Sunday 26 July 2015

Review: The Gallows (2015) & Lepak Bersama

Mood: Blur biasa2

Lagu: Hanya Kau Yang Mampu dendangan Aizat


Assalamualaikum wbt. Semalam aku & melepak dengan Kidd dekat Midvalley setelah setahun tak bersua muka. Malang sekali tak dapat nak overnight sebab hari ni kerja (walaupun petang baru gerak pergi kerja, aku kalo dah tumbang sekali settle la).

So dengan eksiden jugak la semalam tak plan pun maka jumpalah Dayah & besfren dia juga Sophia & family. Malangnya Sophia tak dapat join sebab makan dengan family. Tinggallah kami berempat. Sebelum aku & Kidd jumpa Dayah & member dia, kami pun gi tengok wayang.

Citer ni...


Tangga bawah tuuu



The Gallows merupakan kisah seram bertemakan found footage yang ditulis serta diarahkan oleh Travis Cluff & Chris Lofing. Dibintangi Reese Mishler, Pfeifer Brown, Ryan Shoos & Cassidy Gifford, filem ini dikeluarkan oleh Warner Bros. pada 10 Julai & menerima kritikan yang kurang memberangsangkan. Menariknya filem ini cuma menelan budget sebanyak USD100,000 namun membawa pulangan box office sebanyak USD30.8 juta pada 26 Julai untuk tayangan seluruh dunia.

Kisah ini bermula di sebuah sekolah menengah di Neberaska, Amerika Syarikat  pada tahun 1993. Waktu itu pihak sekolah menganjurkan sebuah pementasan tater bertajuk "The Gallows". Keluarga Charlie Grimille merekodkan pementasan yang dibintanginya menggunakan pita rakaman. Tragedi menimpa apabila anak mereka mati terjerut di set tali gantung sewaktu babak terakhir. Ia berlaku secara tiba-tiba & semua yang hadir termasuk pelakon dilanda panik.

20 tahun selepas itu, pihak sekolah ingin membawa semula pertunjukan teater itu. Budak nakal, Ryan Shoos merakamkan kawan baik dia, Reese yang berlakon dalam teater tersebut. Perangai Ryan yang tak boleh blah tu cukup merimaskan Reese. Reese ni pulak takut-takut nak cium crush beliau, Pfeifer untuk babak akhir. Mana la tak kena bahan.

Malam tersebut Ryan & awek beliau. Cassidy pujuk si Reese supaya melupakan teater tersebut & kembali ke pasukan ragbi sekolah. Member jahanam tu mencadangkan supaya dirosakkan prop atas pentas supaya persembahan tu tak jadi untuk keesokan harinya. Mula-mula Reese macam malas, takut-takut tapi last2 setuju juga. Jadinya malam tu diorang pergi ke sekolah & masuk ikut pintu belakang menuju belakang pentas yang memang rosak & tak berkunci.

Tengah seronok menjahanamkan props tu entah macam mana Pfeifer ada kat situ. Kantoi besar tak dapat nak ditutup lagi. Namun segalanya bermula apabila pintu belakang yang tak pernah berkunci tiba-tiba tak boleh bukak.

Apa yang terjadi sesudah tu? Aku cadangkan korang tonton citer ni. Kecut perut punya la!

Rating aku bagi 3/5. Kenapa?


Shock value: Terkejut betul. Tapi alaa... ada scene yang tak perlu terkejut konon nak amik mood tu aku rasa macam tak perlu kot. Buang masa & stereotaip (Tau la takleh nak elak, tapi...)

Horror factor: Ketakutan tu boleh dirasakan. Not bad tapi somehow macam tak sampai dekat bar yang sepatutnya. Dengan kata lain, kureng la at some point. Ni korang kena tengok sendiri baru faham.

Set & lokasi: Aku suka kisah seram berlokasikan sekolah. Horror dia memang lain macam pergi dia. Nak pulak bila ada urban legend atau penunggu yang jadi maskot tak diundang di premis.

Rumusan di sini ialah citer ni not bad. Boleh diimprove lagi. Untuk genre found footage horror, kena tahan sikit la bab kamera bersepah tu. Aku suka lagi Cloverfield, Grave Encounters & mungkin Blair Witch Project untuk genre ni.

Untuk peminat genre seram & ketakutan, boleh la aku recommend citer ni. Pesan aku, jangan peluk yang bukan mahram. Haram. Hehehehe...

Adios!

No comments:

Post a Comment