Saturday, 5 July 2014

Fiksyen : Kembara Mimpi (Bhg 1)

Mood: Biasa2 je

Lagu: Hujung Dunia dendangan Hanie Soraya


Kisah ini diilhamkan dari mimpi yang aku alami semalam. Mungkin ada sedikit tokok tambah since bukan semua details dalam mimpi itu yang aku ingat. Dan usah percaya. Ia hanya mimpi. Fiksyen. Maaf jika gaya penulisan aku hambar. Tak nak baca, takpe lah. Hihihihi...



Peta ditandakan. Lokasi di Laut Mediterranean antara Perancis & Itali. "Ke mana kita?", soal aku. Katanya ke lokasi pulau lama yang sudah tenggelam. Aku hanya menuruti.

Kami kemudiannya menyelam ke dasar lautan. Aku hanya membuntuti dari belakang sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan aku mendengar suara seakan suara pemuda tadi. "Kawasan 5 akar... akar di sini merujuk kepada terumbu karang." Mungkin telepati, sebab aku tak rasa ada interkom pada suit menyelam konvensional. Tak apa lah. Aku terus menuruti sambil melihat keindahan bawah laut. Pelbagai jenis ikan dan kelihatan beberapa terumbu karang yang tumbuh di bangkai2 kapal yang kadang2 dapat dilihat.

Kami akhirnya sampai di sebuah bukaan seperti terowong. Di mulut terowong itu terdapat beberapa terumbu yang menjadi tanda lokasi. Ada 5 jenis warna & bentuk berlainan. Kami teruskan masuk ke dalam.

Ia merupakan terowong yang punya khazanah kehidupan. Terumbu pelbagai warna atas batu batan dan makhluk2 laut yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Kebanyakkan mereka seperti ular. Dari saiz belut & ular laut biasa hingga ke sebesar pemeluk yang melintasi kami. Terkejut juga. Bersisik hitam, panjang. Kami biarkan hingga dia habis melintas. Pemuda itu menangkap seekor yang bersaiz belut yang berenang berdekatan dan menunjukkan kepadaku. "Ini kalau gigit sakit, tapi tak berbisa. Ada jenis yang sekali gigit boleh bawa maut. Terus mati." kata pemuda itu. Aku mengamati rupa bentuk makhluk yang dipegang pemuda itu. Badannya seolah bulatan2 yang bersambung. Kepalanya bulat besar sedikit dari diameter badan. Punya sirip di kiri dan kanan kepala seperti naga. Bermulut bulat seperti penyedut & punya barisan gigi tajam halus di sekeliling mulut. Bermata bulat hitam kecil sepasang. Makhluk berwarna perang pucat itu dilepaskan pemuda tadi. Ia berenang pergi entah ke mana.

Kami teruskan berenang hingga ke bertemu siling gua. Udara. Kami mengapungkan diri dan menanggalkan topeng oksigen. Puas. Rimas juga tadi. "Kita nak buat dokumentari Islam kan, kenapa ke sini?" Entah kenapa soalan tu terpacul keluar dari mulutku. Merepek. "Tak. Ikut je, jangan banyak soal" Kata pemuda itu lagi. Kami menyarungkan kembali topeng oksigen dan kembali menyelam mencari hujung jalan yang bakal membawa ke suatu kawasan.

Bersambung...

Monday, 30 June 2014

Tips Khatam Al-Quran

Mood: Biasa2 je

Lagu: Takde lagu. Surah Al-Baqarah mp3

Assalamualaikum pembaca sekalian. Sempena bulan Ramadhan ini aku ingat nak kongsi sikit tips berkenaan cara khatam Al-Quran untuk sebulan Ramadhan. Terima kasih kpd rakan yang disayangi, Anem (arnamee.blogspot.com) atas perkongsian. Sekadar ambil mana yang patut, aku cuba jadikan pos ini ringkas & padat cukup untuk korang memahami & amalkan terus, insyaAllah.


