini dihasilkan dengan budget $210m dengan pulangan box-office sebanyak $1,087,289,076.

Secara kasarnya, filem ini berkenaan Autobots & Decepticons menjadi buruan atas dasar pihak tentera melenyapkan Transformers supaya tiada lagi perang dari pihak makhluk mekanikal ini dari terus berlaku. Penduduk dunia tidak lagi senang dengan kehadiran mereka. Pasukan pertahanan USA memutuskan tiada lagi kerjasama dengan pihak Autobots. Badan rahsia CIA, Cemetery Wind ditugaskan untuk melenyapkan Autobots dengan kerjasama Lockdown, Transformers misteri yang berniat untuk melenyapkan mana2 makhluk sespesis. Lockdown mahukan Optimus Prime hidup2.

Dalam pada itu, Cade Yeager (Mark Wahlberg) terjumpa Optimus Prime yang dalam penyamaran kepala lori usang di sebuah teater & bercadang untuk membawa pulang untuk repair. Pihak CIA menyedari hal ini selepas mendapat panggilan daripada rakan sekerja Cade. Keadaan menjadi kelam kabut bila CIA datang ke rumah & menjalankan operasi. Cade sekeluarga menjadi pelarian bersama Optimus Prime.

Optimus Prime berjaya mengumpulkan beberapa Autobots yang masih hidup untuk menuntut bela ke atas apa yang berlaku. Berjayakah mereka mengalahkan Lockdown & sekutunya? Siapakah Galvatron (peminat Transformers tegar tau la kot)?

Senang citer yang belum tengok lagi, gi la tengok. Citer panjang tak guna. Movie ni nak dekat 3 jam kot...

Orait, beberapa perkara aku nak komplen berkenaan citer ni.

Galvatron & Decepticon buatan KSI tu macam semak je, lebih2 lagi Galvatron. Serupa takyah ada. Melihatkan dialog2 negatif yang banyak dalam citer, boleh la nak merumuskan bahawa tuan direktor sendiri malas dah nak buat citer ni. Kalo korang mendalami dialog, boleh la faham.

Mesej2 dalam citer ni buat aku rasa terganggu. Ini merupakan pandangan kolot aku so takyah la layan sangat eh. Biar aku merepek dalam post ni jap.


1- Pembawaan karakter Lucas, rakan sekerja Cade menunjukkan stigma negatif rakyat yang terlalu mempercayai sesuatu berita & kurang menggunakan akal. Tau nak duit je.

2- Peperangan Transformers dilihat simbolik kepada perang yang tersembunyi (ataupun kita buat-buat tak nampak). Mungkin situasi perang antara pihak terhijab seperti jin atau organisasi rahsia akumerepekjeni atau perang dingin blok timur & barat.

3- "The past is history. The present is the past. The future is now." Ini merupakan kata2 Joshua Joyce (Stanley Tucci) dalam kisah tersebut. Kembali ke zaman jahiliyyah ke kita, maksudnya?

4- Lockdown mahukan Seed, yakni peranti seperti bom yang kuasa ledakannya sehebat nuklear yang menyebarkan logam cair. Logam cair ini meleburkan apa yang berada di sekitar & mengubahnya menjadi bijih Transformium yang boleh diprogram & mudah lentur (asas penciptaan Transformers). Nampak tak beberapa kata kunci di situ?

5- Kejadian huru-hara di Tanah Besar & Hong Kong. Transformers bergasak di sana & Seed berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi lain. Ada signifikan ke?

6 - Tessa mewakili remaja zaman sekarang. Hal ni tak perlu aku ulas. Korang boleh fikir sendiri.

7- Ada scene di mana Joshua mengamuk sebab diorang tak mampu nak kawal penciptaan. Ni macam menunjukkan manusia cuba menjadi Tuhan & cuba menolak hakikat takdir.

8- Optimus, selain fedap dengan manusia, dia marah dengan Penciptanya. Kita pulak mengagungkan Optimus Prime. Kata2 dia macam menusuk jiwa kan? Macam kena je dengan perasaan sesetengah kita. Ada implikasi buruk di situ. Aku percaya korang boleh fikir.

9- Transformers tu jin. Kot kalo korang faham la.


So, aku rumuskan kisah ini seolah mahu kita menentang Tuhan secara subliminal. Percaya hanya kepada keupayaan, logik & kehebatan teknologi serta meninggalkan agama. Tajuk citer ni pun dah satu hal. Apa yang extinct (pupus)? Manusia? Citer ni menggarap kemanusiaan yang semakin pupus, dan huru-hara akhir zaman yang bakal tercetus. Mungkin juga sesuatu bakal berlaku di tempat-tempat dalam muvi ni. Wallahua'lam.

Dah2. Aku merepek je. jangan amik serius. Gi tido lagi bagus.

