Sunday, 22 March 2015

Sekadar Ngomelan

Mood: Kelaut

Lagu: Tiada lagu


Tuhan itu Maha Suci lagi Maha Terpuji. Tiada cacat cela & sempurna sifatnya. Bukan seperti kita hambaNya, walau diberi kelebihan namun kita tetap hamba. Kategori makhluk sempurna di kalangan makhluk namun tidak sesempurna sifatNya yang Maha Agung. Dia yang tidak pernah lalai & tidak pernah tidur.


Kita ni tido manjang. Jiwa sentiasa berdengkur. Jasad masih begitu. Refleks padu? Hahaha... kita masih lalai. Masih di takuk lama. Percaya atau tidak. Para dewa-manusia semakin rakus di atas sana. Harga naik. Kita risau. Namun dapat gaji kejap je dah hilang. Rileks je. Dah terhantuk baru terngadah. Yang kita sibuk dok kutuk tapi lupa marahkan cermin. Dipanggil lembu, marah. Tapi pernah ke fikir cycle kehidupan yang kita lalui ni berbaloi atau tidak? Rutin yang sama. Ikut trend. Kalo menyusahkan, merosakkan pun dibalun juga.

Berbaloi ke?

Ada di antara kita yang memang kaya & mampu dek hasil jualan MLM ataupun Unit Trust. Aku dah tak nak salahkan sesiapa la tapinya setiap seminar & event berkaitan yang aku pergi, takde satu & takde sorang pun yang mention nak uruskan orang-orang miskin, gelandangan & kitakita yang berkaitan. Tau la beb amal tu antara setiap dari kita & Tuhan. Tapi dalam seminar & event tu, rancanglah sesuatu untuk orang yang tak berkemampuan. Tau nak tunjuk jumlah hasil jualan, kereta mewah, rumah beso semua tu boleh la pulak riaknya.

Itulah kita kadang terlupa. Memang la kena bahagiakan family, mak bapak tapi kita lupa ada di antara kita yang tiada semua tu. Kais pagi kalo ada rezeki, kais malam timbul tenggelam.

Barangkali golongan yang kawkaw berada ni lupa mereka boleh mengubah keadaan sesetengah kita yang sangat memerlukan. Barangkali kita lupa doa-doa mereka yang kita bantu bakal menolong kita di mahsyar kelak sewaktu hari yang takde backup lain melainkan Dia.

Kita reflect balik diri kita. Niat kita. Rancangan kita. Harapan kita. Amal-amal kita. Dosa-dosa kita. Ke mana kita selepas ini? Ke mana kita selepas tempoh pengadilan massa nanti di hadapan Dia?

Lihat segala yang kita ada. Apakah kita pernah bersyukur? Lihat di mana kita hari ini. Apakah kita pernah bersyukur? Renung kembali apa yang kita pernah lalui. Apakah kita pernah bersyukur?

Allah s.w.t pun pernah mention, amat sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur. Surah mana? Cek sendiri manual yang Allah dah bagi tu.

Cukuplah setakat itu. Selamat bermuhasabah. Aku nak tidur.



Saturday, 21 March 2015

Asal usul nama Tanjung Puteri (?)

Mood: serabut skit, tapi ok kot..

Lagu: Always dendangan Bon Jovi


Aku ambil keputusan untuk tidur sebentar dalam pukul 11 pagi lebih lepas sidai baju di ampaian. Since lama dah tak bermimpi, dapat juga aku akses mimpi kali ini.

Aku cuma akan menceritakan satu bahagian dalam mimpi ni. Lain semua biasa2 je.

Ada 2 orang rakan media sosial dok tunjuk gambar kat sebuah jeti area Johor Bahru. Gambar bercuti sakan la ni. Ada juga gambar2 lain diorang atas bot menuju pulau. Sekali tu siapa entah mention nama Tanjung Puteri, nama lama bagi bandaraya Johor Bahru.

