Wednesday, 19 November 2014

Kembara Mimpi: Lapisan Majmuk

Mood: Biasa, tapi cam pening sikit

Lagu: Stardust dendangan Delain


Aku tak tahu Delain dah keluarkan album baru. 7 bulan dah rupanya. Last time lagu We Are The Others tu gempak kat album sebelumnya. This one macam boleh la... dah jadi pop metal. Adeh.


Okay, mari mula. Macam biasa tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Mungkin ada sedikit tokok tambah sebab ada part yang tak ingat. Ini hanya mimpi di siang hari. Sekali lagi ditegaskan ini hanya mimpi. Olehsebabakumalasnaktaippanjangjadiakuringkaskanje


Kapal selam eksperimental menyelam jauh ke dasar laut. Dibawa bersama sebuah kereta elektrik mini yang disangkut di luar kapal selam (eksperimen gak kot). Ada dua orang memandai keluar dari kapal selam ketika ia menjunam perlahan. Aku la salah seorangnya hahaha! Macam sengal, pastu sibuk2 nak ketuk tingkap kapal sebab nak masuk balik. So, member lagi sorang detached kabel yang menyambungkan kereta elektrik tu untuk dibawa bersama (kerja gila.). Tak lama kemudian masa menyelam tu kami berdua terjumpa satu rekahan yang mengeluarkan cahaya. Kapal selam tu entah ke mana, kami tak peduli. Kami masuk.

Bila masuk je kami seolah berada dalam dasar kolam/sungai. Kami naik ke permukaan. Takde orang. Cuma ada hutan & denai yang rasanya dekat dah dengan pekan. Nasib baik kereta elektrik tu tak berat mana, ditariknya ke permukaan & member start mengepam lalu mengembang la kereta tu. Permukaan kereta tu mengembang macam belon. Tayar, enjin & kerangka maintain. Jadi la kereta eksperimental yang ringan lagi efisien.

Cam bodoh kan...

Lalu kami tanggalkan sut menyelam, pakai baju yang ada dalam keter tadi & round2 sekitar di dunia yang asing. Kiranya sampai di hujung pekan, kami ternampak sekumpulan orang Norse (Viking) sedang beratur & bersidang. Dua orang wanita Norse di situ nampak kami dengan muka kehairanan. Aku mula terfikir pebenda Viking buat kat kawasan ala tropika ni? Dah la pekan dari jauh nampak macam pekan kampung2 kat Msia.

Takpe, kami meneruskan perjalanan ke pekan...

Dah kat pekan tu pulak nampak macam lebih kampung dari pekan. Ada bebudak main baling selipar, mak2 mengendong anak guna kain batik... Alaa... scene biasa kampung2. Kelihatan plak kat situ ada beberapa orang berpakaian kerabat Dinasti Firaun Mesir tengah borak ngan ntah sapa2, orang pekan tu gak rasanya.

Serius aneh...

Berkumpul di kampung/pekan ni orang2 seperti penduduk Nusantara, Norse & Mesir. Seperti kawasan petempatan majmuk, diorang ok je bergaul. Macam takde masalah rasis macam kita sekarang. Semuanya bertutur dalam bahasa kita. Kadang tu diorang bertutur dalam bahasa diorang gak la.

Antara tempat yang kami lawat ialah surau. Bumbung dia macam masjid kat Melaka tu. Bukan kubah. Sambil berjalan sekitar & beramah mesra dengan orang tempatan, aku kena serang dengan kera. Bergelut jugak la. Sebelah tangan dia ada set kuku panjang bergerigi. Macam bukan kera biasa. Beria bebeno nak bunuh aku. Kuat gak benda alah tu. Time aku dah tak dapat tahan sebelum kuku dia sampai kat muka aku, ada brader berserban ni datang bagi flying kick kat kera tu masuk belukar. langsung tak nampak lagi dah. Aku ucapkan terima kasih. Kami pun meneruskan perjalanan.

Gila..

Sebelum keluar dari pekan & kembali ke kawasan air tadi, kami sempat membawa seorang dua penumpang untuk ke pasar. Lepas drop, kitorang ciao.

