Tuesday 30 September 2014

Menjengah Memori Kita

Mood: Sedih sikit rasanya...

Lagu: Bintang Kehidupan dendangan Yanti & Ronni



Setahun sudah tanpamu. Memori yang bernilai sedekad itu sedikit demi sedikit aku cuba kikis dari ruang katup minda. Gembira & sedih, kedua-duanya. Yang sedih itu semestinya memeritkan, namun yang gembira itu jauh lebih berbahaya.

Sebabnya aku takut untuk kembali kepada diri yang dahulu.

Gembira, bersemangat, mungkin sedikit berkarisma. Lucu, suka menghiburkan & mendengarkan keluh kesah kalian. Ya, semuanya tampak positif.

Namun apa gunanya jika aku mengabaikan hal halal & haram? Apa gunanya positif berkenaan hal-hal duniawi sambil melupai hak-hak Tuhan?

Membebaskan jiwa & minda tapi tergadai aqidah? Tidak. Tidak sama sekali.

Aku masih ingat pada ketika itu. Ia masih segar dalam ingatan. Pedih rasanya setiap kali memori itu datang melalui, atau ketika aku singgah sebentar menjenguk masa silam.

Kita pernah hebat.
Kita pernah famous.

Tapi kerana salah faham itu. Hanya itu. Tapi tak mengapa. Dahulu memang aku sedih. Kini ia berganti rasa syukur. Hal yang mungkin saja boleh diselesaikan namun takdir Tuhan itu pasti.

Dan aku mendoakan kalian supaya diberikan hidayah petunjuk serta berharap agar Tuhan mengampunkan dosa kita semua.

Kini aku lebih bersendirian. Aku tidak lagi lepak bersama rakan-rakan seperti kalian yakni kebiasaan kita suatu masa dahulu. Aku masih berkelana dalam dunia baru. Dalam masa setahun hidupku bagai terasing. Aku masih cuba membiasakan diri untuk tidak terlalu bersosial.

Inilah aku sekarang. Tak mungkin kalian kenal lagi. Tak perlu kalian bertanya-tanyaan lagi. Aku serahkan urusan kita kepada Tuhan selayaknya.

Terpulang kalian untuk mengatakan hidup aku ini seperti sekian-sekian. Barangkali semakin hancur & sia-sia. Selamat berbahagia bekas-bekas komrad, terutamanya yang sudah & hendak berkahwin. Kepada bekas kekasih, kesilapan aku membawa kepada kebahagiaanmu yang bakal tiba. Bersyukurlah. Usah risau akan daku. Kau layak untuk mendapatkan kebahagiaan yang lebih baik & aku tak perlu nak dengar kau celoteh panjang sembang bisnes segitiga.

Aku serahkan segalanya kepada Tuhan sejak peristiwa itu. Doa aku beberapa tahun lepas makbul jua dalm bentuk tragedi. Lumrah manusia, bila terjadi musibah baru nak kembali. Namun begitu bersyukurlah kerana ia berlaku. Usah mencontohi sesetengah yang mencari alternatif lain ketika sesuatu ujian memunculkan diri.

Hidup ini ujian, wahai bekas teman-teman seangkatan. Kita boleh berhibur namun kurangkanlah. Lebihkan masamu mengingati Tuhan & mencari jalan kembali ke keredhaanNya.

Cukuplah di sini aku mencoret ulangtahun pertama perpisahan kita. Semoga kalian sukses. Jika rindu, doakanlah. Aku tetap mendoakan kalian di sini.


To them as well

No comments:

Post a Comment