Monday 30 December 2013

2013 Reminiscence

Status: Ngantuk, bosan

Lagu: Takde lagu

Berhari jugak la tak update. Apa je nak diupdate? Aku pun tak tau. Hahahaha!

Baiklah, hari ini tanggal 31 Januari 2013 bersamaan 28 Safar 1435 Hijriyah. Secara teknikalnya tahun 2013 ni mengajar aku pelbagai erti hidup yang rasanya bagus untuk aku fahami. Rasanya pelbagai ujian yang menguji kesabaran telah aku lalui sepanjang tahun ini, dan sebahagiannya masih sedang aku lalui.

Tahun ini aku mengenal sebahagian daripada misteri diriku yang punya elemen mistik berkenaan gangguan makhluk halus. Masih menjadi enigma hingga sekarang. Kesian keluarga aku berhabisan bergolok bergadai semata-mata untuk berubat namun akhirnya aku sedar bahawa pengabdian penuh dan melakukan kembali aktiviti wajib seperti solat serta mendalami Al-Quran merupakan cara sebaiknya. Ada yang masih memekakkan & membutakan diri dalam hal ni namun Alhamdulillah, Allah telah menuntun aku kembali ke jalan pulang.

Kisah lain, suatu tragedi salah faham telah mengasingkan aku daripada rakan2 seperjuangan yang telah bersama dalam satu dekad. Expired date dah kot aku rasa, namun ada hikmah di sebaliknya. Jika Allah tidak memisahkan kami, manakan aku nak solat, mengaji bagai? Ujian ini memang getir. Cukuplah di sini berkenaan masalah ini.

Awal tahun ini aku diuji dengan pengangguran. Pedih rasanya bila tiada kerja. Ada pun tak lama. Entah kenapa mesti jadi pergaduhan, rasa tak "ngam" serta macam2 lagi la yang jadi yang membawa kepada pemberhentian. Satu lagi isyarat Allah nak menguji aku dalam hal ni. Intepretasi aku; waktu2 begini ambil kembali kesempatan untuk mendekatkan diri kembali kepadaNya. Nak dapat kerja bukan senang, nak maintain pun payah. Takpe, selagi ada Allah, selagi tu aku tak akan berputus asa walaupun ada segelintir orang yang dok caci hina pandang rendah tu semua insyaAllah takde hal. Kena batang hidung sendiri tau meroyan tak puas hati, skizo la apa la...

Alhamdulillah, dalam kekalutan begini aku telah bertemu beberapa orang kenalan & sahabat baru. Aku juga telah berkecimpung kembali dalam bidang penulisan. Terima kasih kepada seseorang yang telah memperkenalkan aku dalam dunia zine. Semoga murah rezeki & dirahmati Allah. You know who you are. Aku tahu ko takkan nak baca blog aku ni anyway terima kasih sekali lagi atas sokongan dan sumbangan.

Aku pun dah tak tahu nak tulis apa. Mengantuk dah pun. Anyway Alhamdulillah sekali lagi for the memories, for the experiences and the indirect teachings You've been giving and taught me along the way. Terima kasih wahai Tuhanku. Semoga tahun 2014 menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin.


No comments:

Post a Comment