Thursday, 23 July 2015

Review: The Vatican Tapes & Ayam Kurang Pedas

Mood: Biasa

Lagu: Tiada lagu


Assalamualaikum. Petang tadi akibat bosan, aku & rakan seorang ni bercadang untuk berjumpa di Nando's Pavilion Bukit Bintang. Aku order la ayam suku ekstra pedas & malangnya ekspetasi aku menjunam bagai orang terjun bangunan. Tak sepedas dulu! Dulu aku makan 'Hot' saja dah termengah-mengah, perut kembung masuk angin bagai. Ini 'Extra Hot' yang patut ekstra aku rasa tewas dengan ayam masak sambal kepunyaan warung makan tengahari.

Alahai Nando's. Ini Peri-peri ke cili biasa? Sorry eh, I still love Nando's, only that the spiciness has been rather... less. :p


Lepas je makan, kami bercadang nak tonton some random movie. Ini menjadi pilihan kami.


Gantung diri kettew?



The Vatican Tapes merupakan kisah seram daripada pengarah Mark Neveldine dan tayangan sulungnya bermula pada 24 Julai. Aku tak tau la untuk pasaran Asia punya macam mana. Filem ini dibawah 3 syarikat penerbitan; H2F, Lakeshore & Lionsgate. Lakon layar & skrip dihasilkan oleh Christopher Borelli & Chris Morgan. Filem ini menelan budget USD 13 juta. Antara pelakon cerita ini ialah Kathleen Robertson, Djimon Hounsou, Michael Pena & Dougray Scott. Runut bunyi dihasilkan oleh Joseph Bishara.

Memandangkan tiada sinopsis rasmi sejak ia baru saja ditayangkan, aku citer la sikit.

Ia berkisarkan tentang kedatangan AntiChrist (Al-Masih Dajjal) & usaha pihak Vatican untuk merawat seorang wanita yang dikatakan dirasuk semangat AntiChrist ni.

Dah tu je aku boleh bagi. Kepala pun dah mamai. Aku cadangkan para peminat konspirasi kedatangan sang penyelamat palsu ni untuk tonton sebab mungkin ada sumber berguna dalam movie ni. Tapi jangan expect apa sangat la. Kadang tu ada scene hambar juga. Movie ni mungkin berguna untuk sekadar info & beberapa shock factor je. Untuk scene disturbing boleh la aku nak puji usaha diorang. Power juga.

Macam mana pun jangan letak harapan tinggi pada movie ni.

Ingat nak review panjang tapi macam malas. Kalo diizinkan aku akan ulas sedikit tentang subjek citer ni, insyaAllah.

Rating: 2.5/5

Thursday, 16 July 2015

Welcome to Jurassic World & Salam Aidilfitri 1436 Hijrah

Mood: Biasa

Lagu: Selamat Berhari Raya dendangan Rahimah Rahim


Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak post apa2 di sini. Sebulan sudah kita menjalani madrasah Ramadhan, tiba masa kita bergembira menyambut 1 Syawal tanda kemenangan mengatasi nafsu selama sebulan.

Gua tak nak cakap banyak tentang bulan puasa yang lepas. Satu harapan gua, semoga Ramadhan lepas ni akan menjadi lebih bermakna. Semoga korang punya jauh lebih baik, gua doakan.

Beberapa hari lepas gua berbuka puasa dengan sorang follower twitter & dengan tak plan apa pun, we all gi la beli tiket tengok Jurassic World. Dek risau dengan keadaan crowd kat Nu Sentral yang hurung kedai2 makan & foodcourt laksana semut, kami pun ingat nak berbuka dalam wayang je. Namun akhirnya kami dapat la seat kat Nando's 1/2 jam sebelum tayangan.

Apa lagi? Makan laju2 pergi dia. Hehe...


Dan ini... Tau gua lambat update, baru nak tengok still gua akan bagi review.


Laju raptorku laju vroom vroom!


Jurassic World merupakan installment ke-4 kesinambungan daripada siri filem terkenal, Jurassic Park. Karya asal novelis Michael Crichton ini diadaptasi menjadi filem & pernah meletup pada tahun 1993. Masa ni gua darjah 1 & menjadi kenangan sebab ini movie pertama gua tengok kat panggung wayang di Alpha Angle Wangsa Maju (sekarang dah takde wayang kat sana).