Settle je pakai sut, pack balik kereta kami terus masuk menyelam. Ikut balik lorong bawah tanah tadi, kami kembali ke dasar laut & bertembung kembali dengan kapal selam tadi. Member dok ketuk tingkap, tau2 exit hatch dah macam standby nak terbuka, bersedia menerima kembali semula.

Dan aku terbangun...


Mimpi je kot. Merepek macam apa. Nampak bebeno post sia2 takde keje lain.


Walk to the end

Monday, 17 November 2014

Review: Big Hero 6

Mood: Biasa

Lagu: Immortals dendangan Fall Out Boy


Lepas hampir seminggu line internet kena potong, baru sekarang dapat online. Ok, untuk tidak membuang masa, aku nak review sikit berkenaan movie yang aku baru tonton bersama Aie. Kami memang dah rancang nak tengok masa trailer dimainkan sebelum tayangan Dracula Untold hari tu.




Diarahkan oleh Don Hall & Chris Williams, filem animasi 3D diadaptasi dari Marvel Comics menggunakan tajuk yang sama. Dihasilkan oleh Disney, ia mengisahkan seorang remaja genius dalam bidang robotik bernama Hiro Hamada bersama robot pembantu kesihatan, Baymax yang dicipta abang Hiro, Tadashi.

Hiro yang terlibat dalam scene laga robot kawalan jauh secara haram memeningkan abangnya, Tadashi yang merasakan Hiro sepatutnya belajar di institusi pengajian. Namun akibat malas, Hiro menolak hasrat abangnya. Selepas kantoi port kena rush, Tadashi bertindak menyelamatkan Hiro menggunakan skuter menyelusuri lorong untuk menyelamatkan diri. Last2 masuk balai, makcik diorang, Cass, menjamin mereka & kena bebel free.

... dan Tadashi memperkenalkan Hiro kepada robot belon putih comel nak mampos bernama Baymax. Serius benda alah ni memang lawak gila.

Tadashi mengajak adiknya untuk menyertai pertandingan projek sains untuk memenangi biasiswa pengajian di institut tempat dia belajar. Hiro menang namun akhirnya produknya habis lenyap dalam kebakaran dewan pertandingan malam itu. Lebih malang lagi, Tadashi pergi meninggalkan Hiro buat selama-lamanya.

Rakan-rakan Tadashi; Wasabi, seorang yang sangat skima dalam pengurusan, Go-go, awek jepun yang rugged perangai ala tomboy, Honey Lemon, awek tinggi lampai yang acah gedik & Fred, brader sengal yang berangan nak jadi raksasa bersama membantu Hiro untuk menyelesaikan kes kematian Tadashi.


Dah la tu. Aku rasa baik korang tengok sendiri. Best! Korang kalo muram gerenti ceria balik. Aku tak nak rating apa-apa. Gi tengok cepat!


Trivia: Sepatutnya Silver Samurai & Sunfire ada dalam movie ni tapi dua karakter ni dibeli hakcipta oleh 20th Century Fox untuk kegunaan francais filem X-Men.


Bertindak!

Saturday, 8 November 2014

Lagi-lagi kenangan

Mood: Dalam blues

Lagu: Mizu No Akashi dendangan Tanaka Rie


Gugel sendiri lagu di atas. Aku sedang menyelami masa silam aku. Untuk dikenang, namun bukan untuk diulangi.


Cukup setakat ini.

Sunday, 2 November 2014

Post Merapu. Jangan Percaya

Mood: Random, bercampur aduk. Merapu macam tajuk blog.

Lagu: Kimi ga Ita Monogatari dendangan See-Saw


Dulu boleh la layan lagu zon matahari terbit ni. Sekarang dah kurang..

Sebenarnya aku pun taktau kenapa aku update blog sekarang ni. Adakah sebab bosan? Takleh move on dengan event Eksotikata yang sedikit hambar sabtu lepas? Atau sebab2 lain yang aku rasa aku pun tak tahu?

Pedulikan. Aku cuba main taip tanpa menggunakan akal.

1 - Dalam filem Dracula Untold tu aku rasa kisah hidup Dajjal sendiri dari segi 'core' penceritaan. Abaikan kisah Vlad berkeluarga. Fokus kepada perjalanan hidupnya yang berumur panjang, yang dahaga, mempunyai kehebatan luar tabii & umurnya merentasi zaman. Ada seseorang yang membuntuti beliau, yakni jembalang tua yang mewakili Iblis.