Monday, 17 November 2014

Review: Big Hero 6

Mood: Biasa

Lagu: Immortals dendangan Fall Out Boy


Lepas hampir seminggu line internet kena potong, baru sekarang dapat online. Ok, untuk tidak membuang masa, aku nak review sikit berkenaan movie yang aku baru tonton bersama Aie. Kami memang dah rancang nak tengok masa trailer dimainkan sebelum tayangan Dracula Untold hari tu.




Diarahkan oleh Don Hall & Chris Williams, filem animasi 3D diadaptasi dari Marvel Comics menggunakan tajuk yang sama. Dihasilkan oleh Disney, ia mengisahkan seorang remaja genius dalam bidang robotik bernama Hiro Hamada bersama robot pembantu kesihatan, Baymax yang dicipta abang Hiro, Tadashi.

Hiro yang terlibat dalam scene laga robot kawalan jauh secara haram memeningkan abangnya, Tadashi yang merasakan Hiro sepatutnya belajar di institusi pengajian. Namun akibat malas, Hiro menolak hasrat abangnya. Selepas kantoi port kena rush, Tadashi bertindak menyelamatkan Hiro menggunakan skuter menyelusuri lorong untuk menyelamatkan diri. Last2 masuk balai, makcik diorang, Cass, menjamin mereka & kena bebel free.

... dan Tadashi memperkenalkan Hiro kepada robot belon putih comel nak mampos bernama Baymax. Serius benda alah ni memang lawak gila.

Tadashi mengajak adiknya untuk menyertai pertandingan projek sains untuk memenangi biasiswa pengajian di institut tempat dia belajar. Hiro menang namun akhirnya produknya habis lenyap dalam kebakaran dewan pertandingan malam itu. Lebih malang lagi, Tadashi pergi meninggalkan Hiro buat selama-lamanya.

Rakan-rakan Tadashi; Wasabi, seorang yang sangat skima dalam pengurusan, Go-go, awek jepun yang rugged perangai ala tomboy, Honey Lemon, awek tinggi lampai yang acah gedik & Fred, brader sengal yang berangan nak jadi raksasa bersama membantu Hiro untuk menyelesaikan kes kematian Tadashi.


Dah la tu. Aku rasa baik korang tengok sendiri. Best! Korang kalo muram gerenti ceria balik. Aku tak nak rating apa-apa. Gi tengok cepat!


Trivia: Sepatutnya Silver Samurai & Sunfire ada dalam movie ni tapi dua karakter ni dibeli hakcipta oleh 20th Century Fox untuk kegunaan francais filem X-Men.


Bertindak!

Sunday, 2 November 2014

Post Merapu. Jangan Percaya

Mood: Random, bercampur aduk. Merapu macam tajuk blog.

Lagu: Kimi ga Ita Monogatari dendangan See-Saw


Dulu boleh la layan lagu zon matahari terbit ni. Sekarang dah kurang..

Sebenarnya aku pun taktau kenapa aku update blog sekarang ni. Adakah sebab bosan? Takleh move on dengan event Eksotikata yang sedikit hambar sabtu lepas? Atau sebab2 lain yang aku rasa aku pun tak tahu?

Pedulikan. Aku cuba main taip tanpa menggunakan akal.

1 - Dalam filem Dracula Untold tu aku rasa kisah hidup Dajjal sendiri dari segi 'core' penceritaan. Abaikan kisah Vlad berkeluarga. Fokus kepada perjalanan hidupnya yang berumur panjang, yang dahaga, mempunyai kehebatan luar tabii & umurnya merentasi zaman. Ada seseorang yang membuntuti beliau, yakni jembalang tua yang mewakili Iblis.

Dan kenapa ada benggali berkot kemas memakai serban hitam pada akhir cerita tu nampak sangat dominan walaupun Vlad tu nampak fokus pada skrin? Aku taknak fikir. Sebelum final battle tu, kedatangan Vlad ke kem Turki diperkatakan oleh salah seorang askar Turki, "Matahari patut dah terbit dari arah Timur, tapi nape awan hitam yang muncul?"

Dah. takyah fikir.


2 - Penulisan Shah Paskal, Sri Kandi & yang seangkatan semuanya best belaka. Banyak input membina tentang kes akhir zaman, membongkar jemari halus eeloomeenatee yang cuba porak-perandakan negara serta rantau kita. Korang pandai2 la baca sendiri.

Aku dah mengantuk ni.


3 - Korang ingat kat Mesir je ada piramid? Kat Amerika Latin je ada ziggurat? Gunung daik bercabang tiga tu menatang apa pulak?

Aku dah start mereng dah ni.


