Thursday 16 July 2015

Welcome to Jurassic World & Salam Aidilfitri 1436 Hijrah

Mood: Biasa

Lagu: Selamat Berhari Raya dendangan Rahimah Rahim


Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak post apa2 di sini. Sebulan sudah kita menjalani madrasah Ramadhan, tiba masa kita bergembira menyambut 1 Syawal tanda kemenangan mengatasi nafsu selama sebulan.

Gua tak nak cakap banyak tentang bulan puasa yang lepas. Satu harapan gua, semoga Ramadhan lepas ni akan menjadi lebih bermakna. Semoga korang punya jauh lebih baik, gua doakan.

Beberapa hari lepas gua berbuka puasa dengan sorang follower twitter & dengan tak plan apa pun, we all gi la beli tiket tengok Jurassic World. Dek risau dengan keadaan crowd kat Nu Sentral yang hurung kedai2 makan & foodcourt laksana semut, kami pun ingat nak berbuka dalam wayang je. Namun akhirnya kami dapat la seat kat Nando's 1/2 jam sebelum tayangan.

Apa lagi? Makan laju2 pergi dia. Hehe...


Dan ini... Tau gua lambat update, baru nak tengok still gua akan bagi review.


Laju raptorku laju vroom vroom!


Jurassic World merupakan installment ke-4 kesinambungan daripada siri filem terkenal, Jurassic Park. Karya asal novelis Michael Crichton ini diadaptasi menjadi filem & pernah meletup pada tahun 1993. Masa ni gua darjah 1 & menjadi kenangan sebab ini movie pertama gua tengok kat panggung wayang di Alpha Angle Wangsa Maju (sekarang dah takde wayang kat sana).

Gua tak nak ulas pasal siri lain (The Lost World & Jurassic Park 3) maybe lain masa ataupun korang baca sendiri la di google.

Ditayangkan pada 12 Jun 2015, filem ini dikeluarkan oleh Legendary Pictures & Amblin Entertainment. Diarahkan oleh Colin Trevorrow. Skrip & lakon layar ditulis oleh Rick Jaffa, Amanda Silver, Derek Conolly & Trevorrow sendiri. Filem ini menelan belanja sebanyak 150 juta USD & menerjah box-office dengan pulangan setinggi 1.473 billion USD.

Ia dibintangi oleh Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Vincent D'Onofrio, Ty Simpkins, Nick Robinson, Omar Sy, B.D Wong & Irrfan Khan. B.D Wong merupakan satu-satunya pelakon asal daripada Jurassic Park dalam cerita ini.

22 tahun selepas tragedi Jurassic Park, pulau Isla Nublar berjaya dibuka dengan kejayaan taman tema Jurassic World. Taman tema dinosaur itu telah beroperasi selama 10 tahun hasil kerjasama InGen & beberapa pelabur besar. Dalam tempoh tersebut pihak2 terlibat membuat penyelidikan & pelaburan dalam mencipta spesis dinosaur kacuk prototaip yang dijangkakan dapat mengaut keuntungan. Ketua penyelidik tidak lain merupakan Prof. Wu, penyelidik asal projek Jurassic Park.

Dinosaur buatan itu diberi nama genus Indominus Rex, kacukan gene T-Rex dan yang lain2 gua takleh nak citer, gi tengok sendiri. Hehehe...

2 orang adik beradik, Zach & Gray Mitchell datang ke Isla Nublar nak jumpa mak sedara diorang, Claire, merangkap CEO taman tema tersebut. Malangnya makcik diorang terlalu busy dengan pembangunan spesis dinosaur prototaip tersebut.

Dalam waktu itu gak Owen Grady, seorang bekas elit tentera Marine melatih 4 ekor Velociraptor. 4 ekor tu fikir brader ni sebagai Alpha, jadi ikut arahan la walaupun tak jinak. Demam jugak sebab sekor2 ganas. Ketua keselamatan InGen, Vic Hoskins berpegang pula kepada idea bahawa dinosaur boleh dilatih menjadi senjata. Brader tu memang tak puas hati tapi kebolehan dia bakal diuji di kemudian cerita.