Terjadilah flasback; 7 orang puteri yang aku taktau mana datangnya, singgah di tepian pantai. Tanjung la kot aku rasa (maklumlah dah lupa geografi tingakan 3 hehe..) Diorang dress-up ada hint pakaian diraja belah2 utara/pantai timur/siam gitu.

Kisahnya begini.. diorang dok buat apa kat area pantai tu pun aku dah lupa. Tapi salah seorang puteri ni hilang belanga yang dibawanya. Dia pergi la mencari. Adik beradik yang lain tunggu la dia. Malangnya puteri yang satu tu tak kembali. Yang lain semua pergi meninggalkan kot.

Visual terakhir aku nampak sebahagian belanga tu separa tertanam di pasir pantai dilanggar ombak. Para puteri tu tidak lagi kelihatan.

Aku agak itulah asal usul nama Tanjung Puteri. Aku cek kat pakcik gugel ni takde pun. Semua dok sembang kisah Si Bongkok Tanjung Puteri.


Ini hanya mimpi. Boleh jadi benar, boleh jadi salah. Rasa2 post ni hampeh & tak bermanfaat, abaikan saja.


pantai tanjung puteri

Saturday, 28 February 2015

Menghitung Hari Pergi

Mood: Tension

Lagu: Immortals (LAGI!)


Akhirnya tiba masa aku harus keluar dari rumah yang sudah lebih 20 tahun aku stay. Bilamana mak suruh aku berhenti mengajar & cari kerja lain...

... tidak. Aku tak akan berbuat demikian. Degil & penuh hostility, dan dalam keterpaksaan aku tolak keputusan yang dibuat.

Aku masih punya anak didik di sini.
Aku punya satu-satunya kerja yang aku boleh lakukan dengan ikhlas di sini.
Jiwa aku di sini.
Rezeki bakal muncul di sini.

Sampai masa ya, aku akan pergi, tapi kini bukan masanya. Belum lagi.

Hati aku tidak terdetik sedemikian.

Katakan aku mereng, tak waras, skizo, sakit mental & apajadah semua. Yang pasti, kalau mereka pakai kasut aku, diorang akan rasa apa yang aku rasa, which is tak elok la.

Katakan aku ego, stuck-up, scumbag, a**hole, tapi aku memang dah nyali bekerja di bawah orang. Kerja pejabat, organisasi retail, aku dah nampak belang yang ditunjukkan pekerja kat bandaraya. Hampeh. Keadilan tak dapat ditegakkan. Nak selamat, follow by the book. Acik dia. Dengan waktu solat dipendekkan, kejar sales, kejar dunia, enjoy sana sini. Hidup untuk kerja cari duit bayar hutang.

Ni ke maksud kehidupan?

Sebelum aku mula mencarut & hilang kawalan, baik aku standby solat maghrib dulu. Harap korang yang baca ni masih dapat mengawal diri, dan jangan lupa yang janji Allah itu pasti, dan Dia-lah juga yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Oh, terima salah satu "penghuni" diri ini. Lain boleh cek kat http://www.zestydoesthings.com/real-monsters atau google je Toby Allen Disorders kat google images.



Thursday, 19 February 2015

Paranorma isu kedua

Mood: Biasa, tapi puas hati skit

Lagu: Gangsta's Paradise dendangan Coolio




Gambar menerangkan segalanya. Kalo masih nak nombor 1, ada lagi. Total RM20. RM5 kasi pulang online ataupun masuk sampul sekali.

Thursday, 29 January 2015

Kau Bukan Tuhan Kami!

Mood: Biasa

Lagu: Immortals dendangan Fall Out Boy (best doh)


Malam itu langit merah. Guruh kedengaran dari pelbagai arah. Tiada petir, hanya kilat sesekali menunjukkan kehadirannya dari lapisan atas awan dengan sinaran separa malap.

Ramai orang berkumpul di luar perkarangan masjid di kawasan letak kereta. Tiada kereta di situ. Mereka kelihatan bertanya-tanyaan tentang mengapa mereka semua di sini. Ada yang bertanya mengapa langit malam itu semacam saja. Tidak kurang ada yang mendiamkan diri. Aku melihat saja gelagat mereka.