Dan kenapa ada benggali berkot kemas memakai serban hitam pada akhir cerita tu nampak sangat dominan walaupun Vlad tu nampak fokus pada skrin? Aku taknak fikir. Sebelum final battle tu, kedatangan Vlad ke kem Turki diperkatakan oleh salah seorang askar Turki, "Matahari patut dah terbit dari arah Timur, tapi nape awan hitam yang muncul?"

Dah. takyah fikir.


2 - Penulisan Shah Paskal, Sri Kandi & yang seangkatan semuanya best belaka. Banyak input membina tentang kes akhir zaman, membongkar jemari halus eeloomeenatee yang cuba porak-perandakan negara serta rantau kita. Korang pandai2 la baca sendiri.

Aku dah mengantuk ni.


3 - Korang ingat kat Mesir je ada piramid? Kat Amerika Latin je ada ziggurat? Gunung daik bercabang tiga tu menatang apa pulak?

Aku dah start mereng dah ni.


4 - Usahkan sembang segitiga bermuda. Dalam hutan pun orang boleh hilang jugak. Helikopter terhempas kat kawasan Borneo tu ada kaitan ke? Sembang segitiga MLM pun orang boleh hilang dalam angan-angan nak jadi kaya sebab dikaburi impian mulut2 manis kaki putaralam putarbelit yang nak songlap duit downline.

Pebende aku merepek ni?


5 - Nombor lima ni apa pulak? Aku nak tido woi mengantuk! Korang tak reti2 nak tido ke?


Tido laaaaa!!!

Wednesday, 29 October 2014

Review: Dracula Untold & Moral Filem

Mood: Biasa je

Lagu: Vampire dendangan Xandria


Assalamualaikum. Hari ni aku nak kongsi review peribadi mengenai movie yang dah lama aku nak tengok tapi semalam baru dapat tengok. Agak dinantikan juga kemunculan adaptasi kisah fiksyen Dracula yang terkini selepas karya fiksyen versi Francis Ford Copolla pada tahun 1992. Walaupun ada versi daripada karyawan2 lain sesudah tu namun aku rasa yang tahun 1992 lagi best kot. Okay, untuk tidak membuang masa...


Batman? Ok.

Filem yang dibuka tayangannya pada awal bulan ni (ke pertengahan, aku tak ingat) diarahkan oleh Gary Shore sementara skrip ditulis oleh Matt Sazama & Burk Sharpless. Berperuntukan 70j USD, ia mengisahkan kehidupan awal Vlad III yang memerintah Transylvania selepas habis berkhidmat sebagai askar Janissari di bawah pemerintahan Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki menganugerahkan Vlad III kawasan Transylvania untuk diperintah & disuruh mengeluarkan ufti.

Namul pada suatu hari Vlad & beberapa rakannya pergi meninjau & terjumpa topi keledar Turki. Mereka mengesyaki Turki hantar spy & bertindak menyiasat hingga ke satu gunung yang menjadi tempat tinggal seorang ahli sihir purba yang juga pontianak asal. Vlad & 2 orang rakan masuk tapi malangnya hanya Vlad yang terselamat.

Esoknya ketika Transylvania merayakan perayaan Easter, utusan Turki datang mengepau 1000 orang remaja lelaki untuk menyertai perang di bawah panji Uthmaniah. Vlad tak nak bagi. Disuruhnya pihak Turki amik je ufti. Nak tambah derita, Sultan mintak anak Vlad untuk join. Vlad tak puas hati. Memandangkan tindakan Turki yang melampau & Transylvania tak kuat mana, Vlad ambik keputusan untuk mohon kekuatan & kuasa daripada ahli sihir di gua tersebut. Bermula dari situ, lagenda Vlad bermula...

Kalo nak aku citer sampai habis baik tak payah. Gi tengok sendiri. Boleh tahan la citer dia.

Yang aku nak komen skit ni pasal moral. Holiwud ni kan bab moral memang kelaut je kat hampir kesemua movie yang pernah dihasilkan. Di sini aku belajar moral negatif yang buat aku geleng kepala je. Mana la masyarakat kita ni perangai takleh blah. Saja share. Jangan diikut.