Sewaktu adik-beradik tersebut dengan laghanya menjelajah sejauh mungkin (mentang2 dapat VIP access), Indominus Rex terlepas dari kurungan setinggi 40 kaki. Waktu tu Claire, Owen & beberapa operator lain tengah kaji bekas cakaran di dinding & mendapati ditipu dengan kepintaran makhluk baru tersebut.

Keadaan jadi kacau bilau. Apakah yang akan terjadi sesudah tu? Apa yang terjadi kepada berpuluh ribu pengunjung yang hadir? Siapa hidup? Siapa kena baham hidup2?

Hehehe... korang tengok sendiri.


Lekluuu... bagi gua review abis!


Okay, gua bagi rating 3/5 bintang walaupun review2 ternama di internet bagi rating yang memberangsangkan. Kenapa?

1. Jalan citer yang biasa. Of course gua takleh nak expect apa sebab filem ni dibuat atas dasar interaksi dinosaur baham-membaham & penghargaan buat peminat siri francais. Tapi beberapa babak pertarungan yang terdapat dalam filem ini eloklah jangan gunakan mekanisme logik akal apabila ditonton.

2. Hubungan adik-beradik Zach & Gray tu agak standard. Boleh diterima. Owen & Claire gua rasakan agak cheesy & semak. Boleh digarap dengan lebih baik rasanya.

3. Filem ini bertujuan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan Jurassic Park. Beberapa babak & lokasi asal telah 'dihidupkan' kembali. Memang filem ni khas dibuat untuk peminat asal lagi tegar. Adik-beradik tersebut merayau sampai ke kawasan asal tragedi Jurassic Park. Lagu tema asal dimainkan semula. Gua rasa macam nak nangis. Good job.

4. Ada beberapa bunyi dinosaur yang menjadi trademark. Tapi spoil satu je. Salah satu dinosaur trademark ditukar bunyinya dengan bunyi yang ntah apa2. Kalo yang ni pun guna bunyi asal, rasanya gua tak komplen banyak. Ni korang kena cari sendiri.


Okay, lastly gua nak kongsi nilai & konsep yang ada dalam kisah ni.

1. Dek mendambakan laba & keuntungan, syarikat2 gergasi sanggup melakukan apa saja termasuk sesuatu yang melampaui batas kemanusiaan. Diorang lupa yang duit takkan dapat memadamkan fitrah & membeli kepercayaan.

2. Jangan jadi terlalu sibuk hingga lupa akan keluarga sendiri. Kisah ini cuba mengetengahkan konflik kekeluargaan & akibat terlalu sibuk akan merugikan diri sendiri.

3. Tempayan yang ditutup lama2 akan terbuka juga. Setiap perbuatan pasti akan mendatangkan akibat. Makin besar rahsia, makin besar persediaan yang harus dilakukan dalam menghadapi 'pembukaan' rahsia tersebut.

4. Setiap makhluk punya fitrah & lumrah masing2. Sedangkan anjing boleh menyerang tuan sendiri apatah lagi binatang buas.

5. Power mana barang ciplak last2 barang ori gak yang best eh?


Okey la cukup gua merapu di sini. Gua harap siapa yang belum tengok, gua nasihatkan korang tonton dari Jurassic Park dulu, kemudian The Lost World seterusnya Jurassic Park 3 baru Jurassic World. Jangan expect apa2 kat The Lost World. Tu je gua nak cakap.

Sebagai penutup, gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat para pembaca blog hampeh ni. Kalo gua ada terkasar bahasa, salah silap semua harap korang maafkan. Gua maafkan korang sebab korang baca je, tak buat salah pun. Bagi yang nak balik kampung, cek apa yang patut. Jangan tertinggal itu ini terutamanya passport bagi yang beraya melepasi sempadan negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.


No comments:

Post a Comment