Antara tips untuk khatam Al-Quran :
  • Tentukan target untuk berapa kali khatam Al-Quran ( sesuaikan dengan kemampuan kita )
  • Seeloknya mula membaca dari juzuk 1 pada hari pertama ramadhan (mudah nanti nak kira )
  • Tentukan target membaca berapa juz dalam sehari ( target mesti ditepati )
  • Bahagikan target harian kepada beberapa waktu yang kita mampu ( berapa kali lepas solat fardu atau lepas terawih ; ikut mampu )
  • Manfaatkan setiap waktu dengan efisien ( kurangkan bersembang, online,  fokus untuk beberapa minit sahaja )
  • Bawalah Al-Quran selalu ( supaya mudah bertilawah )
  • Tidak perlu bersuara kuat atau tinggi ( yang penting bukan kekuatan suara , tapi mata. Jika mengalami suara serak, perlahan-lahan Allah akan pulihkan - tetap terus )
  • Mendengar sambil menyemak Al-Quran ( jika mata penat , boleh semak dengan menggunakan teknologi seperti mp3 player . Gunakan ia untuk mentaddabur bukan untuk tidur )
  • Manfaatkan teknologi dengan bijak . (Lengkapkan smartphone dengan aplikasi Al-Quran yang lengkap, supaya ia berguna jika terlupa bawa Al-Quran )
  • Kita perlu menabung banyak tilawah di awal ramadhan. ( Jika target 1 juz, sesekali lebihkan, sebab ditakuti ada perkara tidak diingin nanti dan tak sempat baca nanti untuk capai target - wanita terutamanya )
  • Menghukum diri jika target tilawah tidak sampai . ( Baki target yang tidak sampai harus dipenuhi , jangan bertangguh atau terkumpul )
  • Boleh juga tilawah secara bergilir dengan kawan-kawan atau ahli keluarga ( Seronok dalam suasana yang indah itu selain dapat mengingatkan dan mengelak mengantuk )
  • Lawan rasa mengantuk seboleh mungkin ( ganti posisi dan tempat tilawah . Regangkan otot. Atau boleh ambil wuduk dan mandi , sambung semula  )
  • Cari tempat tilawah yang buat kita tenang . ( Yang mampu buat kita fokus tapi jangan terlalu selesa sampai buat mengantuk )
  • Manfaatkan waktu 10 hari terakhir ramadhan dengan baik . ( Iktikaf atau buat di masjid, kerana suasana masjid , surau dan 10 terakhir ramadhan selalunya mampu mempengaruhi semangat kita )
  • Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T ( Agar sentiasa dikuatkan azam untuk capai target )


Sumber asal: majalah jom



Kalo korang rasa jadual korang packed, takde masa bagai, boleh je cari masa. Kalo plan untuk khatam dalam bulan Ramadhan, korang boleh try settlekan suku daripada naskah Al-Quran sebelum masuk bulan Ramadhan. Kira dalam bulan Sya'aban, sehari 2-4 mukasurat. Itu kira paling malas atau takde masa la orang kata. Yang penting istiqamah. Slow2. Aku malas skit nak sifirkan tapi korang boleh agak2 sendiri la. Rasanya 2-4 mukasurat sehari tu boleh sampai suku tu. Mungkin kurang, mungkin lebih.

Bagi yang rasa boleh up tier lagi, try yang ni.


Boleh kan?

Sumber asalmuzir

Semoga pos ini bermanfaat kepada korang, insyaAllah. Selamat menjalani tarbiyyah Ramadhan. :)



Saturday, 28 June 2014

1 Ramadhan 1435 Hijrah & Garlic Butter Prawn

Mood: Rasa bersyukur

Current Song: Takde lagu

Alhamdulillah. Hari ni masuk 1 Ramadhan 1435 hijrah. Sekali lagi dengan izin Allah aku dipertemukan dengan bulan Ramadhan tahun ini. Awal2 dah skip solat terawih atas sebab hidung yang dalam keadaan umpama empangan pecah & demam serentak (demam la tu...) jadi melepas la fadhilat malam pertama Ramadhan. --"

Takpe...

Anyway aku nak kongsi jap resepi yang rasanya bersepah kat internet tapi aku adjust sikit cara bujang (ikutkan memang dah simple ada sikit tambahan macam semak pun ada) tapi boleh improved lagi. Ni dia, Garlic Butter Prawn

Sekadar cadangan hiasan


Okeh, since aku buat x ikut sangat apa yang resepi tu suruh (macam kopek kulit udang misalnya sebab malas yang amat), aku bagi je la resepi untuk korang cuba. Kalo ada tokok tambah, improvement korang sendiri jangan lupa kongsikan. Nak jugak aku cuba.