Sebuah platform seakan podium yang diapit 2 tiang bendera berada di antara masjid di sebelah kanan, dan tempat letak kereta di sebelah kiri, yakni tempat kami berkumpul. Dia lihat ada seorang lelaki berjubah putih naik ke atas platform tersebut dan kami mula berkumpul di hadapannya. Beliau tidaklah kelihatan terlalu muda. Barangkali dalam umur 30an.

Guruh & kilat semakin galak. Awan yang kemerahan malam itu mula bergerak seolah punya rentak tersendiri. Perlahan-lahan awan itu mula berkumpul.

Sesuatu bakal berlaku pada malam itu.

Mereka semua mendongak & menyaksikan fenomena tersebut. Langit merah serta awan yang berkumpul. Kedengaran istighfar, zikir & pelbagai bait kerisauan kedengaran dalam jemaah. Aku diam, hanya memerhatikan kejadian & sekeliling dengan hati penuh debar.

Awan yang berkumpul mula menampakkan bentuk beberapa minit kemudian. Ia membentuk menjadi sebiji mata yang besar di atas langit. Suara guruh mula reda sedikit. Kami kaget. Terkesima. Ada yang masih beristighfar & menyebut kalimah-kalimah Tuhan.

Kedengaran suara dari langit waktu itu, disyaki datang daripada "mata" tersebut.

"Akulah Tuhan kamu. Sujudlah kepadaku sekarang"

Keadaan menjadi riuh rendah. Lelaki di atas platform menuding jarinya ke arah bentukan awan tersebut sambil berteriak keras,

"Kau bukan Tuhan kami! Kami tidak akan sekali-kali sujud kepada kau!"

Mereka yang ada di perkarangan merasa takjub. Dia pada waktu itu hanya memerhatikan. Tidak bercakap sepatah pun sejak muncul di masjid tadi.

Mata tersebut membalas cabaran lelaki tadi, "Kalau begitu saksikan kuasaku!"

Anak mata pada bentukan awan menembak masjid yang ada di belakang lelaki tersebut dengan satu tembakan api seperti senjata "flamethrower" dari ketinggian lebih kurang 35 ribu kaki. Jauh dari logik, tapi itulah hakikat yang berlaku pada malam itu.

Masjid tersebut terbakar marak. Kedengaran bunyi seakan sesuatu runtuh daripada bahagian lain masjid. Keadaan tidak lagi dapat dikawal. Jemaah menjadi kelam kabut. Jeritan di sana sini. Aneh. Dalam debar dia tetap berdiri pada tempatnya.

Dan dari situ, dia melihat ada beberapa orang lelaki dari jemaah tersebut, mungkin 3-4 orang, berdiri teguh di tempat masing-masing. Walaupun dilihat dari belakang, dia merasakan mereka tidak gentar terhadap apa yang berlaku. Mereka yang tetap berdiri, dan yang berada di atas platform juga kelihatan tetap teguh di atas platform.

Dia yang berada di situ, yang menjadi saksi juga tetap berdiri walaupun rasa cuak menyelubungi diri.


... dan dia terjaga dari mimpi tersebut. Dia menangis.

... dan mimpi itu permulaan kepada mimpi-mimpi lain. Mimpi-mimpi yang mengekori.


sekadar gambar hiasan

Tuesday, 13 January 2015

Trip ke Melaka (bhg. 2)

Mood: Ntah apa2

Lagu: Takde lagu


sambungan dari bhg 1


Aku hanya ada RM90+ di tangan. Oleh sebab tiada inn yang offer satu katil RM15 dalam mixed dorm & hanya boleh reserve in groups, so kat Raymond's ni je la yang aku boleh nak harap. Staff yang peramah & boleh bawak sembang. Lepas sign in & bayar, dia bawak aku ke dorm. Dorm tu ada 1 katil double decker & 2 single beds. Kedap gilababeng gua cakap lu. Kipas sampai 2 dalam tu pun panas lagi. Means kalo nak tido kena la bukak pintu. Takpe, kugagahi jua.

