Wednesday 8 January 2014

Ia berlaku lagi

Status: Normal

Lagu: Tiada lagu

Ia berlaku lagi. Buruk sangka? Aku hanya mampu tersenyum. Biarlah mereka. Aku hanya menjalankan tugasku, macam biasa. Walaupun sepi, namun apakan daya. Kalain memberikan masa, aku jua memberikan yang sama. Sesekali mahu juga bercanda. Tak perlu menggila. Cukup sekadar bertemu muka, menyapa sambil bertanya khabar berita.

Ini diam sahaja. Apakah dilupa? Tidak, kurasa. Membosankan cuma. Tak mengapa, kerja harus diteruskan. Nampak hasilnya baru orang pandang. Kalau tak pun, tak mengapa. Niat di hati mencari rezeki, mencari pengalaman. Populariti boleh dilupakan. Apalah sangat. Aku jua mahu hidup tenang & aman. Mahu cari kawan serta teman seperjuangan.

Kifarah begini sememangnya akan terjadi. Redha sajalah. Cukup Allah buatku. Kerna perbendaharaan langit serta bumi ini di bawah taklukNya. Aku sebagai hamba hanya mampu cari & terus mencari sambil bertawakal & membetulkan niat serta fokus.

Berat. Memang berat. Tapi kasih & cinta Tuhan itu ada di sini. Kerna dia di sini, di hatiku. Dia memerhati tanpa jemu & tidak pernah meninggalkanku.

Cukuplah keluhan di sini. Sekadar luahan. Kalian tak perlu faham. Tak perlu baca pun. Tapi dah sampai sini, kira terbaca la tu, ye tak?


No comments:

Post a Comment