12 ekor udang kertas (kulit biar atau dikupas)
2 sudu butter (salted/unsalted)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 tangkai kucai (optional)
Lada sulah (optional)


Cara-caranya:

1 - Panaskan butter atas kuali sampai lebur. Tumis bawang putih tadi & lada sulah.

2 - Masukkan udang2 tadi. Haa.. goreng la sampai udang tu masak. Warna udang tu merah2 gittew.

3 - Masukkan kucai. Gaul dalam 1-2 minit. Masukkan air sikit kalau suka berkuah.

4 -  Hidang. Sedap makan bersama nasik atau diratah begitu saja.


Tambahan:

1 - Kalo suka cendawan, bubuh cendawan butang atau cendawan tiram. Letak kicap soya sikit pastu goreng.

2 - Nak pedas, tambah la cili secukup rasa. Sendiri faham eh? Hehehe

3 - Seeloknya kupas siap2 udang2 tu kalo nak masak dengan sayur & bahan lain kepada sesiapa yg malas nak kupas kulit tu.


Okay la sampai sini je segmen resepi bujang pemalas pak hang untuk kali ini. Untuk resepi lengkap, sila ke website2 lain dengan keyword "Garlic Butter Prawn".  Selamat mencuba & selamat berpuasa esok.

Jangan lupa niat puasa, dan jangan la memandai-mandai check in 4square kat masjid pastu tulis status "done rakaat ke-4" contohnya. Itu namanya mintak bahan.




Saturday, 21 June 2014

Memori Pra-Ramadhan & Persahabatan

Mood: Sedikit down

Lagu: Tiada lagu

Assalamualaikum korang semua. Harap semuanya baik2 saja. Pejam celik pejam celik kita dah nak nak masuk bulan Ramadhan. Kurang 2 minggu je lagi. So macam mana keadaannya? Ada yang dah ganti puasa belum?

Ok, aku takkan berceloteh panjang, sekadar post hambar je. Aku masih takleh nak move on dari memori tahun lepas :(

Setahun dah aku pergi meninggalkan kenangan lepas. Dan sebulan sebelum Ramadhan tahun lepas, dalam fitnah yang aku lalu datanglah hidayah dari Allah. Dan dalam kekesalan aku mencontohi kisah Nabi Musa a.s seperti dalam Surah Al -Qasas ayat 14-28 di mana situasi aku lebih kurang begitu (tapi berlainan kes). Dalam waktu itu aku berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali. Rasa dia sungguh best. Terdetik di hati aku apa yang mantan rakan2 aku sedang lakukan di sana. Masih bersosial? Masih dibuai perkara lagha dunia?

Hai teman2 di sana, aku di sini mendoakan kalian semoga kalian dapat merasakan manisnya hidayah & taubat. Aku tak mahu fikir tentang pandangan serong kalian terhadapku yang mungkin terbawa hingga sekarang, tapi cukuplah aku memaafkan apa saja dosa kalian terhadapku. Lain semua aku serahkan kepada Allah, Sang Pencipta setiap dari kita.

Maafkan aku jika tidak lagi bertegur sapa & tutup akaun media sosial yang pernah aku gunakan sehari-hari dulu. Aku pasti sebahagian kalian merindui aku. InsyaAllah, semoga Allah memakbulkan doa kalian yang baik2 serta disampaikan salam rindu antara kita melalui doa.

Sebagai manusia aku juga kadang2 susah nak move on dari beberapa perkara berkenaan kita2 terutamanya dalam kes aku. Entahlah, malas aku nak fikir. Aku ada terdengar beberapa berita duka dari pihak kalian. Semoga Allah mengampunkan dosa kalian yang terlibat & semoga Dia menunjukkan jalan yang lebih baik. Ada di antara kalian yang selamat berkahwin, moga2 yang berkahwin itu dirahmati Allah & diberikan rezeki yang baik2.

