Saturday 11 January 2014

Kehilangan

Status: Sedikit pening, biasa je..

Lagu: Momentary Moonlight gubahan Michiru Yamane & Masahiko Kimura

Yang pergi biarkan pergi. Sesuatu yang harus kita akur. Lumrah kehidupan. Luahan ni bukan berkisar mengenai kehilangan seseorang yang pernah dianggap istimewa, tetapi ia dalam skop yang lebih meluas.

Kehilangan bukan sekadar berlaku dalam skop2 kecil seperti kehilangan orang tersayang atau terdekat, namun kehilangan juga berlaku dalam konteks harta benda, peluang, pekerjaan & seumpamanya. Secara fitrahnya sesiapa pun pasti runsing, muram durja ataupun meratapi sesuatu kehilangan secara senyap ataupun terang-terangan, baik besar ataupun kecil perkara itu. Ini tidaklah menghairankan. Sedangkan Rasulullah s.a.w juga menangis apabila dua orang ahli keluarga terdekatnya, Sayidatina Khadijah r.a (isteri) & Abu Talib (bapa saudara) wafat pada tahun yang sama.

Kehilangan yang besar sememangnya suatu ujian yang berat. Di sinilah keimanan teruji. Yang gagal mengawal perasaannya pasti akan menyalahkan takdir, ataupun menyalahkan sang Pencipta, Allah Rabbul Jalil. Kita berdoa supaya dijauhkan daripada sikap begini. InsyaAllah.. Sebaiknya dalam setiap kehilangan yang dihadapi, seeloknya kita berfikir secara positif. Ingatlah setiap sesuatu yang Allah ambil daripada kita adalah kerana Dia ingin menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik. Bukan bermaksud sesuatu yang kita mahukan, tetapi lebih kepada apa yang kita perlukan. Di sini kita dituntut supaya mensyukuri apa sahaja yang Dia berikan, atau bakal diberikan kepada kita. Sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan apa yang kita mampu. Lebih berat dugaannya, lebih Allah itu menyayangi hambaNya. Usah risau. Allah Maha Mendalam ilmu pengetahuanNya, dan Dia Maha Mengetahui akan diri kita lebih dari apa yang kita tahu.

Hilang teman? Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Hilang pekerjaan? Allah Maha Mengetahui apa yang nyata & yang ghaib, dan insyaAllah Dia akan menggantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik. Ada pengajaran yang Dia berikan & kita wajib memerhati & memahami. Selagi kita hidup, selagi itu kita perlu sedar, bahawa tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Allah Sang Pencipta.

Usah berputus asa dengan rahmatNya. Dia telah tentukan rezeki kita sejak kita mula dicipta. Kita dituntut supaya mensyukuri & berserahlah bulat2 kepadaNya. InsyaAllah...

Well, try reading Surah Al-Insyirah after this:)

No comments:

Post a Comment