4 - Usahkan sembang segitiga bermuda. Dalam hutan pun orang boleh hilang jugak. Helikopter terhempas kat kawasan Borneo tu ada kaitan ke? Sembang segitiga MLM pun orang boleh hilang dalam angan-angan nak jadi kaya sebab dikaburi impian mulut2 manis kaki putaralam putarbelit yang nak songlap duit downline.

Pebende aku merepek ni?


5 - Nombor lima ni apa pulak? Aku nak tido woi mengantuk! Korang tak reti2 nak tido ke?


Tido laaaaa!!!

Wednesday, 29 October 2014

Review: Dracula Untold & Moral Filem

Mood: Biasa je

Lagu: Vampire dendangan Xandria


Assalamualaikum. Hari ni aku nak kongsi review peribadi mengenai movie yang dah lama aku nak tengok tapi semalam baru dapat tengok. Agak dinantikan juga kemunculan adaptasi kisah fiksyen Dracula yang terkini selepas karya fiksyen versi Francis Ford Copolla pada tahun 1992. Walaupun ada versi daripada karyawan2 lain sesudah tu namun aku rasa yang tahun 1992 lagi best kot. Okay, untuk tidak membuang masa...


Batman? Ok.

Filem yang dibuka tayangannya pada awal bulan ni (ke pertengahan, aku tak ingat) diarahkan oleh Gary Shore sementara skrip ditulis oleh Matt Sazama & Burk Sharpless. Berperuntukan 70j USD, ia mengisahkan kehidupan awal Vlad III yang memerintah Transylvania selepas habis berkhidmat sebagai askar Janissari di bawah pemerintahan Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki menganugerahkan Vlad III kawasan Transylvania untuk diperintah & disuruh mengeluarkan ufti.

Namul pada suatu hari Vlad & beberapa rakannya pergi meninjau & terjumpa topi keledar Turki. Mereka mengesyaki Turki hantar spy & bertindak menyiasat hingga ke satu gunung yang menjadi tempat tinggal seorang ahli sihir purba yang juga pontianak asal. Vlad & 2 orang rakan masuk tapi malangnya hanya Vlad yang terselamat.

Esoknya ketika Transylvania merayakan perayaan Easter, utusan Turki datang mengepau 1000 orang remaja lelaki untuk menyertai perang di bawah panji Uthmaniah. Vlad tak nak bagi. Disuruhnya pihak Turki amik je ufti. Nak tambah derita, Sultan mintak anak Vlad untuk join. Vlad tak puas hati. Memandangkan tindakan Turki yang melampau & Transylvania tak kuat mana, Vlad ambik keputusan untuk mohon kekuatan & kuasa daripada ahli sihir di gua tersebut. Bermula dari situ, lagenda Vlad bermula...

Kalo nak aku citer sampai habis baik tak payah. Gi tengok sendiri. Boleh tahan la citer dia.

Yang aku nak komen skit ni pasal moral. Holiwud ni kan bab moral memang kelaut je kat hampir kesemua movie yang pernah dihasilkan. Di sini aku belajar moral negatif yang buat aku geleng kepala je. Mana la masyarakat kita ni perangai takleh blah. Saja share. Jangan diikut.


1 - Dracula Untold mengajar kita untuk putus asa & memohon bantuan syaitan untuk tujuan kebaikan namun hakikatnya memakan diri.

2 - Dracula Untold mengajar kita bahawa kita tidak memerlukan orang yang baik tetapi sebaliknya raksasa untuk menjaga keamanan sejagat.

3 - Yang tak tahannya, bayangkan jadi ketua kampung. Dah selamatkan orang2 kampung, tapi diorang bakar engko dengan bangsal yang ko kena kurung dalam tu. Apa rasanya?


Ni antara yang aku dapat kongsi setakat ni. Nak fikir pun tak larat. Overall aku bagi 6/10 rating. Takde la bosan. Kecewanya sebab isu moral je dalam tu. Yang belum tonton, aku syorkan korang tonton. Tapi jangan la percaya yang Turki Uthmaniah tu kejam. Yang kejam tu Vlad. Cuba baca sejarah dia.

Anyway terima kasih Aie sebab belanja tiket free.

Selamat malam.

Monday, 11 November 2013

Sedikit review citer Grave Encounters 2

Status: Mengantuk tapi celik

Lagu: Tiada lagu. Malas nak pasang mp3

Petang tadi agak free since anak jiran takde kat rumah, Ibu pun boleh rehat sebentar. Alhamdulillah... Aku pun ambil kesempatan untuk tonton sequel kepada Grave Encounters. So, here goes..