1 - Dracula Untold mengajar kita untuk putus asa & memohon bantuan syaitan untuk tujuan kebaikan namun hakikatnya memakan diri.

2 - Dracula Untold mengajar kita bahawa kita tidak memerlukan orang yang baik tetapi sebaliknya raksasa untuk menjaga keamanan sejagat.

3 - Yang tak tahannya, bayangkan jadi ketua kampung. Dah selamatkan orang2 kampung, tapi diorang bakar engko dengan bangsal yang ko kena kurung dalam tu. Apa rasanya?


Ni antara yang aku dapat kongsi setakat ni. Nak fikir pun tak larat. Overall aku bagi 6/10 rating. Takde la bosan. Kecewanya sebab isu moral je dalam tu. Yang belum tonton, aku syorkan korang tonton. Tapi jangan la percaya yang Turki Uthmaniah tu kejam. Yang kejam tu Vlad. Cuba baca sejarah dia.

Anyway terima kasih Aie sebab belanja tiket free.

Selamat malam.

Tuesday, 21 October 2014

Lama Dah Tak Post

Mood: Ntah apa2

Lagu: Gerhana dendangan Kembara


Lama dah tak update. Aku nak update apa pun tak tau. Ada je benda2 terjadi yang kiranya aku boleh blogkan. Tapi sama ada aku terlupa, atau aku takde mood. Lagipun dah dalam 2-3 minggu internet aku dipotong sebab tak bayar 3 bulan.

Masa raya haji pun takde apa yang menarik. Takde buat apa pun.

Ahad lepas ada event KL Zine Fest 2014. Event jual zine & merchandise underground/indie terbesar setahun sekali kat negara ni kalau tak silap. Ada forum, persembahan, pelancaran buku. Macam2 la. Bestnya malam tu ada persembahan dari OAG.

Alhamdulillah. Dapat gak aku tengok muka2 yang 2-3 bulan sekali jumpa ye la aku ni kurang bersosial.

Takde apa sangat yang aku nak kongsi kot dalam post kali ni. InsyaAllah ada point aku nak post kang aku post la.

Semoga ceria selalu.

Wednesday, 1 October 2014

Masak Mi Segera Cara Best

Mood: Biasa je..

Lagu: Takde lagu


Assalamualaikum. Petang2 gini aku nak share resipi mi segera yang aku rasa ramai dah pernah try. Aku tak ingat aku pernah share ke tak. Ah, lantaklah! Kalo korang bosan dengan cara yang sama korang masak mi segera, meh aku share tips nak bagi 'up' sikit makanan ruji budak2 kolej tu, juga mereka yang hidup bujang.


Bahan2:

1 sudu minyak masak (atau sedikit butter)
1 ulas bawang putih (potong sesukahati)
1 biji bawang kecil (atau 1/2 bawang merah OR 1/3 bawang besar) (potong sukahati gak)
Sayur sawi/kailan/kubis segenggam (potong la dulu siap2)
Hirisan ayam/daging (atau seafood seperti udang 2 ekor OR sotong 3-4 potong)
Cili potong (terpulang)
Mi segera sepeket
Air 1 1/2 gelas


Cara2nya:

1- Panaskan minyak (atau butter) & tumis bawang putih & bawang kecil yang dipotong tadi. Biar sampai naik bau. Kalo nak maksimumkan rasa biar bawang2 tadi sampai nampak kekuningan skit.

2- Masukkan daging darat atau laut kegemaran korang. Tumiskan sampai nampak mcm masak skit. Kalo udang, biar sampai merah.

3- Masukkan air. Biar sampai mendidih. Pastu masukkan perencah. Gaul hingga sebati.

4- Masukkan mi pulak. Dalam mendidih tu gaul sikit2.

5- Masukkan sayur & gaulkan. Tutup api.

6- Dah boleh hidang.


Protip:

Sebelum masukkan sayur tu boleh nak letak telur sebijik kalo suka.
Sayur jangan dimasak lama takut zat dia hilang.
Kalo nak letak cendawan, masukkan sekali masa nak masukkan sayur tu. Maintain rasa dia.


Sekadar hiasan. Kredit seperti di gambar.