Gua tak nak ulas pasal siri lain (The Lost World & Jurassic Park 3) maybe lain masa ataupun korang baca sendiri la di google.

Ditayangkan pada 12 Jun 2015, filem ini dikeluarkan oleh Legendary Pictures & Amblin Entertainment. Diarahkan oleh Colin Trevorrow. Skrip & lakon layar ditulis oleh Rick Jaffa, Amanda Silver, Derek Conolly & Trevorrow sendiri. Filem ini menelan belanja sebanyak 150 juta USD & menerjah box-office dengan pulangan setinggi 1.473 billion USD.

Ia dibintangi oleh Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Vincent D'Onofrio, Ty Simpkins, Nick Robinson, Omar Sy, B.D Wong & Irrfan Khan. B.D Wong merupakan satu-satunya pelakon asal daripada Jurassic Park dalam cerita ini.

22 tahun selepas tragedi Jurassic Park, pulau Isla Nublar berjaya dibuka dengan kejayaan taman tema Jurassic World. Taman tema dinosaur itu telah beroperasi selama 10 tahun hasil kerjasama InGen & beberapa pelabur besar. Dalam tempoh tersebut pihak2 terlibat membuat penyelidikan & pelaburan dalam mencipta spesis dinosaur kacuk prototaip yang dijangkakan dapat mengaut keuntungan. Ketua penyelidik tidak lain merupakan Prof. Wu, penyelidik asal projek Jurassic Park.

Dinosaur buatan itu diberi nama genus Indominus Rex, kacukan gene T-Rex dan yang lain2 gua takleh nak citer, gi tengok sendiri. Hehehe...

2 orang adik beradik, Zach & Gray Mitchell datang ke Isla Nublar nak jumpa mak sedara diorang, Claire, merangkap CEO taman tema tersebut. Malangnya makcik diorang terlalu busy dengan pembangunan spesis dinosaur prototaip tersebut.

Dalam waktu itu gak Owen Grady, seorang bekas elit tentera Marine melatih 4 ekor Velociraptor. 4 ekor tu fikir brader ni sebagai Alpha, jadi ikut arahan la walaupun tak jinak. Demam jugak sebab sekor2 ganas. Ketua keselamatan InGen, Vic Hoskins berpegang pula kepada idea bahawa dinosaur boleh dilatih menjadi senjata. Brader tu memang tak puas hati tapi kebolehan dia bakal diuji di kemudian cerita.

Sewaktu adik-beradik tersebut dengan laghanya menjelajah sejauh mungkin (mentang2 dapat VIP access), Indominus Rex terlepas dari kurungan setinggi 40 kaki. Waktu tu Claire, Owen & beberapa operator lain tengah kaji bekas cakaran di dinding & mendapati ditipu dengan kepintaran makhluk baru tersebut.

Keadaan jadi kacau bilau. Apakah yang akan terjadi sesudah tu? Apa yang terjadi kepada berpuluh ribu pengunjung yang hadir? Siapa hidup? Siapa kena baham hidup2?

Hehehe... korang tengok sendiri.


Lekluuu... bagi gua review abis!


Okay, gua bagi rating 3/5 bintang walaupun review2 ternama di internet bagi rating yang memberangsangkan. Kenapa?

1. Jalan citer yang biasa. Of course gua takleh nak expect apa sebab filem ni dibuat atas dasar interaksi dinosaur baham-membaham & penghargaan buat peminat siri francais. Tapi beberapa babak pertarungan yang terdapat dalam filem ini eloklah jangan gunakan mekanisme logik akal apabila ditonton.

2. Hubungan adik-beradik Zach & Gray tu agak standard. Boleh diterima. Owen & Claire gua rasakan agak cheesy & semak. Boleh digarap dengan lebih baik rasanya.

3. Filem ini bertujuan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan Jurassic Park. Beberapa babak & lokasi asal telah 'dihidupkan' kembali. Memang filem ni khas dibuat untuk peminat asal lagi tegar. Adik-beradik tersebut merayau sampai ke kawasan asal tragedi Jurassic Park. Lagu tema asal dimainkan semula. Gua rasa macam nak nangis. Good job.