Member aku dok mesej yang dia dari Rembau nak ke Melaka dalam lewat petang, so malam baru keluar dinner kat tempat best, katanya. Lepas sembang, baru aku tau kat Melaka ni ada satu kedai mamak yang hidang roti naan best siap ngan ayam tandoori yang power banget. So katanya dalam lepas maghrib nanti dia sampai, aku boleh lepak kat lobby layan astro ngan innkeeper sampai pukul 9.30pm.

Sesudahnya rakan seperjuangan scene zine (senior pawer kot) sampai, rupanya kami bukan berdua. Tapi dia bawak 2 orang member pompuan yang best. Dalam keter nak ke kedai mamak (Mamak Putra kalo tak silap nama restoran dia. Sesaper yang dok area Melaka tau la) toksah citer apa jadi dalam keter. Masing-masing bersuara ala makcik mengumpat kuat-kuat akupunsamakahkahkah...

Kata kawan aku tu member pompuan 2 orang tu first time kot jumpa so kira 0-0 gak la sembang macam-macam. Ice-breaking session tahap terbaik kot. Makan brape pinggan aku pun tak ingat masing-masing makan sembang makan sembang.


bersambung...

Monday, 12 January 2015

Trip ke Melaka (bhg. 1)

Mood: Boring balik. Tadi ok je

Lagu: My Songs Know What You Did In The Dark dendangan Fall Out Boy


Alhamdulillah. Sabtu lepas, 10 haribulan Januari 2014 dapat gak aku bawa diri backpacking ke Melaka. Dengan berbekalkan hanya lebih kurang RM150, dapat gak aku stay sana 3 hari 2 malam.

RM150 termasuk tiket pergi balik, accomodation 2 malam & perkara-perkara lain (jajan, nasik lemak dll). Ini aku ceritakan serba sedikit apa yang berlaku sewaktu aku bawa diri ke sana.

Aku memilih koc Delima untuk ke Melaka dari Terminal Bersepadu Selatan (tiket sehala RM10 je). Bas bertolak pada pukul 12pm & aku tiba di Melaka Sentral sekitar pukul 2pm. Program pertama bermula di sini; meet-up dengan seorang ikhwah dari laman kicau dalam pukul 3pm. Kami dok merayap dari Melaka Sentral seterusnya ke kompleks Aeon berdekatan. Sesi ice-breaking & sembang bertukar info berlaku sehingga pukul 5pm. Sewaktu aku naik bas ke Jonker St, baru teringat powerbank dia kat aku. Dah tu masing-masing lupa. Aku dah on board macam gila dok mesej dia. Sampai satu ketika tu dia call. Masing-masing tension. Padan muka. Hahahaha! Takpe, insyaAlah aku akan poskan balik. Rimas sebenarnya pegang barang orang lama-lama ni. --"

Seterusnya daripada bas Panorama no. 17 aku drop kat depan Stadthuys yang sesak dengan orang ramai serta gerombolan beca yang macam-macam design. Aku amik la satu dua shot, pastu proceed ke Jonker St. untuk cari tempat bermalam.

Kata orang, lain kali book awal-awal. Since aku bukan pemegang kad kredit (dan tak minat pun nak ada kad kredit) maka hal ni macam melecehkan. Nak call book awal-awal, takde kredit danmalasnaktopaphehehe. Namun begitu, aku dah keep my eyes on several inns yang murah & ada je kekosongan. Setelah banyak-banyak inn aku cari, aku decided to take this one as my last resort.


Tadaa!

Info berkenaan Raymond's Boutique Traveller's Home boleh didapati di sini:

http://www.asiawebdirect.com/malaysia/malacca/jonkers-st/raymonds-boutique-traveller-home/

dan sini: http://raymondsboutique.weebly.com/


bersambung...