Hai teman2 di sana, hatiku sebak sewaktu aku menaip post ini. Sisa2 kekesalan masih ada di hati. Benar aku memaafkan fitnah kerana ada di antara kalian yang salah dengar atau salah faham akan keterangan namun aku masih terkesan.

Barangkali inilah apa yang Rasulullah s.a.w rasakan apabila pembunuh bapa saudara beliau datang memohon maaf kepadanya & masuk Islam. Ketika itu Rasulullah memaafkan si pembunuh namun dia tidak lagi mahu lihat pembunuh itu lagi di hadapan matanya. Lalu si pembunuh itu pergi & tidak muncul lagi. Dalam kes aku ni, aku pergi & tidak mahu melihat mereka lagi seboleh-bolehnya.

Ya Rasul Allah, dalam hal ini aku bertindak mencontohimu. Barangkali ini lebih baik dari menyimpan dendam.

Alhamdulillah, sejak aku keluar & menjalani hidup baru, aku mula dapat kenalan2 baru. Ada yang membantu menunjukkan aku dengan cara berpesan ke arah kebenaran. Semoga Allah merahmati kalian :) Dan terima kasih lagi kepada Allah Yang Maha Penyabar kerana mempertemukan aku dengan orang2 yang senasib jua kumpulan2 pemuisi yang sekian lama aku cuba cari. Betullah, Allah plan siap2 untuk kita. Kita je yang kena bersabar & sentiasa berkomunikasi denganNya.

Indah & lazatnya solat malam, berkhalwat sendirian menghadap yang Maha Esa. Ya, aku rindu itu. Aku bertambah redha kepadaNya. Aku berharap Dia takkan tarik kembali nikmat yang satu ini. Tak sanggup lagi aku bergelumang dengan hidup yang lagha penuh dosa seperti yang lepas. Hai teman2, alangkah baiknya jika kalian dapat rasa apa yang aku rasa. :')

Sudahlah sampai di sini saja. Aku berdoa semoga Allah melindungi & memimpin kalian ke jalan yang lurus. Selamat berpuasa nanti kalian di sana. Biar aku merindui kalian di sini & mendoakan kalian. InsyaAllah..



Wednesday, 4 June 2014

Preview Momok Moden

Mood: Biasa je

Lagu: Gadis Jolobu dendangan W.A.R.I.S feat. Hattan


Assalamualaikum w.b.t kepada semua. Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga serta sahabat2 beliau yang dikasihi.

Bulan ni aku keluarkan 2 zine, satu diterbitkan oleh DePressArt, satu publisher zine yang dikenali di twitter berjudul Rentak Hati. Koleksi puisi ini akan mula dijual di Boco! 11 (rujuk hashtag #boco11) di lokasi yg sama sebelum ni gak. (cover akan diupload kemudian)

Lagi satu zine Momok Moden, berkenaan hidup manusia dari kaca mata makhluk halus (baca: Makhluk halus yang ada job keje wartawan, pam minyak, etc. Korang boleh fikir).

Konon je seram

Anyway setiap satu zine berharga RM5 jika dibeli di event. Untuk preorder RM10 termasuk caj pos. Kalo beli dua2, RM15. Sesiapa ada twitter, follow me & DM je kat situ.

Friday, 16 May 2014

Happy Teachers Day!

Mood: Normal

Current Song: You're Still The One by Shania Twain

Today is marked as Teachers Day, and all the people around you, not only your usual teachers at school, parents are indeed the first of the teachers you were once faced. They taught you your first words, first step on both of your feet and cares about you the most. As for all of the teachers existed, including you, dear reader, I wish you a good day and all the best in your teaching process. It's a never-ending process of the lifetime. There's my short speech yadda yadda yadda...

True indeed!


Happy Teachers Day!


Saturday, 3 May 2014

Happy 28th

Mood: Sangat down

Lagu: Tiada lagu

Tepat pukul 5.37pm waktu tempatan aku dilahirkan. Masa tu tahun 1986. Kini 2014 genap 28 tahun aku hidup atas dunia yang fana. Aku tak tahu nak tulis apa. Honestly takde mood. Reminiscence is a waste, probably. Life, Alhamdulillah. I'm still managed to survive within ridiculousness of this akhir zaman. Dah la, aku takde mood. Rajin kang aku post lagi. Adios.