4. Ada beberapa bunyi dinosaur yang menjadi trademark. Tapi spoil satu je. Salah satu dinosaur trademark ditukar bunyinya dengan bunyi yang ntah apa2. Kalo yang ni pun guna bunyi asal, rasanya gua tak komplen banyak. Ni korang kena cari sendiri.


Okay, lastly gua nak kongsi nilai & konsep yang ada dalam kisah ni.

1. Dek mendambakan laba & keuntungan, syarikat2 gergasi sanggup melakukan apa saja termasuk sesuatu yang melampaui batas kemanusiaan. Diorang lupa yang duit takkan dapat memadamkan fitrah & membeli kepercayaan.

2. Jangan jadi terlalu sibuk hingga lupa akan keluarga sendiri. Kisah ini cuba mengetengahkan konflik kekeluargaan & akibat terlalu sibuk akan merugikan diri sendiri.

3. Tempayan yang ditutup lama2 akan terbuka juga. Setiap perbuatan pasti akan mendatangkan akibat. Makin besar rahsia, makin besar persediaan yang harus dilakukan dalam menghadapi 'pembukaan' rahsia tersebut.

4. Setiap makhluk punya fitrah & lumrah masing2. Sedangkan anjing boleh menyerang tuan sendiri apatah lagi binatang buas.

5. Power mana barang ciplak last2 barang ori gak yang best eh?


Okey la cukup gua merapu di sini. Gua harap siapa yang belum tengok, gua nasihatkan korang tonton dari Jurassic Park dulu, kemudian The Lost World seterusnya Jurassic Park 3 baru Jurassic World. Jangan expect apa2 kat The Lost World. Tu je gua nak cakap.

Sebagai penutup, gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat para pembaca blog hampeh ni. Kalo gua ada terkasar bahasa, salah silap semua harap korang maafkan. Gua maafkan korang sebab korang baca je, tak buat salah pun. Bagi yang nak balik kampung, cek apa yang patut. Jangan tertinggal itu ini terutamanya passport bagi yang beraya melepasi sempadan negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.


Tuesday, 23 June 2015

Alahai Drama, Alahai Maghrib

Mood: Biasa

Lagu: Tiada Lagu


Assalamualaikum para pembaca. Hari ni di bulan Ramadhan gua nak sentuh sikit berkenaan drama waktu maghrib. Ini pandangan gua je. Yang terasa tu pepandai sendiri, gua tak nak pedulik.

Okeh... Gua terfikir sebenarnya tentang apa signifikan menonton drama begini waktu maghrib. Nama pun maghrib, kehampiran kepada waktu solat. Sepatutnya pada waktu itu kita dah standby untuk solat bagai. Gua malas nak komen pasal ini sebenarnya cuma...

... bila sampai waktu solat.


haa.. ye. Realiti dikuasai TV.


Gua tau ada channel swasta yang galak menyiarkan drama2 jiwang berbentuk perpecahan yang digilai ramai belia & orang tua terutamanya golongan wanita. Gua tak kisah pada yang takleh solat tu. Yang boleh tu anehnya seboleh-bolehnya nak tunggu sampai abis drama, abis waktu solat baru nak solat.

Laki pun sama je. Tapi hal solat, ibadah tu antara diri dengan Tuhan. Gua takmo kacau. Sekadar 'mengusik' sikit je. Alaa... mesti ada keluar dvd ke apa, boleh download ke. Tengok la balik.

Berkenaan drama tu pulak tak keterlaluan kalo gua komen yang ia menyemai rasa tidak percaya antara jantina & menggalakkan 'gender wars'. Ia akan membuatkan penonton & orang ramai asyik mecari kesalahan antara jantina walhal seeloknya & sepatutnya saling melengkapi. Bukan berdebat tentang jantina mana yang lebih 'betul'.

Sesak otak, sesak dada gua bila fikir balik. Untuk kesan jangka masa panjang, ia bakal merumitkan lagi kes hubungan kekeluargaan yang kita tahu sedia rumit alaf ini.

Itu je buat masa ini. Harap para pembaca boleh bawak2 berfikir skit hal ini. Pedulik la lu orang setuju ke tidak. Yang penting lu orang fikir.


Selamat menjalani ibadah puasa.

Wednesday, 10 June 2015

Seminggu Sebelum Ramadhan

Mood: Biasa

Lagu: Tiada lagu


Assalamualaikum warahmatullah. Selawat serta salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w serta para sahabat & ahli keluarga beliau.