Whatever you think, keep it to yourself :p

Okay, so some teenagers been reviewing the first movie in the beginning. Stail poyo iyo2 gak la muka masing2 macam baru lepas dapat action figure power rangers padahal nak review je pun. Jadi kat satu institusi pelajaran ni ada la sorang student yang agak obses nak uncover kebenaran di sebalik footage movie tu. Lepas dapat reply dari youtube daripada satu ID bernama DeathAwaits666, Alex semakin obses dan yakin. Mati2 kawan2 dia kata jangan last2 ikut gak. Last2 sampai je lokasi, diorang kena tahan ngan polis yang ronda perkarangan hospital tu. Leceh jugak la. Akhirnya dapat gak diorang pecah masuk.

...dan dengan segala keceluparan membawa kebinasaan.

Kalo nak dibandingkan ngan yang pertama, filem kedua ni agak sedikit kureng. Gore tu banyak la tapi dari segi horror factor, tak sebaik yang sebelumnya. Ganas sikit je. Bukan nak kata kurang menjadi tapi, ada sikit elemen yang kureng kat situ. Ah! Pandai2 la korang tonton & nilai sendiri.

Thursday, 7 November 2013

Template baru & review sikit

Status: Demam, lapar & kebosanan

Lagu: Bloody Tears (Castlevania Theme) dendangan mickan44 http://www.youtube.com/watch?v=IZxeXm-3ke8

Alhamdulillah, berjaya jua aku menukar template blog. Lama aku dok korek2 blogskins.com semata2 nak dapatkan template yang best lagi berfungsi dengan baik tanpa perlu aku mengubah coding2 HTML. Serius aku dah malas nak sentuh coding2 ni. Hahahaha!

Akan tetapi ada satu benda yang aku tak puas hati kat sini. Macam mana aku buat sekalipun, aku tak dapat nak embed lagu. Bagi la SCM ke, Tumblr Music player ke, haram aku nak letak kat mana2 part kat script tu memang tak muncul, tak bersuara. Akhirnya aku mengalah, biarkan saja blog sebegitu rupa. InsyaAllah satu hari nanti boleh la tu kalau aku rajin nak godek2 coding ni.

Okay forget the senseless ranting...

Nobody was home this afternoon except for me & my younger brother so since we're bored, I went and hit the play button for a movie.

No, not you. It's the guy behind you.

So yeah, a typical footage film about a group of some Grave Encounters crews trying to secure a location of some abandoned mental institute reported to be haunted. They got in and asked the caretaker to chain the entrance & only open on 8am next day. Things started to f*cked up when after some mild encounters, somebody got emotional and forced the entrance, only to find....

...why don't you guys find out what happened yourselves? Watch the movie. No I'm not helping. All I know it's kinda creepy, slightly creepier than Highland Towers. :p

That's all folks for now!

Tuesday, 5 November 2013

Review Pendek

Status: Entah...

Lagu: 50 Ways To Say Goodbye dendangan Train

Wahai kawan... kita dah tak semesra dulu. Tiada lagi senyuman diukir. Nampak riak tension kau tatkala kita bertemu. Kalau tak, ada je senyuman itu. Ya, senyuman manis itu. Gurauan, kata2 yang baik...

Jujur aku tak tahu & agak tinggi kebarangkalian untuk aku berburuk sangka terhadap kalian. Maklumlah aku dikenakan kifarah akibat beberapa perkara silam yang aku rasa tak perlu aku ungkapkan di sini. Terpulanglah kalian. Aku mendoakan semoga kalian mendapat petunjuk & diampuni dosa semuanya.

Ok, cut the crap...

Alhamdulillah. Merasa aku tengok wayang bersama beberapa rakan baru2 ni. Kisah2 seram saja (minat kot citer seram seriau ni). So bagi la sikit review yang teramat ringkas.


Okay, jujur aku kata 1st installment memang aku tak pernah tengok. Belum sampai mood rasanya. Aku boleh je agak macam "Eleh... takde la seram mana" tapi akhirnya aku jua yang TERjerit serupa manusia golongan dua alam. Padan muka. Anyway, it's a good story. Director famous kot. Anak Sarawak yang menempa nama di Hollywood dalam pembikinan efek dalam filem bergenre seram.




Trailer dia nampak promising. Since aku minat filem tahap footage ala Cloverfield, Blair Witch Project, Paranormal Activity (ni aku belum tengok) so aku bagi peluang kat diri aku nak tonton keluaran tempatan yang satu nih. Sebelum ni aku ada pernah tonton Penunggu Istana (tak brape best), so I've put some hopes on this one. Thrill value dia boleh tahan. Still aku rasa macam ada something missing. Boleh diperbaiki rasanya. Humor part dalam kisah ni boleh la dikurangkan sikit kot, macam humor guy yang dapat spotlight lebih (ni pendapat aku la). Still, aku rasa lagi best sedikit dari Penunggu Istana.

Another thing... Prolog dah siap. Dikomen suruh perbaiki. Adui... nampak dah tahap bahasa aku camna. Sabar je la. Takpe, akan ku teruskan berkarya. InsyaAllah.