Wednesday 5 February 2014

Sedikit Update

Status: Biasa je

Lagu: Takde lagu. Bacaan ruqyah oleh Sheikh Sudais

Lama gak tak update. Takde apa yang menarik setakat ni. Sekadar memerah otak untuk skrip teater pertama. Baru babak 2 beb. Babak 3 baru seciput. Hujung bulan ni kena hantar dah. Bukan senang nak tulis skrip, nak pulak kali pertama ni. Dengan hanya berpandukan skrip seorang rakan sebagai rujukan (rujuk format, bukan jalan cerita), maka pulun la aku siapkan skrip alah tu. Kisah santai, tapi boleh tahan susah nak buat. Walau jalan cerita tu takde la nak dititikberatkan sangat, tapi kalau santai sangat hambar jadinya. Kan tak pasal...

Apa lagi? Haa... insyaAllah ada target besar tahun ni selain rezeki skrip, lakonan serta dokumentari. Target memang besar. InsyaAllah, nantikan saja. Nanti je tak guna, kena usaha. Ahaa... Rezeki tu Allah yang tentukan.

No comments:

Post a Comment