Dalam seminggu saja lagi kita akan kembali bertemu Ramadhan. Bulan penyucian jiwa. Bulan penuh nostalgia. Ingatlah, kita menyembah Allah. Bukan bulan Ramadhan. Cermin diri, cek balik niat kita berkenaan agenda bulan berkat tu nanti.

Gua jumpa blog ni tadi dalam random searching kat gugel. Entry tahun lepas. Walaupun timeline sedikit lain namun mungkin ada sesuatu yang boleh kita ambil iktibar.

Ia berkaitan keluarnya sang muntazhar. Silakan baca http://rosdc.com/news/perang-dunia-3-khilafah-islam-imam-mahdi.html

Tuesday, 19 May 2015

Aduhai Kerja...

Mood: Tension

Lagu: Takde lagu


Assalamualaikum wbt...

Segala puji bagi Allah yang punya kerajaan & kekuasaan yang Maha Agung. Dia yang tidak punya sebarang sekutu, yang menciptakan langit & bumi dalam 6 masa tanpa penat lelah. Hanya Dia-lah yang patut disembah. Selawat & salam penghormatan kepada junjungan mulia Muhammad bin Abdullah, pesuruh Tuhan juga penghulu sekelian Nabi & Rasul yang tiada terbilang. Penghormatan besar juga kepada para sahabat beliau, para aulia' serta para salihin.


Kerja.

Kita kerja kerana apa? Mengapa kita bekerja?

Asasnya kita akan menjawab untuk mencari wang saraan. Jawapan yang jujur, tidak munafik. Betul. Ada yang kata mencari pengalaman. Itu juga betul. Yang penting, masing-masing sendiri jawab, sendiri faham, eh?

Baru-baru ini kita disogokkan dengan berita 800,000 (ye ke?) jawatan kosong sektor kerajaan yang dimansuhkan atas sebab tertentu. Pastu ada yang kata pengangguran sifar. Lagi la "ye ke ni"..? Hehe...

Ada yang kata orang kita tak pandai ambil peluang, pemalas & plbagai lagi tohmahan. Aku tak nafikan yang kadang aku ni sendiri pemalas macam orang lain tapi logik la; sekarang ni dengan GST & turunnya nilai matawang, dan sebahagian kita dieksploitasi pihak-pihak tertentu, macam mana lah kan?

Duit rakyat dah disebat baik. Orang atas dok laung sana sini. Itu pun ada sebahagian kita yang masih mengiyakan seruan kosong tu. Percaya kepada kredibiliti atasan yang sememangnya sudah korup.

Ada yang duit & gaji bertimbun tapi tak cukup. Ada yang gajinya ciput tapi alhamdulillah, rasa cukup. Itu pun ada orang yang dok nak push diorang yang rasa cukup dengan rezekinya supaya cari rezeki under diorang supaya diorang boleh sodok lebih (kes MLM & sebahagian kes penipuan lainnya).

Betul. Zaman ni zaman terdesak. Dah nak akhir zaman, katakan. Kebanyakan kita jenis ikut trend je pun. Sunnah & bid'ah takleh nak beza. Fitnah mengaburkan segala. Generasi muda memberontak sebab orang-orang tua kat atas sana acah dewa tak sedar diri masih mahu mengaut keuntungan bersama kroni.



Pastu salahkan rakyat tak faham, rakyat pemalas & macam-macam lagi. Padahal...


Sembang kerja ni pun mak aku sibuk suruh aku kerja siang, tidur malam. Kesian juga dia tak faham orang-orang yang kerja under creative works, designers, writers ni kebanyakannya aktif buat kerja waktu malam. Entah la. Aku cuma harap satu hari nanti dia faham la. Memang untung tu tak tentu tapi kita ni usaha je pun. Disuruhnya aku keje opis. Aku tak mahu. Keje retail? Pun sama. Last2 kerja sendiri jugak puas.

Benar. Aku bukan jenis suka kerja under orang. Aku percaya ada di antara kita juga begitu. :)

Kadang tu perlu juga. Apa boleh buat...


Semoga night creatures yang buat kerja waktu malam ni (yang tengah baca blog ni pun) akan dipermudahkan urusan dunia & akhirat. Keep it up. There are not much people like us, I think...



Monday, 11 May 2015

Satu Kebebasan

Mood: Biasa

Lagu: Tiada lagu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagiNya yang memiliki langit & bumi serta isi2nya.

Alhamdulillah. Derita 10 tahun diselesaikan dua malam lepas. Sesiapa yang melakukan benda bodo tu ke atas aku, takpe la. Aku maafkan saja. Aku percaya dia tak tahu. Aku berharap bermula dari sekarang, flow rezeki kembali seperti normal. Kembali ceria & berkeyakinan. InsyaAllah. Rezeki itu tetap jua datangnya dari Allah s.w.t.

Mengembalikan semangat diri kembali ni memang memakan masa. Perlu masa untuk menyusun kembali strategi hidup & dalam masa yang sama, perlu lebih mendekatkan diri kepadaNya. 


Terima kasih atas sebahagian 'pembebasan' ini wahai Tuhan. Ini merupakan hadiah harijadi paling bermakna buatku setakat ini.


Pesanan dari penulis, usahlah bermain sihir. Usah menyekutukan Tuhan. Kembalilah kepadaNya selagi masih sempat.



Tuesday, 14 April 2015

Serabut Pertengahan Tahun

Mood: Biasa

Lagu: Pasti Sempurna dendangan Kristal & Ronnie (Hyper Act)


Pejam celik, pejam celik dah nak masuk setengah tahun. 2015 menyaksikan lebih ramai yang kecundang perihal cinta sesama manusia, apatah lagi hablum minallah. 

Aku nak luahkan macam biasa.

Menara jam di kota Mekah tu kan, aku agak diorang buat bodoh je. Baru-baru ni aku terbaca satu tuit dari seorang survivor peperangan di Yaman, katanya minuman alkohol lebih mudah didapati di Arab Saudi lebih dari petroleum itu sendiri.

Masih tak nampak rupanya kitakita ni. Masih sibuk pasal macam mana nak handle makwe/pakwe, jual diri, dok update benda-benda bodo seperti iFon serta macam-macam. Sedihnya melihatkan orang-orang kita ni. Sedih lihat bangsa Melayu makan daging bangsa sendiri, saudara kita yang dok tertekan dek perang dilupakan.

Dajjal & organisasinya yang bermacam menang buat masa ini.

Menang mudah.

Terima kasih kepada medium media sosial, semakin mudah kita menghamburkan intipati hidup kedalamnya dan asas kehidupan kita itu sendiri. Jati hidup itu dihilangkan. Dari menyembah Allah, kita berkiblatkan pula trend dunia & gadget. Aurat bagi wanita tu difahami hanya pada rambut, lupa pada keseluruhan tubuh kecuali wajah & tapak tangan seperti yang disyariatkan. Baru-baru ni kes seorang lelaki dirogol 5 orang lelaki yang tegap gagah (abang-abang gym agaknya) di negara kita.

Apa nak jadi dengan kita?

Tak cukup dengan itu, aku dengar pulak ada istilah pussy/dick hunter. Aku mengucap panjang. Tepuk dahi pun sudah. Tak sangka harga diri kita sudah jatuh mengalahkan matawang negeri-negeri afrika tengah. Murah sungguh. Tentang harga yang naik, kita dikhabarkan tentang GST yang dikatakan membebankan. Harga barang naik mendadak, harga diri turun mendadak.

Sah dunia kini terbalik. Kita dah tak lama. Kita kini bakal memasuki tanda besar kiamat. Allah semakin fed-up. Kita dari memohon kepadaNya, masih sibuk memikirkan macam mana nak survive cari duit lebih. Masih bergantung kepada teknologi. Masih bergantung kepada usaha yang ciput. Masih bergantung kepada pinjaman.

Hilangnya konsep tawakkal. Tingginya konsep keakuan. Ideologi diangkat. Syariat dihambat. Kuasa disalahguna. Amanah hilang. Zina dinikmati dalam terpaksa. Tiada lagi kemanusiaan. Hanya undang-undang rimba & haiwan.


Semoga Allah melindungi kita dari bencana akhir zaman, dan mencukupkan kita dengan hidayah serta keperluan yang berguna dunia & akhirat. InsyaAllah.


Surah Al-Kahfi, ayat 10

Kita nantikan saja...